Wednesday, November 11

SEKSINYA AWEK MU, BINI MU

p/s: Aku sedang melepak di kedai mamak dan terlihat dua pasangan yang mana kekasih mereka berpakaian cukup ketat dan terdedah lalu aku terfikirkan entri ini.

Peliknya tetapi masih ramai lagi lelaki membiarkan kekasih ataupun isterinya memakai pakaian menjolok mata di tempat awam. Adakah mereka tidak berasa itu satu kerugian? Bagi aku… rugi! rugi! apabila kekasih ataupun isteri ‘dinikmati’ oleh orang lain walaupun bukan secara fizikal tetapi secara imaginasi yang wujud melalui penglihatan.

Bagi yang tidak mengetahui, imaginasi seks lelaki amatlah kuat berbanding wanita. Hanya melalui imaginasi sahaja seorang lelaki boleh terangsang berbanding wanita yang perlukan sentuhan fizikal untuk merangsang mereka. Ini fakta!

Dahulu, aku pernah membuat entri mengenai ‘phone sex’. Komen yang aku dapat daripada blogger wanita daripada entri itu ada yang berbunyi, “Dengar suara pun boleh terangsang ker?”. Nampak sangat blogger itu tidak ‘alert’ kemampuan lelaki dalam hal ini.

Bukan sahaja sentuhan, malah lelaki juga boleh terangsang melalui penglihatan dan pendengaran serta melalui bauan wangi seorang wanita. Kadang-kadang membaca pun boleh menyebabkan mereka terangsang jika terdapat kisah-kisah yang merangsang di dalamnya.

**********

Kisah rekaan (sebagai contoh)

Aku sedang melepak di kedai mamak bersama rakan-rakan yang semuanya lelaki samada masih bujang ataupun sudah berumahtangga. Malam itu kami menonton perlawanan EPL (bolasepak) pada siaran tengah malam.

Sedang kami menonton perlawanan bolasepak dan diselang-seli dengan bersembang, tiba-tiba datang satu pasangan muda duduk bersebelahan meja kami. Pasangan berkenaan dalam lingkungan umur 20-23 tahun.

Apa yang menarik perhatian kami pada masa itu ialah pakaian yang dipakai oleh si gadis yang ketat dan seksi. Bajunya yang ketat itu berwarna pink dan tidak berlengan. Bahagian leher bajunya pula terbuka luas hingga menampakkan sedikit dadanya pada bahagian atas. Seluarnya pula hanya paras paha.

Disebabkan melihat gadis itu, kami yang pada mulanya khusyuk menonton bola dan bersembang, tiba-tiba menjadi senyap. Semua mata samada yang sudah berkahwin ataupun belum melirik pada keseksian gadis berkenaan. Pandangan curi kami sememangnya mudah dikesan tetapi si jejaka hanya membiarkan sahaja kerana dia tahu, dia tidak dapat berbuat apa-apa.

Sambil mencuri pandang itu, semestinya setiap di antara kami akan berfikir sesuatu yang lucah.

Umpamanya aku yang melihatkan sahaja pahanya yang putih gebu itu, maka aku terbayang yang aku sedang menyentuh dan mengusap-usapnya. Rambutnya yang paras bahu membuatkan aku terbayang sedang membelainya. Manakala dadanya yang putih itu membuatkan aku terbayang sedang menciumnya dan tangan ku menggomolnya.

Ahhh! Aku sedang ‘menikmatinya’ di dalam imaginasi ciptaan aku sendiri disebabkan gadis itu mendedahkan sedikit bahagian badannya.

Kemudian, datang pula pasangan lain. Pasangan kedua ini dalam usia 30an dan aku andaikan mereka adalah suami isteri. Si isteri itu juga memakai pakaian yang ketat dengan baju berwarna putih dan seluar sukan ketat berwarna biru.

Baju putihnya yang ketat itu tidak berlengan dan potongan bahagian tangannya seumpama pakaian baju pemain bola keranjang. Disebabkan potongan lengan sebegitu, kami semua dapat melihat tali bra berwarna merah yang digunakannya.

Si isteri itu juga memiliki badan yang cukup mantap berbanding gadis muda tadi. Badannya sedikit berisi membuatkan buah dadanya kelihatan cukup besar sekali. Aku cuba mengganggarkan saiznya, “36? 37? 38? C cup ni!”.

Badannya yang mantap itu juga mengingatkan aku perbualan dengan seorang rakan yang sudah berkahwin.

“Kau suka perempuan macamana?”, tanya dia.

“Kecik-kecik… nampak comel jer”, jawab aku.

“Kurus atau berisi sedikit?”, tanya dia lagi.

“Mestilah yang slim!”, jawab ku yang sungguh ‘demanding’.

“Kalau kau nak tau… kau carilah isteri jangan kurus sangat. Cari yang berisi sedikit”, cadang dia.

“Kenapa pulak?”, tanya aku.

“Perempuan yang berisi sedikit ni lagi sedap. Kalau kurus, kau rasa tulang jer tapi kalau sedikit berisi banyak lemak yang boleh kau rasa. Lembut-lembut plak tu… pergh! Lepas tu masa dia ‘menggelupur’ time korang main… dapat ler kau lihat gegaran lemaknya… terangkat kau beb!”

“Gulp! Gulp! Gulp!”, aku hanya mampu menelan air liur sambil membayangkan situasi yang diceritakannya.

Situasi sama juga aku bayangkan kepada si isteri yang berbadan mantap tadi. Ahhh! Dua wanita aku ‘nikmati’ dalam imaginasi.

Moralnya, sebagai wanita anda harus berhati-hati dalam berpakaian. Elakkan memakai pakaian yang terdedah dan ketat kerana imaginasi lelaki cukup kuat hinggakan mereka boleh ‘menikmati’ anda tanpa anda sedari.

Bagi kekasih lelaki ataupun suami pula, relakah anda membiarkan pasangan anda ‘dinikmati’ secara imaginasi? Jadi, cubalah tegur-tegur pasangan anda agar mereka tidak lagi berpakaian sedemikian di tempat awam.

***********

Aku yang sedang ‘menikmati’ dua wanita berkenaan semestinya terangsang. ‘Tutt’ aku sedang mengejang dengan kerasnya.

Tiba-tiba, ‘Tutt’ aku yang mengejang tadi, ‘shutdown’ dengan serta merta dan ia layu semula. Proses ‘shutdown’ itu sungguh mengejutkan seperti ia sudah mati tidak bernyawa.

Aku risau kerana mesti ada sesuatu yang berlaku kerana tidak mungkin ‘tutt’ akan ‘shutdown’ dengan tiba-tiba. Normalnya ia akan mengendur secara perlahan-lahan.

Disebabkan kerisauan itu, aku berlalu ke tandas bagi memeriksa. Di dalam tandas, aku buka seluar bagi melihat ‘tutt’ ku yang telah mati tidak bernyawa itu.

Aku goyang-goyang menggunakan tangan… tiada respon.

Tik! Tik! Tik!... aku jentik-jentik juga tiada respon.

Pak! Pak! Pak!... aku tampar-tampar juga tiada respon.

“Mengapa”, fikir aku kalut.

“Makkkkk!”, teriak ku terkejut apabila ada satu tangan memegang bahu aku dari belakang. Rupa-rupanya seorang mamak yang juga pekerja restoran berkenaan cuba menegurku. Baru aku perasan yang aku tidak kunci pintu tandas ku.

“Kenapa!?”, tanya aku dengan nada marah kerana terkejut tadi. Aku juga sudah memakai seluar semula dalam keadaan tergesa-gesa.

Dia menghulurkan aku dua biji bateri Energizer lalu berkata, “Tahan 5 kali lebih lama!”.

Patutlah ‘shutdown’, aku guna bateri China.

Movies List