Thursday, December 31

PERUBAHAN DRASTIK BLOG INI... HUHUHU

p/s: Poyo nyer aku.

Ada sedikit perubahan pada blog ini pada masa akan datang:
  • Selepas ini aku mungkin tidak akan berkesempatan melawat mana-mana blog. Jika berkesempatan sekalipun aku akan hanya akan menjadi Silent Reader.
  • Aku juga akan memberikan tugas membalas komen kepada Boneka (20 tahun) dan Abe Long (19 tahun). Apapun, itu hanya berdasarkan kemampuan mereka. Jika mereka tidak mampu maka tiada paksaan kepada mereka untuk membalas komen. Aku pula akan tetap membaca semua komen melalui email pada masa terluang.
  • Aku tetap akan membuat entri jika ada idea. Jadi bagi yang masih teringin membaca entri aku akan tetap berpeluang membaca penulisan aku. Tiada paksaan untuk datang ke sini kerana aku mungkin tidak berkesempatan melawat blog kamu.
  • Aku sedang terfikirkan untuk sesuatu yang lebih ringkas, lebih peribadi, anonymous dan low profile tetapi bukan di sini.
  • Jika mahu menghubungi aku bolehlah email rozali@klccconventioncentre.com (masa bekerja dan paling aku suka gunakan) atau fattchinchoy@gmail.com (masa di rumahi dan aku selalu buka). YM pula bolehlah add zalie_acct@yahoo.com (aku bukanlah seorang yang seronok untuk bersembang melalui YM).
Sebab semua ini adalah aku mungkin akan sibuk melakukan sesuatu selepas kembali ke Kuala Lumpur nanti (sebab utama). Selain itu, aku juga mungkin akan sibuk bekerja. Jadi, aku mungkin tidak dapat memberi komitmen penuh pada blog ini. Cuma aku akan terus menulis kepada mereka yang benar-benar berminat untuk membaca tulisan aku. Aku harap aku dapat menghiburkan kamu, melepaskan sedikit tekanan kamu dan mengubati sedikit hati lara kamu.

**********

p/s: Ini entri recycle daripada blog lama. Aku masih di kampung halaman dan internet di sini terlalu lemah untuk Digi Broadband. Hanya pengguna Celcom Broadband yang mendapat liputan baik di sini.

ATOK DAN SARA: CINTA ATOK DAN NENEK SAYA

Nota: Kisah ini diadaptasi daripada kisah benar... errrr, bukan aku.

"Sekian", kata Rafiqy menghabiskan ceritanya. Semua pelajar tingkatan 3 Aspirasi bertepuk tangan. "Bagus Rafiqy. Bagus!", kata cikgu Azura, cikgu matapelajaran Bahasa Melayu kelas berkenaan. Rafiqy tersenyum lebar atas pujian itu.

"Baiklah kelas. Seperti biasa mengikut peraturan kita, Rafiqy akan memilih nama seterusnya untuk bercerita pula pada minggu hadapan", kata cikgu Azura kepada pelajar-pelajar kelas 3 Aspirasi tadi. "Awak nak pilih siapa Rafiqy?", tanya cikgu Azura pada Rafiqy pula.

Semua pelajar di dalam kelas menjadi takut untuk menjadi peserta seterusnya kecuali bagi yang sudah terpilih pada minggu-minggu sebelumnya. Sara salah seorang pelajar kelas tingkatan 3 Aspirasi adalah orang yang paling takut sekali kerana Rafiqy adalah musuh ketatnya. Dia tahu kali ini namanya pasti akan disebut oleh Rafiqy dengan harapan untuk melihat Sara terketar-ketar berdiri di hadapan sambil bercerita.

"Sara cikgu", kata Rafiqy sambil tersenyum sinis. Dia gembira dengan membayangkan bagaimana keadaan Sara pada minggu hadapan bercerita kepada rakan sekelas.

"Baiklah. Sara... minggu hadapan kamu bercerita pula. Jangan cuba nak ponteng kelas yer. Cikgu kejar kamu ke lubang cacing nanti", gertak cikgu Azura dan pelajar-pelajar lain ketawa.

"Hmmmm", jawab Sara sambil tertunduk lemah. Otaknya memikirkan apakah cerita yang bakal dia persembahkan. Walaupun tajuk adalah bebas tetapi otaknya tidak ada idea.

Di rumah...

Sara lebih banyak berdiam diri berbanding biasa yang penuh keceriaan. Sebabnya, dia berfikir tentang cerita yang patut dipersembahkannya pada minggu hadapan. Bermacam-macam idea muncul tetapi dia rasakan tidak sesuai untuk diceritakan ataupun lebih tepatnya dia rasakan tidak menarik untuk diceritakan.

Hinggalah pada hari terakhir mencari idea iaitu pada hari Ahad, dia masih belum memutuskan cerita yang patut dipersembahkannya. Lalu dia menemui Atoknya, Ah Fatt.

Atok Ah Fatt seperti biasa pada petang yang nyaman duduk di beranda rumah sambil menikmati udara segar pinggir bandar. Sara datang dan duduk di salah sebuah kerusi di situ dan dia hanya berdiam diri. Otaknya masih ligat berfikir.

"Hmmm... ada apa? Nak kacau Atok ler tu", kata Atok Ah Fatt sambil menjeling kepada Sara.

"Taklah", jawab Sara ringkas.

"Yer lah tu. Jarang nampak Sara duduk sini. Setiap kali datang sini mesti ada hal nak kacau Atok kan?", kata Atok Ah Fatt memperli.

"Taklah Atok. Sara tengah fikir kerja sekolah ni", jawab Sara lagi.

"Pikir jangan tak pikir. Dah habis pikir sila ler blah... hahaha", Atok Ah Fatt bergurau.

"Atok... camana Atok kenal dengan Nenek dulu", tanya Sara tiba-tiba seperti dia mendapat idea untuk ceritanya.

"Kenapa plak nak tau?", tanya Atok Ah Fatt bingung.

"Errr, saja nak tau. Takkan dengan cucu sendiri pun Atok tak nak cerita kan?", Sara cuba melindungi niatnya yang sebenar.

"Hmmm... panjang ceritanya", kata Atok Ah Fatt sambil merenung jauh.

"Ceritalah Atok... Sara ada banyak masa nak dengar ni", Sara cuba memujuk.

"Ok. Atok cerita nanti jangan cuba menyampuk plak. Hilang mood Atok nak cerita kang baru tau"

"Ok... ok", jawab sara.

"Ok. Atok jadi bujang trang-tang-tang lama jugak ler dulu. Bukan sebab tak ada orang yang boleh Atok tekel. Bukan jugak tak ada orang yang tekel Atok. Sebabnya Atok ni dulu jenis kuat memilih. Ramai jugak ler gadis-gadis yang Atok kenal masa tu. Dalam banyak-banyak tu, adalah seorang yang Atok rapat. Kami dua kira kamceng ler... satu kepala jugak ler. Atok tau gadis tu berkenan kat Atok dan Atok fikir tak salah kalau kami jadi pasangan kekasih sebab kami rapat. Kami tak ler cakap cinta-cinta ni tapi kami macam teman tapi mesra ler. Kawan-kawan tengok kami pun macam orang couple jer sebab di mana ada Atok di situ ada dia, di mana ada dia di situ ada Atok".

"Lepas lama kami kawan, perasaan tu sudah ada tapi kami masih tak cakap... diam-diam jer. Macam orang cakap... belum declare ler kan. Lepas tu Atok kenal pulak gadis lain. Cepat jer Atok jatuh hati kat kawan baru tu. Entah kenapa cepat jer Atok nak luahkan perasaan sama kawan baru Atok. Jadi Atok cuba rapat dengan kawan baru dan semakin kurang rapat dengan kawan lama Atok. Sebabnya Atok nak tekel budak tu dengan serius dan Atok tak nak gagal sebab takut budak tu salah sangka dengan hubungan dengan kawan lama Atok tu".

"Akhirnya Atok dapat gak peluang nak cakap perasaan Atok kat kawan baru Atok tu. Hampeh! Atok kena reject ler plak. Bila Atok nak kembali kat kawan lama Atok plak, dia sudah tau yang Atok cuba tekel kawan baru Atok tu. Kawan dia yang cerita. Dia kecewa ler. Pastu hubungan putus cam tu jer. Dua-dua Atok tak dapat".

"Lepas tu, Atok pikir tak mau ulang macam tu lagi. Kalau dah kenal sorang Atok nak pegang dia kuat-kuat tak nak lepas. Biarlah ada gadis lain lagi hebat, lagi lawa... Atok tak mau dah. Nanti rugi Atok hilang dua-dua. Di situlah Atok kenal Nenek kamu... hehehe. Ramai gak gadis-gadis yang Atok kenal selepas Nenek kamu tapi Atok tak nak ulang dah. Atok tetap dengan Nenek kamu walau macam mana pun".

"Hinggalah ler Atok dan Nenek kamu kawen, Atok masih usya-usya lagi awek-awek kat luar tu. Tapi Atok tetap dengan Nenek kamu".

"Jangan cerita kat sesiapa yang Atok usya-usya awek lagi tau... ini rahsia!", Atok Ah Fatt menghabiskan ceritanya.

"Panjangnya cerita Atok! Ok rahsia", jawab Sara tersengih.

Kemudian Sara bertemu pula dengan Nenek dan bertanya soalan yang sama. Peliknya cerita hampir serupa.

"Nenek masa muda-muda dulu ramai peminat tau. Macam-macam lelaki yang nak usya Nenek tapi Nenek cuba jual mahal sket. Nenek nak pilih dengan berhati-hati. Nenek nak yang terbaik!"

"Sampai suatu masa, Nenek berkenan dengan dua lelaki ni. Dua-dua bagi Nenek adalah yang terbaik dari ramai-ramai yang usya Nenek masa tu. Nenek kawan dengan dua-dua sekaligus tapi Nenek tak ceritalah sama diorang. Masa berkawan tu Nenek cuba membandingkan antara dua sebelum buat keputusan muktamad. Masalahnya dua-dua tu setanding ler jugak. Pening kepala Nenek pikir nak pilih yang mana satu. Diorang plak asyik mendesak nak tau perasaan Nenek sama diorang. Last-last dua-dua fed-up. Melepas Nenek kedua-duanya. Sedih ler jugak".

"Akhirnya Nenek pikir, lepas tu Nenek akan terima jer siapa yang first usya Nenek. Tak kira siapapun. Masa tu ler Nenek kenal Atok kamu".

"Lepas Nenek kenal Atok kamu, ada lagi yang mau usya-usya Nenek. Tapi Nenek tak nak layan dah. Nenek tetap dengan Atok kamu. Nenek takut pisang berbuah dua kali. Sampailah Nenek kawen sama Atok kamu baru tak ada orang usya dah".

"Wah! boleh tahan jugak cerita Nenek ni", komen Sara.

Hari Isnin, masa matapelajaran Bahasa Melayu di kelas 3 Aspirasi yang diajar oleh cikgu Azura...

"Baiklah kelas. Seperti yang telah kita semua tahu minggu lalu, minggu ini Sara akan mempersembahkan ceritanya pada kita semua. "Sara... sila", arah cikgu Azura. Sara maju ke hadapan. Dia terketar-ketar juga untuk memulakan ceritanya.

"Assalamualaikum semua", salam Sara.

"Waalaikumsalam", jawab rakan sekelasnya serentak dan penuh semangat. Rafiqy tersenyum sinis melihat Sara yang terketar-ketar.

Sara memandang Rafiqy dengan geram. Namun, dia cuba untuk tidak mempedulikan musuh ketatnya itu. Dia cuba untuk fokus dalam persembahannya.

"Sara nak cerita tentang apa?", tanya cikgu Azura.

"Hari ini saya hendak menceritakan mengenai kisah cinta Atok dan Nenek saya", terang Sara pada kelas. Cikgu Azura terdiam, kelas terpegun. Tajuk sahaja dirasakan sesuatu yang menarik bagi mereka semua.

Sara memulakan ceritanya...

"Dari kecil hingga sekarang, mak saya beri saya kepada Atok dan Nenek saya untuk dijaga. Atok dan Nenek saya, pasangan biasa-biasa jer tapi saya suka tinggal dengan mereka sebab mereka ceria orangnya"

"Tak saya sangka, rupa-rupanya pasangan biasa-biasa ini TAMAK HALOBA DALAM BERCINTA ketika muda... bla bla bla..."

"Akhirnya mereka insaf dan keinsafan itulah yang menguatkan jodoh mereka"

"Sekian"

"Oh ya... sebelum tu, jika ikut cerita Atok saya, sebenarnya dia tak insaf sepenuhnya. Sampai ke tua dia masih usya-usya awek walaupun dia kata nak tetap dengan Nenek saya"

"opsss! Atok kata itu rahsia sebenarnya. Maafkan saya jika terlepas cerita. Ini semua salah Atok saya sebab saya mewarisi genetik mulut tempayannya"

**********

"Adeh! gatal plak bontot ku ni... ini tanda-tanda ada orang cerita tak baik pasal aku ler ni", fikir Atok Ah Fatt yang sedang menonton TV di rumah.

Wednesday, December 30

PENAMPAR JEPUN

Pada tahun 1988, aku masih berusia 7 tahun…

Pada masa itu adalah masa cuti sekolah. Aku suka melepak dengan Jack di bawah sebuah pohon rendang. Kebanyakan masa kami adalah tidur sambil menunggu masa makan tengahari namun pada cuti sekolah itu kami membaca novel penyiasatan Enid Blyton.

Aku yang akan membaca kuat-kuat dan Jack menjadi pendengar. Membaca sambil baring kadang-kadang membuatkan aku terlena. Pada masa itu Jack pula berangan-angan menjadi seorang penyiasat yang hebat.

“Bestnya kalau aku jadi penyiasat… cool!”, Jack berangan sendirian setelah aku terlena. Jack juga berangan yang namanya akan gah bila dia dapat memberkas penjenayah dengan kebijaksanaannya. Sambil berangan-angan dia tersenyum.

“Tapi camana aku nak jadi penyiasat yer?”, Jack buntu dalam angan-angan dia. Dia muram.

“Ah Fatt! mak suruh balik……. Makan!”, teriak adik aku dari kejauhan. Aku yang terlena, terjaga.

“Jack, aku balik dulu ler… mak aku suruh balik makan. Nanti kita jumpa lagi”, kata aku kepada Jack. Jack hanya membiarkan aku berlalu dan meneruskan angan-angannya.

Keesokan paginya Jack bangun awal seperti biasa walaupun masih dalam musim cuti persekolahan. “Bau apa ni? Bau masam menusuk kalbu betul @#$%^&”, Jack berfikir sambil memaki hamun.

Jack mencari punca bau berkenaan. Dia keluar dari rumahnya. “Hmmm… bau ni di bawa oleh angin, dari arah sana. Baik aku siasat”, fikir Jack dan kali ini dia teruja kerana dia akan memulakan penyiasatan yang pertamanya.

Jack berjalan memasuki semak samun. Hidungnya pula aktif mencari punca bau. Lama dia berjalan kerana menyelidiki punca bau, akihirnya dia semakin dekat. “Aha… bau semakin kuat di kawasan ni… aku rasa ada depan tu jer”, kata Jack dalam hati dengan perasaan gembira kerana hampir berjaya.

“Jack! Buat apa kat situ? Mari sini makan”, panggil ayah Jack yang aku selalu panggil Pakcik sahaja.

“Kejap papa, ada kerja ni”, balas Jack.

Kemudian Jack menujuh ke arah ayahnya sambil hidungnya aktif mencari punca bau tadi. Apabila sampai, Jack menghidu bau badan bapanya. “Dah jumpa!”, teriak Jack gembira.

“Apa yang dah jumpa?”, tanya ayah Jack kebingungan.

“Bau masam papa. Macam bau tak mandi jer. Papa tak mandi yer?”, tanya Jack.

Ayah Jack masih kebingungan.

“Kuatlah bau dia papa. Dari jauh Jack dapat bau. Busuk betul. Papa bau macam…”

PANG! Satu penampar Jepun hinggap di pipi Jack. Jack terkejut apabila ditampar dengan tiba-tiba.

“Kurang ajar punya anak! Jangan sesekali cakap papa macam tu yer”

Jack menangis teresak-esak kesakitan.

“Dah! Jangan menangis. Pegi makan”, arah ayah Jack.

Jack berlari meninggalkan tempat itu merajuk. Dia terus menangis.

Aku yang baru keluar rumah pada jam 10.30 pagi kerana bangun lewat seperti biasa pergi mencari Jack.

“Jack! Jack!”

“Jack! Jack!”

Aku berteriak memanggil Jack namun kelibatnya tidak aku nampak. “Mana Jack ni? Biasa pagi-pagi dah datang rumah aku”, aku berfikir sendirian.

Aku bertemu dengan Pakcik, ayah Jack. “Pakcik, ada nampak Jack tak?”, tanya aku.

“Ish! Bodohnya aku tanya Pakcik. Baik aku cari kat tempat lepak kami”, kata aku sendirian bila Pakcik tidak menjawab pertanyaan aku tadi.

Di tempat lepak kami aku sedang nampak Jack di atas pokok. “Jack! Kau buat apa kat atas pokok tu?”, tanya aku namun Jack tidak menjawab.

“Kenapa kau?”, tanya aku lagi.

“Ini aku ada bawa aiskrim”, aku menawarkan Jack aiskirm Malaysia yang aku bawa dari rumah tadi. Mak aku yang buat.

Melihatkan aiskrim di tangan ku, Jack cepat-cepat turun dan aku berikannya aiskirim. Dia makan dengan sukanya.

“Eh! Kenapa pipi kau ni?”, tanya aku yang melihat kesan merah pada pipi Jack.

Setelah aku bertanya, Jack makan dengan sedihnya pula. Dia teringat lagi peristiwa tadi.

“Ini mesti kerja pakcik kan?”, tanya aku.

“Nanti aku bagi tau bapak ku. Awas ler kau pakcik!”, aku dengan nada marah ingin membela Jack tanpa usul periksa kejadian sebenar.

Pada malamnya Jack pulang ke rumah tanpa makan pun pada siang tadi kerana rajuk berpanjangan. Hanya aiskrim pemberian aku sahaja yang dimakannya pada hari itu.

“Hah! Sekarang baru nak pulang. Cepat masuk rumah!”, arah Pakcik kepada Jack.

Jack naik perlahan-lahan. Mukanya merajuk.

Bila dah dekat barulah Pakcik bersuara semula. “Papa minta maaf atas kejadian tadi Jack. Papa tak sengaja”

“Jack tak salah pun. Kenapa papa tampar Jack?”, Jack bertanya dan air matanya mengalir.

“Yerlah. Papa bukan tak nak mandi. Tapi papa takut air”, Jelas Pakcik kepada Jack.

“Kenapa papa takut air?”, tanya Jack pelik.

“Laaaa… itu pun nak tanya ker?”, Pakcik bertanya kembali kepada Jack.

“Kenapa pulak? Memang papa takut betul dengan air ker?” tanya Jack semakin pelik.

“Kita ni kan kambing. Memanglah kita takut air… apalah anak ku ini”, Pakcik menggeleng kepala.

“Macam tu ker papa? Patutlah papa bau macam Kambing!”, jelas Jack.

PANG! Satu lagi tamparan Jepun hinggap di pipi Jack.

“Jangan sesekali kau hina bau kambing! Sensitip”, Pakcik dengan nada suara menyinga memarahi Jack.

Dua Cop Tapak Kaki Kambing melekat di pipi 'Jack The Kambing’s Son' pada hari itu.


Friday, December 25

MANDREM JUMAAT

p/s: Semalam aku melepak di rumah Hisham. Malam yang penuh kejelesan dan kini aku sedang berfikir hendak hantar sms apa bagi bersembang dengannya. Agagaga (cover beb! cover!)

Ini entri recyle ler.

Bila orang sebut Mandrem, "Apa tu?", aku bertanya. Rupa-rupanya Mandrem itu adalah sihir pengasih untuk 'melekatkan' seorang gadis ataupun jejaka yang diminati tetapi amat sukar di dapati. Di Tawau kami panggil ia 'Guna-Guna'. Itu sebabnya aku tidak mengetahui maksud Mandrem pada mulanya.

Sihir... satu amalan berdosa tetapi ada juga orang yang mengamalkannya. Syukur aku tidak pernah belajar sihir dan tidak terniat langsung untuk belajar apa-apa jenis sihir pun. Aku takut keburukannya yang jelas lagi nyata.

Mendapatkan jejaka ataupun gadis idaman perlu sihir... hanya 'Loser' yang melakukannya. Jika orang tidak suka biarkan. Ramai lagi gadis-gadis ataupun jejaka di luar sana. Jangan risau, negara kita masih cukup sumber yang mencukupi. Tak mahu local... explore sumber luar pula. Apa yang penting adalah usaha mendapatkannya. Cabaran yang datang anggaplah asam garam kehidupan... hidup tak indah tanpa cabaran.

Aku dan rakan-rakan semasa belajar dahulu pernah bersembang serba sedikit pasal Mandrem ini. Cerita yang disampaikan melalui khabar kerana kami semua tidak pernah melihatnya sendiri. Apa yang mengejutkan aku adalah salah satu teknik yang diceritakan adalah menggunakan 'Kepala Taik'. Kami hanya mampu tergelak mendengarkan bahan yang digunakan sebegitu jijik.

'Kepala Taik' seperti yang diterangkan adalah salah seorang rakan aku adalah 'Taik' yang pertama sekali keluar semasa membuang air. Hanya diambil bahagian tersebut dan dijampi lalu digunakan untuk sihir pengasih.

**********

Nota: Kisah ini hanya rekaan semata-mata.

Ah fatt jatuh cinta pada seorang pekerja baru di dalam syarikatnya. Nama gadis berkenaan Vanessa, seorang peranakan Melayu dan Cina. Ayahnya seorang Cina Muslim dan Ibunya seorang melayu... dia ada 'Chinese Look'.

Sudah sebulan Vanessa bekerja dan Ah fatt jarang bertemu dengannya kerana mereka berlainan jabatan. Pertama kali bertemu Vanessa adalah sewaktu Ah fatt menjadi 'Tour Guide' sewaktu Vanessa mendaftarkan diri. Ah fatt pula sebagai seorang pekerja Human Resources yang diberikan tanggungjawab dalam tour selama lebih kurang sejam pada hari itu. Di situlah Ah fatt berkenalan dengan Vanessa dan dia jatuh hati.

Bukan sahaja Ah fatt yang berkenan kepada Vanessa, malah pekerja-pekerja lain juga ingin mencuba nasib mereka termasuklah lelaki-lekaki yang sudah berumahtangga tetapi masih tetap hendak menggatal. Entah apa niat mereka... serius? Bermain-main? Hanya mereka yang tahu.

Melihatkan cabaran yang banyak, Ah fatt menjadi gusar. Malah, Vanessa umpama gadis yang sukar didekati. Mungkin kerana Vanessa sudah terbiasa dengan sikap lelaki yang suka hendak menguratnya membuatkan Vanessa bijak menyelamatkan diri daripada terperangkap. Bukan semua lelaki boleh dipercayai... itu pendapat Vanessa dan itu juga pendapat kebanyakan wanita.

Disebabkan itu, Ah fatt juga semakin 'angau'. Dia hanya mampu memandang Vanessa dari jauh tetapi segan hendak menegurnya kecuali ada urusan kerja di antara mereka. Ah fatt buntu idea.

"Jack... tolonglah aku", pinta Ah fatt kepada rakan sekerjanya yang merupakan playboy unggul.

"Ler... peanut butter jer tu beb! Kalau aku ler kan... seminggu jer dapat aku ajak dia keluar", kata Jack sambil membanggakan dirinya.

"Kau jangan Jack! Aku suka budak tu... kau jangan!", Ah fatt memberi amaran.

"Jangan kau risaulah! Demi kawan... aku bagi kau line... tapi kau ingat! Bukan aku seorang jer yang mampu tackle si Vanessa tu. Pakcik-pakcik botak semua tu pun nak tau... diorang lagi power ilmu di dada", Jack cuba menakutkan Ah fatt.

"Tulah pasal! Hish... buntu aku... kau ajarlah aku", pinta Ah fatt lagi.

"Bukan senang nak ajar... kau kena cuba sendiri! Lain orang lain caranya... cara aku hanya sesuai untuk aku jer... hahaha", Jack hanya bergurau walaupun Ah fatt serius.

"Susahlah macam ni... aku tak pandailah", Ah fatt mengalah.

"Budak Vanessa ni aku lihat tak akan pandang orang macam kau Ah fatt... itu pendapat aku lah".

"Hmmmm", Ah fatt mengeluh.

"Satu jer cara kau nak dapat dia ni... itu pun kalau kau berani ler"

"Apa dia?!", Ah fatt teruja kerana mendapat pengharapan baru daripada Jack.

"Mandrem... kau tau?", tanya Jack.

"Huh?", Ah fatt terpinga-pinga.

Jack menerangkan panjang lebar mengenai Mandrem kepada Ah fatt. Jack juga memberitahu kawannya pernah menggunakan khidmat seorang bomoh Indonesia bagi melakukan mandrem.

"Kalau kau nak... aku boleh tanya kawan aku... kita jumpa Wak Joko tu", cadang Jack.

Walaupun Ah fatt takut tetapi kerana rasukan syaitan dan nafsu dia bersetuju.

Seminggu selepas itu mereka berdua pergi bertemu dengan Wak Joko. Mereka pergi pada malam Jumaat.

"Datangnya malam-malam ini Wak udah tau. Anak-anak ini buntu pertolongan Wak. Kelmarin Wak bermimpi anak ini kangen bangat sama itu gadis iras-iras cina ya? Benar enggak?" Wak Joko membuat andaian sambil memandang Jack dan Ah fatt... Ah fatt yang paling direnungnya.

"Ya... betul... ini kawan saya Ah fatt yang yang mahu pertolongan Wak", jawab Jack.

"Datang Jumaat depan... di kala bulan mengambang penuh... ini bahan-bahannya", kata Wak Joko sambil menulis di atas kertas.

Sesi pertama yang berlangsung selama 15 minit itu hanya untuk mengatahui bahan-bahan yang diperlukan. Pulut Kuning, Darah ayam kampung serta bahan-bahan lain yang ditulis pada kertas. Wak Joko memesan bahan utamanya adalah 'Kepala Taik' milik Ah fatt yang dikeluarkan pada malam Jumaat.

Minggu hadapannya pada hari Jumaat, malam Sabtu, Ah fatt datang bersendirian pula. Ini adalah pesanan Wak Joko sebagai salah satu syarat sihirnya. Ah fatt memandu kereta melalui jalan yang tidak berturap ke rumah Wak Joko pada malam itu. Tempat tinggal Wak Joko terletak di pinggir hutan... dia tinggal bersendirian.

Dalam perjalanan itu Ah fatt terpaksa membuka cermin kerana bau busuk taiknya sendiri yang dibungkus di dalam plastik. Bahan-bahan lain juga turut dibawanya.

Setibanya di rumah Wak Joko, pintu tidak dikunci dan Ah fatt memasuki rumah berkenaan. Terlihat Wak Joko sedang memulakan upacara awal sambil mulutnya terkumat-kamit... mungkin memuja syaitan.

Apabila terlihat Ah fatt, dia memberi 'signal' agar Ah fatt duduk dan mulutnya masih terkumat kamit. Bau kemenyan begitu kuat. Ah fatt hanya duduk dan diam... menanti arahan selanjutnya.

Setelah 30 minit barulah Wak Joko bersuara, "Bahannya bawa kemari".

Ah fatt hanya menurut. Satu persatu bahan-bahan yang dibawa Ah fatt di keluarkan oleh Wak Joko. Bila dia melihat 'kepala taik' yang dibawa Ah fatt, Wak Joko terkejut.

Tanpa ditanya Ah fatt menjawab, "Waktu saya nak keluarkan taik tu... mungkin eksiden wak. Tu yang kepala dia terburai tu".

Wak Joko tidak puas hati melihat 'Taik Cair' diplastik pemberian Ah fatt. "Ini enggak bisa!"

"Jangan risau wak... terburai jer kepala tu... tu rambut dia, tu hidung, tu mata, tu otak..." kata Ah fatt mengagak-agak.

Taik Cair adalah taik yang eksiden dilaluannya. Hancur terburai anggotanya.

Thursday, December 24

LOVE GAME PLAN

p/s: Aku baru terjumpa Blog Shazruls yang bersama-sama kami di Gathering Genting. Dia adalah orang paling senior di dalam Gathering dan gambar-gambar gathering di dalam blognya cukup cantik. Dia juga telah upload gambar gathering di Flickr miliknya untuk tatapan umun.

Genting Highland, Ahad, 20 Disember 2009…

Lebih kurang jam 9.00 pagi... Aku, Razman, Jalak dan Beskot kembali ke apartment selepas bergurau senda sambil meminum minuman panas di café bersama Si Kosong, Orang Lidi dan Jen. Sesampainya di apartment, aku mengambil satu kerusi untuk dua orang lantas berbaring di atasnya. Jalak pula membuka lagu MP3 untuk kami dengari.

Disebabkan tiada aktiviti dan beg sudah aku kemaskan lebih awal maka aku mencapai majalah CLEO yang terletak di atas rak TV. "Majalah siapa ni?", tanya aku tetapi tiada siapa yang mengetahui pemiliknya. Kemudian aku membuka majalah CLEO berkenaan dan membaca artikel-artikel di dalamnya sedangkan yang lain sedang bersembang.

Dari satu helai ke satu helai aku khusyuk membaca. Kebanyakan isu adalah berkenaan percintaan dan persahabatan manakala fokus utamanya adalah wanita. Aku tiba di satu muka surat mengenai soal jawab mengenai Game Plan di dalam percintaan. Aku tanpa berfikir panjang cuba menjawab satu persatu soalan-soalan tersebut.

"Soalan ni untuk perempuan jer", fikir aku namun aku teruskan menjawab kerana ada juga yang bersesuaian untuk lelaki. Malangnya, aku tidak sempat menghabiskan soalan-soalan tersebut untuk mengetahui jawapan kepada soal jawab berkenaan yang di ukur dengan banyaknya jawapan A atau B atau C atau D.

Dalam bas menuju ke KL Sentral…

Aku mengelamun seorang diri berdekatan tingkap kaca. Di sebelah aku Si Kosong yang sibuk menangkap gambar seperti biasa. Di belakang aku Jalak dan Beskot sedang terlelap. Di hadapan aku pula Siv dan Razman saling bersembang. Di bahagian lain aku lihat masing-masing ada pasangan yang masih rancak berbual dan hanya sedikit yang terlelap. Tidak ku sangka yang ketika itu ada satu pasangan yang akan menjalinkan cinta seperti yang diwar-warkan oleh Cik Cumey.

Dikala aku bersendirian ketika itu, ada dua benda yang aku fikirkan. Pertama, betapa aku tak sangka menjadi seorang blogger boleh mengenali mereka semua ini. Kedua, mengenai Love Game Plan yang aku jawab tadi. Perkara pertama mungkin aku akan buat entri lain jika idea sudah mencukupi dan di sini aku mahu membincangkan perkara kedua sahaja.

Persoalan aku pada diri sendiri ialah apakah Love Game Plan aku selama ini? Di rumah aku berfikir dan di pejabat aku berfikir. Semalam aku mahu membuat entri ini namun tiba-tiba aku mengubah untuk membuat entri mengenai Boneka secara tiba-tiba.

Fikiran aku ini tidak akan berhenti selagi aku tidak menghasilkan satu entri. Begitulah aku setelah mempunyai satu idea yang bermain di kepala. Ia akan menghalang idea lain muncul selagi idea yang sudah ada belum dilunaskan.

Hari ini aku mahu melunaskan segalanya. Biarlah ia tidak bermain di fikiran aku lagi dan dengan cara ini aku mungkin boleh mengkaji diri sendiri. Dengan mengkaji diri sendiri mana tahu ada yang boleh aku ubah di masa hadapan untuk kejayaan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang di dalam Love Game Plan sendiri.

**********

Selama ini aku ada 3 Love Game Plan yang selalu aku gunakan tanpa aku sedari antaranya:

Game Plan 1: Aku selalu jatuh hati pada yang mustahil
Pengecualian kepada bekas kekasih aku yang mana aku selalu menyukai seseorang yang peratusan besarnya amat mustahil untuk membalas perasaan aku. Aku pun tidak tahu mengapa ia selalu jadi sebegitu. Mungkin kerana citarasa aku terlalu tinggi melebihi tahap kemampuan aku sendiri hinggakan gadis berkenaan tidak memandang aku sebagai sama dengan citarasanya. Akibatnya aku selalu menjadi seorang yang bertepuk sebelah tangan sahaja.

Namun, Game Plan ini bukan silap semuanya. Cuma aku yang belum mendapat teknik sebenar bagaimana mengatasi masalah ini kerana semua orang tahu yang citarasa seorang wanita boleh diubah berbanding lelaki yang sukar hendak diubah. Maknanya, ia tidak mustahil jika aku ada teknik yang betul dan aku yakin ia pasti boleh kerana sudah terbukti di mana-mana sahaja.

Game Plan 2: Aku memilih untuk aku yang jatuh hati terlebih dahulu
Biasa orang berkata, 'Sukailah seseorang yang menyukai anda'. Maksudnya, jika ada seseorang yang menyukai anda maka anda harus memberi peluang untuk membuka hati padanya.

Walaupun, cara itu bagus dan berkesan tetapi aku rasakan tidak berkenan dengan cara itu. Ini kerana, apabila aku sudah meletakkan status seseorang itu hanya sebagai kawan biasa maka ia tidak boleh berubah. Ia tetap sama walaupun si dia sudah menyatakan atau sekadar memperlihatkan yang dia berminat dengan aku.

Dalam kes yang sama juga, aku takut kepada secret admirer. Disebabkan aku sememangnya tiada perasaan kepada mereka melebihi perasaan kepada seorang kawan biasa maka aku takut untuk mereka kecewa kelak apabila mengetahui aku tidak dapat membalas perasaan mereka. Selain kecewa, aku takut kelak mereka sudah segan untuk berkawan dengan aku semula.

Berkenaan secret admirer ini, aku pernah nyatakan dalam blog lama bagi memberitahu pembaca blog aku agar tidak menjadi secret admirer kepada aku. Aku beritahu sebegitu kerana aku dapat rasakan sebagai seorang blogger pasti ada secret admirer masing-masing dan ia dapat jelas dikesan jika anda membuat pemerhatian.

Walaupun ada orang berpendapat yang aku ini tidak matang dan tiada berperasaan melalui penulisan blog tetapi itu hanya mainan aku di sini dan aku sebenarnya dapat membaca perkara-perkara tersirat daripada tersurat. Aku dapat mengesan gurauan serius dan gurauan mainan. Bak kata Hisham, orang yang lahir pada bulan Disember seperti aku ini mempunyai Instinct yang kuat dan berdasarkan pengalaman, aku akui itu kerana aku selalu membuat andaian yang tepat daripada Instinct aku sendiri. Hanya kadang-kadang ia tersilap.

Game Plan 3: Aku terlalu bergantung kepada Instinct
Berdasarkan Game Plan kedua, aku memilih untuk jatuh hati terlebih dahulu berbanding si gadis jatuh hati terlebih dahulu kepada aku. Setelah aku jatuh hati maka aku akan mengukur penerimaan ataupun penolakan si gadis melalui Instinct aku.

Ada orang memerlukan kata putus daripada seorang gadis barulah dia dapat menerima penerimaan ataupun penolakan tetapi bagi aku sekadar Instinct sudah mencukupi. Daripada instinct aku akan mengukur samada dia berkemungkinan menerima aku ataupun menolak aku. Jika aku rasakan peratusan penerimaan adalah besar barulah aku akan beranikan diri untuk meluahkan perasaan dan sebaliknya, jika aku rasa peratusan penolakan adalah tinggi maka aku memilih untuk berdiam diri.

Masalahnya, apabila aku berdiam diri dan aku sudah tahu peratusan peluang aku rendah kadangkala aku akan down seorang diri. Kadangkala aku juga cemburu melihat si dia dapat mesra dengan orang lain dan bukannya aku. Semua ini berlarutan sehingga aku benar-benar dapat mengawal perasaan suka aku kepadanya. Ianya berakhir apabila aku menerima yang peluang aku sememangnya tidak ada.

**********

Sesiapa yang sudah lama berkenalan dengan aku di sini pasti tahu ada tiga gadis yang pernah aku beranikan diri untuk mencuba untuk menawan hatinya. Pertama, gadis yang aku minati selama tiga tahun sewaktu belajar dahulu, kedua ialah bekas kekasih aku dan ketiga ialah Gadis Mutiara.

Kegagalan pada gadis yang aku minati selama tiga tahun itu berpunca kerana aku tidak mengikuti Instinct (Game Plan 3). Pada Gadis Mutiara pula adalah berpunca kerana aku jatuh cinta pada yang mustahil (Game Plan 1). Manakala, dengan bekas kekasih adalah kerana kami terlalu cepat declare, cinta jarak jauh, kurang masa bersama dan akhirnya hilang keserasian.

Ada beberapa persamaan di antara ketiga-tiga mereka ini. Pertama, kami berpisah secara baik. Kedua, kami masih mampu berkawan sehingga kini. Dan ketiga, mereka menemui jodoh mereka selepas mereka bertemu dengan aku.

Bagi persamaan ketiga, maksudnya, lelaki yang pertama sekali mereka jumpai setelah aku sepenuhnya mengundur diri telah menjadi jodoh mereka. Kata lainnya aku adalah Mr. Wrong kepada mereka sebelum mereka bertemu Mr. Right. “You meet wrong person before you meet the right one”, begitu maksud aku.

Jadi, kepada gadis-gadis yang masih mencari jodoh sila couple dengan aku. “You should meet Mr. Wrong (me) before you meet Mr. Right (him)”.

Aku sudi berkhidmat dan couple-couple dengan kamu.

Wednesday, December 23

BONEKA TAK SAKIT

Pemberitahuan: Semenjak aku menulis blog, tidak pernah sekalipun aku membuat review kepada blog ataupun blogger lain. Aku tidak mahu membuat review kerana apa yang aku tulis hanya berdasarkan persepsi semata-mata dan persepsi itu tidak semestinya tepat. Maka, entri kali ini hanyalah persepsi aku kepada Boneka dan mungkin ia hanya sedikit tepat.

Nota: Nama-nama yang dinyatakan di dalam entri ini ialah Boneka, Hisham, Kawie, Mier dan Lumut.

Updated: Video aku menyanyi karaoke (Baca sini) tapi gambar tak hensem.

"Wei ko di pilih jadi juri contest Boneka", SMS daripada Hisham aku terima petang tadi. Aku tahu mengenai contest berkenaan yang bertemakan 'Contest Paling Despret'. Ianya hanya di buka kepada blogger perempuan dan cara menyertainya hanya dengan membuat satu lukisan menggambarkan Boneka yang hanya berseluar dalam.

"Aku dah ada pilihan", jawab aku kepada Hisham. Cara pemilihan aku cukup mudah iaitu mana-mana lukisan yang boleh membuatkan aku gelak dengan kuat apabila melihatnya sahaja. Selain itu, aku akan lihat pada kekreatifan ataupun cantiknya lukisan tersebut. Namun, dua ciri akhir ini aku hanya berikan 10% markah setiap satu dan 80% lagi adalah pada tahap gelak aku.

Hadiah contest ini pula ialah dapat 'Dating bersama Boneka'. Itu sebabnya ia dinamakan sebagai 'Contest Paling Despret'. Apapun, sedespretnya contest ini, ia tetap mendapat penyertaan yang menggalakkan daripada beberapa orang blogger perempuan yang mengikuti blog Boneka samada masih baru mengikuti mahupun sudah lama.

Seingat aku, Blog Boneka ini aku ikuti setelah dia menyertai Contest Lumut kerana dia adalah salah seorang peserta yang membuat entri bagi contest berkenaan. Dengan link yang ada di blog Lumut, maka aku memasuki blog Boneka untuk membaca entri yang telah dihasilkannya. Pendapat pertama aku setelah membaca entri contestnya ialah, "Dia mau cerita apa sebenarnya ni?".

Kini aku tahu yang itu sebenarnya adalah trademark blog Boneka. Dia membuat entri yang kadangkala sukar hendak difahami. Bahasa yang digunakannnya kadangkala tungang langgang dengan terma-terma ciptaannya yang hanya difahami oleh dirinya sendiri sahaja.

Namun, disebalik bahasa yang sukar difahami itu, semestinya ada yang cuba disampaikan dan kebanyakannya adalah melucukan. Mungkin aku patut gelar dia seorang blogger ‘Lucu Terpinga-Pinga’ kerana itulah yang akan kita alami apabila membaca entrinya.

Kehebatan lain yang dia ada ialah dalam menulis komen. Walaupun dia ini jarang memberi komen kepada entri mana-mana blogger lain kecuali yang sudah benar-benar rapat dengannya, tetapi setiap kali dia meletakkan komen pasti ada kelucuan di dalam komen tersebut. Boleh dikatakan setiap kali membaca komen-komennya di mana-mana blog yang dia letakkan komen pasti aku akan tergelak sendirian.

Kelainannya pula ialah aku rasakan dia ini adalah seorang yang abnormal. Jangan salah faham apabila aku gunakan perkataan abnormal kerana ia boleh dibahagi kepada dua. Pertama, di bawah paras nomal dan kedua, pula di atas paras normal. Abnormalnya Boneka ini ialah dia berada di atas paras normal iaitu dapat memikirkan sesuatu yang orang lain tidak dapat fikirkan. Genius mungkin juga, tetapi dia adalah Genius Pasif.

Apa yang dimaksudkan dengan Genius Pasif itu biarlah menjadi rahsia kepada orang-orang yang rapat dengannya seperti Hisham, Kawie dan Mier. Mereka-mereka ini aktif bermain YM dengannya dan mereka tahu apa yang aku maksudkan sebagai Genius Pasif ini.

Apapun, walaubagaimana persepsi kami terhadapnya, kami tetap suka berkawan dengan blogger bernama Boneka ini. Sukanya kami pada dia ini hinggakan dia menjadi hit dalam perbincangan gathering di antara Aku, Hisham dan Kawie. Sukanya kami juga hinggakan kami ingin bertemu dengan orangnya yang sebenar bagi menjelaskan lagi persepsi kami terhadapnya.

Malangnya, dia bukan seorang yang senang untuk diajak berjumpa. Dia jenis yang suka mengelak dan tetap di dalam dunianya sendiri sahaja. Alasannya dia takut kami sebagai Geng Blogger Gay Tua (seperti yang digelarnya kepada kami) akan merogolnya apabila kami berjumpa.

Selain takut hendak berjumpa, dia juga sukar hendak mendedahkan dirinya yang sebenar. Hanya baru-baru ini dia memberikan aku gambar miliknya melalui YM semata-mata mahu melihat gambar aku. Adakah dia sudah terpengaruh dan tergoda dengan aku? Entahlah.

Di samping gambar miliknya, dia juga menunjukkan satu gambar awek lawa bertudung. Aku pada masa itu begitu terkejut kerana selama ini dia mengatakan tidak memiliki kekasih hati tetapi tiba-tiba ada gambar awek ditunjukkannya pada aku. Dia mengatakan, "Ini awek aku. Janganlah kamu rogol aku".

Aku percaya kata-katanya namun apabila aku soal selidik rupa-rupanya gambar itu adalah kenalannya di dalam MySpace. Menyesal aku di situ apabila tidak mendengar kata-kata Hisham sebelum itu yang Boneka ini sebenarnya takut kepada awek hinggakan dia tiada seorang awek pun.


Gambar di ambil daripada blog Boneka yang menunjukkan yang dia menggunakan buku ini sebagai rujukan

Beberapa hari lalu pula dia menunjukkan webcamnya kepada kami semua. Itulah kali pertama aku melihat wajahnya secara live dengan senyuman sambil menaip kata-kata YM-nya. Aku ingatkan dia mahu tunjukkan muka kerana dia mahu kami muntah dan membatalkan untuk merogolnya. Namun sebaliknya pula apabila dia cuba menggoda aku mungkin kerana mungkin dia mahu menjadi ahli Geng Blogger Gay Tua. Memang aku muntah!

Ringkasnya, dia adalah blogger paling pelik pernah aku jumpa. Spesiesnya rare dan sukar hendak mencari blogger yang lebih kurang atau sama dengannya. Itu tarikannya dengan identiti luarbiasa.

**********

Seperti yang aku nyatakan tadi, Boneka selalu menggunakan terma-terma yang sukar difahami. Satu yang menarik perhatian aku adalah perkataan 'Jolok'. Hanya pada entri terbarunya baru aku fahami apa yang dimaksudkan dengan perkataan 'Jolok' tersebut.

'Jolok' pada Boneka bermaksud melawat, menerjah ataupun singgah di blog orang lain lalu membaca dan meletakkan komen. Aku ingatkan Jolok apa, kerana sebelum ini, setiap kali dia menggunakan perkataan 'Jolok' pasti aku terbayang Hisham dan Kawie mengorek-ngorek bontot Boneka.

Jolok pada aku korek-korek lah. Bangkai ko Boneka!

Tuesday, December 22

ANGAN-ANGAN BLOG 2010

p/s: Aku mencari link blogger-blogger yang menghadiri gathering selain link yang aku nyatakan semalam. Kini aku telah terjumpa dengan blog Mira (teringat aku cerita pasal Orang Lidi), Sufi (mana ntah link kawan-kawan dia), Hazri (rambut dia smart), Shakinah (baru lepas SPM jika tak salah aku), HBZ (aku berkenalan dengannya sewaktu masuk ke apartment), Loki (hensem dia neh), Mr. Chenta (nama Sif bunyi sebijik Siv) dan Yelorezo (aha! aku bersama Ah Ian tuduh dia sebagai Polar Bear). Mana lagi lima? Siapa tau?


Selingan


Aku akan bercuti selama 11 hari bermula daripada 24 Disember ini. Perancangan aku semasa cuti ini;
  • Bermalam di rumah Hisham dan Kawie pada 24 dan 25 Disember. Aku hanya menuruti permintaan mereka kerana mereka kata mereka rindukan belaian manja daripada aku.
  • Menghadiri majlis perkahwinan jemputan kenalan blogger pada 26 Disember. Aku (merancang berkemeja hijau) akan pergi bersama Siv (berkurung hijau katanya. Wow!) dan Jalak (sedang dipujuk oleh Siv). Mungkin akan bertemu kenalan blogger lain di sana.
  • 27 Disember pula tiada perancangan dan mungkin akan duduk di rumah sahaja bermain blog kecuali ada rakan hendak mengajak keluar.
  • 28 Disember hingga 02 Januari aku akan pulang ke kampung halaman. Penerbangan dengan AirAsia untuk pulang dan kembali ke sini. Penerbangan ke Tawau, Sabah menaiki Flight AK 5154 yang bertolak pada 2.55 petang dan penerbangan kembali ke sini menaiki Flight AK 5155 yang bertolak pada 6.10 petang. Aku tidak pasti samada dalam tempoh ini aku dapat menjenguk blog ataupun tidak.
  • 03 Januari aku tiada perancangan dan mungkin akan lepak di rumah sahaja.

**********

Sedar tak sedar, tahun 2009 hampir melabuhkan tirainya dan 2010 menjelma pula. Aku ingat lagi suasana malam tahun baru 2009 yang mana aku sedang bermain blog di kedai mamak ketika itu sambil melihat bunga api dari jarak yang cukup jauh.

Setiap kali menjelang tahun baru pastinya setiap orang menanamkan azam baru. Namun, aku bukanlah salah seorang daripadanya. Sebabnya akan aku terangkan pada akhir entri ini. Sebaliknya aku mempunyai banyak angan-angan.

Menggunakan perkataan 'angan-angan' berbanding 'azam' bagi aku adalah lebih realistik kerana bukan semuanya boleh dicapai. Namun, dengan menggunakan perkataan angan-angan bukan bermakna aku tidak meletakkan usaha untuk mencapainya. Cuma, apabila aku merasakan ia lebih realisitik maka aku bersedia menerima pencapaian ataupun ketidakcapaian kepada angan-angan tersebut.

Buat blog ini aku ada angan-angan untuk tahun 2010 seperti:

Memiliki domain dan hosting sendiri
Ini mungkin pengaruh daripada Joe yang sudah menggunakan domain dan hositng wordpress sendiri. walaupun aku tidak begitu pakar menggunakan wordpress namun aku ingin mencubanya kerana ingin merasai pengalaman mengendalikan blog dengan domain dan hosting sendiri.

Untuk itu, aku telah meminta pertolongan seorang kenalan blog yang kini sedang membuat survey pakej yang sesuai untuk aku. Di samping membuat survey, aku juga meminta pertolongan untuk setting apa yang perlu bagi blog berkenaan. Pertolongannya itu pula di buat atas dasar menolong kawan dan tiada caj dikenakan walaupun pada mulanya aku bercadang hendak memberi bayaran perkhidmatan. Hanya ucapan terima kasih yang mampu aku ucapkan padanya.

URL blog baru itu nanti bukan menggunakan nama blog ini dan bukan juga menggunakan nama blog lama. Aku sudah memilih satu URL yang sesuai untuk aku nanti. Namun, nama panggilan Ah Fatt dan nama panggilan blog lama akan aku gunakan kedua-duanya sekali.

Apabila aku menggunakan kedua-duanya maka aku akan buka semula blog lama hanya untuk membuat entri pemberitahuan kepada kenalan daripada blog lama. Sebenarnya, aku ada sedikit penyesalan menutup blog lama tersebut dan dengan cara itu aku dapat kembali kepada mereka-mereka yang telah lama mengikuti blog lama aku dahulu.

Apapun, jika menggunakan wordpress nanti, aku sedar yang aku ada masalah baru iaitu aku tidak dapat mengetahui update kenalan blogger melalui Google Reader seperti menggunakan blogspot. Aku akan cuba bertanya apa yang sesuai aku gunakan nanti.

Konsistensi dalam blog
Semenjak beberapa bulan ini aku rasakan blog aku sudah tidak konsisten dari segi idea dan melawat blog kenalan blogger (melalui Google Reader).

Dari segi idea, aku tidak seperti dahulu yang tidak pernah gagal untuk membuat update sekali sehari. Malah, aku dahulu boleh memiliki entri yang tersimpan untuk seminggu lamanya. Kini, aku kebanyakannya menggunakan entri recycle kerana tiada idea baru dan kadang-kadang aku membuat update yang tidak memuaskan hati aku sendiri (aku rasakan kurang menarik). Kadang-kadang juga aku gagal membuat update dalam sehari.

Dari segi melawat blog kenalan blogger juga ianya tidak sehebat dahulu. Jika dahulu sehari aku boleh membaca 150-200 entri sehari di dalam Google Reader. Sebaliknya, kini kemampuan aku berkurangan dan butang 'Mark All as Read' pada Google Reader kerap aku gunakan apabila entri-entri terkumpul sudah mencapai 300-500 entri.

Berkenalan dan mengikuti aktiviti blogger
Semenjak aku menjadi blogger, aku dapat berkenalan dengan ramai orang secara nyata dan ia memberi satu keseronokan kepada aku. Perkara ini tidak pernah aku terfikir sewaktu mula-mula membuka akaun blog dahulu.

Bayangkan sahaja dengan bermain blog aku mencuba bermain ice skating buat pertama kali (aku failed bermain ice skating), mendaki gunung buat pertama kali (terasa hendak lagi) dan menjejakkan kaki ke genting buat pertama kali. Selainnya, banyak aktiviti melepak, bersembang, menonton wayang dan makan-makan bersama blogger.

Namun, bertemu blogger ini bergantung kepada masa terluang aku yang terhad. Sehingga kini ada beberapa ajakan yang terpaksa aku tolak kerana tidak sesuai dengan masa aku. Sebabnya aku seorang yang sukar untuk mendapat cuti dan cuti kadangkala tidak menentu membuatkan aku terlepas beberapa aktiviti ataupun ajakan blogger untuk berjumpa.

Setakat itu sahaja apa yang aku dapat fikirkan untuk blog aku pada 2010.

**********

Ok, untuk penerangan mengapa aku suka menggunakan perkataan angan-angan berbanding azam adalah berdasarkan pengalaman hidup aku sendiri.

Aku biasanya tidak mendapat apa yang aku inginkan (azam) sebaliknya aku selalu mendapat apa yang aku tidak pernah terfikirkan. Itu sebabnya aku tidak mahu untuk menginginkan sesuatu dengan begitu kuat kerana aku mahu dapatkannya dengan tidak berfikir mengenainya.

Namun, aku hanyalah manusia biasa yang tidak boleh mengelak untuk berfikir apa yang aku mahu. Jadi, aku meletakkannya sebagai angan-angan ataupun bermimpi semata-mata bagi menjadikannya ia lebih realistik buat aku.

**********


Aku dan Jalak (di ambil daripada entri mengenai kami di blog Cik Cumey)

Sebut pasal bermimpi, semalam aku termimpikan Jalak sedang membuat tarian mengghairahkan di hadapan aku yang sedang berbaring di atas katil. Aku rasa dia mahu merangsang aku dengan tariannya.

Namun tiba-tiba aku berkata, "Abanggg… sayang tengah period ni".

Monday, December 21

GATHERING GENTING HIGHLANDS: AKU GAMBLE TAPI BERBALOI

p/s: Peserta seramai 30 orang (26 berdaftar dan 4 orang iaitu aku, Jalak, Beskot dan Siv tidak berdaftar) dan aku tidak mengetahui semua link blog mereka. Hanya yang aku ketahui akan aku letakkan link di dalam ini dan aku hanya letakkan sekali bagi nama yang berulang. Silalah terjah mereka jika berminat mengetahui kisah-kisah daripada mereka pula.

Seperti yang aku katakan sebelum ini, aku mungkin tidak akan dapat menghadiri Blogger Gathering di Genting Highlands di sebabkan aku bekerja pada hari kejadian. Namun, bak kata pepatah, 'Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan', maka aku berjaya juga menghadiri gathering secara gamble.

Inilah gamble paling senang pernah aku lakukan dan hasilnya berbaloi hinggakan apabila aku menghantar mesej kepada beberapa kenalan blogger dan mereka pasti akan membalas, “Arghhhh!! Jelesnya dengan ko Ah Fatt!!”. Ada kepuasan dengan memberi sedikit tekanan psikologi kepada mereka.

Pre-Gathering Genting
Malam sebelum berangkat ke Genting, Lumut telah menghantar SMS kepada aku untuk berjumpa dengannya di Times Square bagi mengambil hadiah kemenangan tempat ketiga bagi contest yang dianjurkannya. Katanya di sana ada Razman dan Cik Cumey. Bersemangat aku hendak pergi kerana Razman belum pernah aku temui dan mengikut katanya dia telah mengikuti blog aku semenjak blog lama lagi (mengapa aku tidak tahu ya?).

Di sana aku menemui Razman buat pertama kali. Orangnya berbadan tegap. Aku juga bertemu dengan Orang Lidi buat pertama kali. Orang Lidi juga adalah kenalan daripada blog lama dan dia sememangnya ‘Lidi’.

Aku sempat bersama mereka mencari hadiah untuk di bawa ke gathering keesokan harinya sebelum pergi makan bersama Lumut, Cik Cumey, Hejauw (tidak pergi Genting) dan Enulwanie (pertemuan pertama kali). Jen, Razman dan Orang Lidi telah pulang lebih awal untuk berehat.

Kemudian, aku ingin membawa diri namun disebabkan hujan maka aku bercadang menunggu hujan reda dengan mengikuti para gadis berempat menyanyi karaoke. Aku berjaya mendendangkan dua lagu dengan penuh semangat yang berkobar-kobar disebabkan kali pertama dahulu (Gathering Pasar Seni), aku tidak dapat menunjukkan sepenuhnya bakat terpendam yang aku miliki. Lagipun malam itu adalah 'Lady’s Night' maka aku sebagai satu-satunya jejaka harus kelihatan gagah.

Malam itu juga, aku sudah membayangkan kepada mereka yang aku akan pergi ke gathering Genting Highglands. "Mungkin aku akan pegi esok kot", kata aku kepada mereka dan malam itu sewaktu di rumah, aku bersiap sedia dengan segala keperluan untuk pegi ke Gathering Genting keesokan harinya.

Gathering Genting
Keesokan paginya aku pergi kerja seperti biasa dengan baju kemeja Pink pemberian rakan sepejabat. Aku juga membawa satu beg keperluan untuk ke gathering.

Pada siang hari itu, aku mendapat SMS daripada Jalak yang mengatakan dia, Beskot dan Siv telah tiba terlebih dahulu di sana. Mereka bercadang untuk tidak bermalam (akhirnya mereka bermalam jua dengan aku yang sungguh sukar ditolak daya tarikan seksualnya). Selainnya, aku mendapat SMS daripada Azza yang berkeinginan untuk melihat aku berada bersama mereka di sana nanti.

Petangnya, tepat jam 5.00 petang aku keluar daripada pejabat dan seterusnya mengambil LRT menuju ke stesen Putra, Gombak. Aku hanya mampu berharap yang bas masih ada kerana aku tidak mengetahui jadual bas ke Genting Highlands disebabkan ini adalah kali pertama aku mahu menjejakkan kaki ke sana.

Di stesen Putra, seorang lelaki cina telah menawarkan aku untuk menaiki keretanya ke steten kereta kabel dengan bayaran hanya RM10 (bas RM8.50) dan aku tanpa berfikir banyak tidak menolaknya. Jika mahu menunggu bas mungkin aku akan sedikit lambat.

Di stesen kereta kabel pula, tiada orang yang hendak menuju ke puncak Genting pada masa itu kerana waktu sudah petang. Jika mengikut cerita mereka-mereka yang bergerak pada waktu pagi, mereka terpaksa berbaris sejam setengah lamanya untuk menaiki kereta kabel berkenaan.

Kemudian, di dalam kereta kabel pula hanya aku bersama seorang lelaki cina. Angin lintang yang cukup kuat membuatkan kereta kabel kami terhuyung-hayang ke kiri dan ke kanan. Lelaki cina tersebut sudah ketakutan tetapi aku tidak kisah dengan hanya memerhatikan pemandangan hutan dari arah atas (jarak dekat). Sungguh indah pemandangan yang aku nikmati ketika itu.

Di Genting Highland, akhirnya aku bertemu dengan mereka semua seramai 29 orang yang sedang makan di restoran KFC. Antara nama-nama yang aku ingati dan kenali di situ adalah Fhad, Ah Ian, Si Kosong, Miez Haniem, Aleen, Enulwanie, Azzaliena, Yob Sumo, Lumut, Cik Cumey, Jen, Jalak, Beskot, Siv, Razman, Orang Lidi dan ramai lagi (mungkin ada yang lupa aku senaraikan tetapi kebanyakannya adalah orang yang baru aku kenali dan aku harapkan untuk mendapat link mereka kelak bagi mengekalkan perkenalan yang sudah wujud).

Seterusnya, aku mengikuti program yang dijalankan oleh mereka selain melepak, bersembang dan merasai kesejukan di sana. Di sebabkan musim hujan, maka ribut berkabus berlaku sepanjang malam hinggalah ke pagi dan aku suka untuk menikmati suasana yang terlampau sejuk sebegitu.

**********

Disebabkan seramai 30 orang semuanya yang hadir maka aku tidak sempat berkenalan dengan lebih rapat dengan semuanya.

Seperti biasa, aku hanya pandai bersembang dengan orang yang aku sudah membiasakan diri dengan mereka seperti Jalak, Beskot, Siv dan Cik Cumey. Mereka-mereka ini sememangnya pandai menghidupkan suasana dan inilah kali pertama aku dapat bersembang lebih lama dengan Siv berbanding pertemuan pertama kami sewaktu gathering menonton wayang di Midvalley.

Kini setelah bersama mereka, aku rasakan kasih sayang ku sudah terbelah dua. Dahulu aku sayangkan Beskot tetapi dia sudah menjadi Ex-Kekasih aku. Bak kata pepatah Beskot seumpama madu yang sudah habis madunya dan sepahnya ku buang (kata lainnya Beskot Sepah). Jalak pula tetap menjadi pujaan hati ku semenjak Gathering Pasar Seni lagi dan dia kini berkongsi kasih sayang pula dengan Siv. Tanpa Jalak aku mahu Siv dan tanpa Siv aku mahu Jalak (macam Biseksual). Beskot Sepah hanya watak sampingan manakala Cik Cumey hanya watak sampingan kepada watak sampingan.

Selain mereka, aku juga sempat beramah mesra dengan yang lain terutamanya dengan Jen, Razman, Orang Lidi dan Si Kosong. Mereka ini juga pandai menghidupkan suasana sama seperti blog mereka. Orang Lidi yang pertama kali aku jumpa rupa-rupanya sungguh pemalu dengan gelagat 'Biskut Chipsmore' (sekejap ada kemudian sekejap tak ada bak kata Razman dan Cik Cumey). Dia juga adalah pakar membuat lawak tanpa perasaan (orang tergelak tetapi dia steady).

Akhir kata, terima kasih kepada penganjur (Fhad dan Ah Ian). Juga terima kasih pada Si Kosong dan rakan-rakan yang menubuhkan Forum Blogger Tegar yang dilancarkan pada malam berkenaan. Silalah berdaftar untuk berkongsi pendapat dan pandangan, malah anda boleh menjemput blogger untuk gathering, perkahwinan dan sebagainya di sana.

**********

Pada hari semalam, aku hanya tidur apabila jam sudah menunjukkan pukul 4.00 pagi. Aku tidak mahu tidur awal disebabkan aku tidak mahu kesejukan hingga ke tulang (belajar daripada pengalaman). Sewaktu aku tidur itu telah terbongkar satu rahsia tidur ku.

"Ko ker yang ketap-ketap gigi pagi tadi masa aku kat bilik?", tanya Beskot sewaktu kami sedang menikmati minuman panas di pagi yang sejuk.

"Aahh... aku kalau sejuk memang selalu tidor ketap gigi ni. Dari kecik lagik", jawab Aku.

"Oh! Aku cari gak dari mana bunyi tu. Aku ingat Jen ke atau Si Kosong", beritahu Beskot kerana di bilik berkenaan aku tidur sekatil dengan mereka (Gay action is Censored by FINAS).

Inilah salah satu rahsia tidur aku. Aku akan mengetap gigi dan menghasilkan bunyi yang cukup kuat seumpama menggigit tulang. Kadang-kadang aku sedarinya apabila aku sedikit terjaga kerana bunyi yang kuat itu juga mengganggu tidur aku sendiri.

Namun, ada baiknya. Bak kata orang tua-tua, lelaki yang tidur mengetap gigi adalah pakar dalam ‘Breast Bite Skill’. Teringin membeli puting untuk bayi sebagai barang ganti buat masa ini.

Friday, December 18

GATHERING TUJUH JAM MELEPAK, BERSEMBANG TANPA HENTI

p/s: Entri lain gatehring ini boleh di baca di blog Hisham dan Kawie.

Sebelum gathering di Pasar Seni lagi, aku dan Hisham sudah bercadang-cadang hendak membuat satu gathering yang kecil. Ini semua akibat pengaruh cerita-cerita gathering Lumut yang ada diceritakan di blognya dan blog-blog blogger yang sudah bertemu dengannya.

Ia mungkin satu kebetulan. Aku memberikan YM (bukan Fatt Chin Choy) kepada Hisham dan dia sering menghantar mesej kepada aku walaupun aku sedang sibuk bermain blog. Dari situ, kami bercadang hendak bertemu dan kebetulan Seroja juga mengajak untuk bertemu maka kami bercadang untuk membuat gathering ini.

Aku ingin gathering ini lain daripada gathering aku selama ini. Aku mahu ia dihadiri lebih ramai lelaki daripada perempuan. Cadangan aku ialah gathering ini dihadiri oleh Aku, Hisham, Kawie, Seroja, I'msosupernotcool dan Boneka. Hisham pula ingin mengajak Mint sekali kerana baginya Mint jenis terbuka untuk perbualan lelaki dan aku setuju dengan cadangannya. Selain itu, aku mahu gathering kali ini konsepnya hanya melepak dan bersembang di kedai mamak sahaja.

Malangnya, I'msosupernotcool dan Seroja tidak dapat hadir disebabkan kesibukan manakala Boneka takut untuk hadir disebabkan takut dirogol oleh 'Bapak Gay' seperti yang digelarkannya kepada kami. Dia siap buat entri dengan imaginasinya di rogol oleh kami sebagai alasan untuk tidak menghadirkan diri. Mint pula tidak dapat hadir di saat-saat akhir disebabkan hujan yang turun pada hari perjumpaan

**********

Perjumpaan kami berlangsung pada hari semalam (17 Disember 2009) bermula dari jam 4.00 petang hingga jam 11.00 malam. Akitiviti kami hanyalah minum, merokok dan bercakap tanpa henti seumpama kaki-kaki lepak di warung mahupun kedai mamak.

Inilah pengalaman pertama aku melepak beramai-ramai di kedai (Starbucks, Mamak dan Bilik Hotel Murah) sambil bersembang kosong untuk satu jangkamasa yang panjang. Walaupun ini adalah budaya biasa bagi lelaki samada yang bujang mahupun berkahwin tetapi budaya itu bukan satu kebiasaan bagi aku.

Mengapa ia bukan suatu kebiasaan? Begini ceritanya...

Sewaktu aku mula-mula menjejakkan kaki ke semenanjung Malaysia (Kedah lebih tepatnya), aku dapati ada sedikit perbezaan dari segi budaya.

Di tempat aku amat sukar melihat warung-warung kopi di tempat terpencil kecuali di Bandar sahaja. Maknanya, orang-orang di tempat kami jarang melepak dan bersembang di kedai kopi kecuali bagi orang yang bekerja dan ada urusan di bandar. Itupun kebiasaannya adalah orang-orang yang sudah berusia.

Sebaliknya di Kedah walaupun hanya sebuah perkampungan kecil pasti ada satu warung kopi untuk orang melepak dan bersembang sambil menikmati kopi panas. Biasanya mereka akan duduk berjam-jam setiap hari dan bersembang kosong.

Selain itu, aku juga jarang hendak melepak dan bersembang-sembang untuk satu jangka masa lama bersama rakan-rakan sewaktu aku masih belajar. Pada masa itu, aku lihat pasti ada beberapa bilik yang dijadikan markas untuk berkumpul dan melepak setiap hari dikalangan para pelajar. Melepak itu pula tidak kira masa samada siang mahupun malam tetapi kebiasaannya dibuat pada waktu malam kerana pada masa itu tiada kelas malam (kini kelas malam telah kembali di kampus aku dahulu).

Aku jarang menyertai aktiviti melepak seperti itu kerana kesibukan. Pada siang hari, tidak kira bila kelas aku bermula, aku akan keluar pada jam 9.00 pagi dan hanya akan pulang pada jam 6.00 petang. Jika ada masa terluang aku akan duduk di fakulti, perpustakaan, surau ataupun berjalan-jalan di kawasan Mall.

Pada malam hari pula, aku akan sibuk membuat assignment, diskusi, tidur awal, bermain computer dan kadang-kadang pergi ke bilik member. Di bilik member aku seperti biasa tidak akan banyak bercakap sebaliknya mencari majalah ataupun suratkhabar untuk di baca dan kadang-kadang meminjam komputer bagi bermain game ataupun menonton anime serta VCD yang ada. Jika bersembang pun tidak banyak yang aku dapat sertai kerana aku bukan jenis yang melepak beramai-ramai dan bersembang kosong.

Sewaktu memasuki alam pekerjaan pula aku menjalani kehidupan Lone Ranger sepenuhnya. Kebanyakan masa aku akan melepak kedai mamak seorang diri untuk makan, menonton EPL ataupun bermain internet percuma. Hanya kadang-kadang aku bersama teman serumah untuk makan bersamanya kurang daripada sejam sebelum pulang ke rumah untuk melepak dan menonton TV di rumah.

Disebabkan kebiasaaan aku itu, maka aku selalu terfikir yang suatu hari nanti apabila aku berkahwin, aku pastinya tidak akan menjadi seperti kebanyakan lelaki yang suka melepak bersama rakan-rakan di kedai minum. Aku juga berfikir yang kebanyakan masa ku akan dihabiskan di rumah sahaja kerana aku tiada kawan untuk diajak melepak.

**********

Apapun, semalam ia telah melanggar kebiasaan aku. Aku melepak bersama Kawie dan Hisham untuk tujuh jam lamanya dan bersembang tanpa henti sepanjang waktu itu. Pelbagai perkara yang kami sembangkan dan kebanyakannya adalah mengenai blog. Walaupun ini hanya pertemuan yang pertama, namun disebabkan kami berkongsi minat yang sama maka kami boleh bersembang apa sahaja.

Selain mengenai hal blog, kami selitkan juga cerita-cerita peribadi, politik, komputer, coding dan sebagainya. Terlalu banyak topik yang kami sembangkan hinggakan ia bercampur aduk antara satu sama lain.

Antara yang kami sembangkan:
  • Blogger yang sempoi, blogger yang jual mahal dan blogger yang berlagak.
  • Ciri blogger yang disukai dan dibenci. Aku ada nyatakan ada seorang blogger lelaki yang aku tidak suka dan tiada blogger perempuan yang aku tidak suka.
  • Bercerita mengenai beberapa blogger yang kami kenali dan yang paling mendapat hit adalah Boneka serta I'msosupernotcool (atau nama mudahnya Mamat Tak Cool).
  • Dan banyak lagi.
Kemudian kami bercadang-cadang untuk masa akan datang:
  • Membuat gahtering seperti ini yang hanya melepak serta bersembang, berkongsi idea serta pendapat masing-masing. 
  • Kami teringin berjumpa dengan Boneka dan I'msosupernotcool kelak kerana mereka ini adalah blogger yang kami rasakan ada ciri persamaan dengan kami dan mereka ini memiliki aura tersendiri. Sebenarnya aku masih dalam penyesalan kerana tidak dapat berjumpa I'msosupernotcool semasa di Pasar Seni dan itupun hanya aku ketahui setelah Lumut menyatakan dalam entri senarai blogger-blogger yang ditemuinya di Pasar Seni pada hari itu.
  • Kami hendak terjah Boneka dan menangkap gambarnya yang bogel. Kemudian kami edit gambarnya menunjukkan yang dia sedang bermain dengan seorang awek sebelum kami upload gambar berkenaan ke internet. Boneka sudah ketakutan apabila kami memaklumkannya hinggakan dia membuat entri ini.
  • Aku mungkin akan melepak beberapa hari di rumah Hisham pada cuti hujung tahun ini.
  • Jika berkesempatan, aku dan Jard serta rakan-rakan akan melawat mereka pada 2010. Ini aku belum maklumkan Jard untuk pergi bersamanya tetapi dia sudah tahu tujuan lawatan itu nanti.
  • Dan banyak lagi.
Selain itu, pertemuan ini juga membolehkan aku dapat mengenali Hisham dan Kawie dengan lebih mendalam:
  • Hisham: Jika blognya kelihatan seperti seorang yang serius tetapi dia adalah seorang yang sempoi, Dia lebih hensem pada gambar berbanding sebenar (muahaha!!), seorang yang sensitif dan caring, dia lebih rapat dengan rakan-rakan blogger berbanding aku kerana PR dia lebih baik melalui perhubungan secara YM hinggakan secara tidak sengaja menyebarkan virus kepada komputer blogger-blogger yang ada connection YM dengannya, dia meminati untuk belajar mengenai software dan coding dan sebagainya.
  • Kawie: Jika blognya kelihatan lawak tetapi sebenarnya dia seorang yang serius, dia juga lebih hensem pada gambar berbanding sebenar (muahahaha!!), dia seorang yang sentiasa cuba meningkatkan kemahiran penulisan dan sentiasa memperluaskan pencarian idea untuk mengarang, dia mengalami masalah untuk berhubung dengan perempuan kecuali orang itu sudah biasa dengannya (ada angin kus-kus aka gementar melampau) dan sebagainya.
  • Dalam banyak-banyak hal, aku memiliki banyak persamaan dengan Hisham dan ada beberapa persamaan dengan Kawie.
Ringkasnya, gathering tujuh jam melepak dan bersembang tanpa henti semalam adalah gathering yang sungguh menyeronokkan dan memberi kepuasan kepada aku. Walaupun seperti bersembang kosong, banyak input-input baru yang aku dapat setelah bersembang dengan mereka. Sememangnya mereka berdua ini boleh aku katakan sebagai 'fantastic blogger'.

**********

"Kau tau dalam banyak-banyak awek blogger yang cun melecun, kami lebih teringin mau berjumpa dengan ko berbanding diorang. Ko ni memang ada daya tarikan mengalahkan awek-awek blogger cun tu semua", kata Hisham yang di sokong oleh Kawie.

Aku hanya mampu tersenyum mendengar kata-kata mereka. Tidak ku sangka yang daya tarikan aku melebihi awek-awek cun bagi mereka.

Kini ku tahu, aku bukan sahaja seorang yang comel tetapi juga memiliki daya tarikan seksual hinggakan jejaka pun tergila-gilakan aku.

Aku harapkan yang semalam aku telah memuaskan nafsu serakah kamu berdua. Nasib baik kamu punya 'itu' kecik sahaja.

Thursday, December 17

ATOK DAN SARA: LOLIPOP LOVE LOVE

Selingan 1



Sewaktu mendapat baju ini tadi…

"Erk pink?, fikir aku.

"Sesuai ker kulit aku dengan warna pink ni?", tanya aku pada Cik Brutal.

"Mana aku tau! Tadi aku nak pilih biru", balas Cik Brutal.

"Kan bagus kalau biru", fikir aku kerana aku selalu memakai warna biru.

"Sesuai ler", beritahu Mr. Romeo.

"I yang pilih baju ni tau. Cantik kan? Sabtu ni pakai tau", kata Puan Setiausaha sambil tersenyum.

Akhirnya, aku ada baju pink tapi rasa macam tak kena dengan warna kulit ler.

Selingan 2
Siang tadi aku menerima satu panggilan daripada kenalan blog lama. Dia memberitahu aku satu cerita dan aku sudah kongsikan dengan sesiapa yang patut mengetahuinya. Seperti yang aku nyatakan dalam entri Menuju Puncak (perkara 21):

Hidup ini penuh dengan masalah dan kita tidak dapat mengelaknya. Setiap masalah ada penyelesaiannya tetapi ingat ada cara penyelesaian yang salah. Jika kita gunakan cara yang salah pasti ia akan menyakitkan diri sendiri.

Beringatlah kita sentiasa.

**********

Pengenalanan: Entri Lolipop love love ini adalah idea berdasarkan hadiah yang pernah diberi oleh seorang blogger kepada aku sewaktu aku berjumpa dengan dia dan rakan-rakannya. Blogger inilah yang menelefon aku siang tadi dan katanya tadi, “Aku paling suka entri lollipop kau tu”. Jadi, sebagai ucapan terima kasih maka aku siarkan semula entri khas untuk kau kawan.


Inilah Lolipop Love Love yang dihadiahkan kepada aku pada 15/07/2009 bertempat di KLCC

“Atok! Atok! Atok! lalalalala”, Sara memanggil Atok Ah Fatt dengan nada riang. “Atok? Mana atok ni?”, Sara meninjau di beranda rumah tetapi Atuk Ah Fatt tidak ada. “Atokkkkkkkkkkkkkkkkkkk!”, teriak Sara dengan lebih kuat.

“Iyer!”, sahut Atok Ah Fatt.

Mendengarkan suara Atok Ah Fatt, Sara turun ke bawah rumah. “Atuk buat apa kat atas pokok mangga tu?”, tanya Sara.

“Sedang menikmati pemandangan… hahahaha”

“Ohhhhhhh… Atok tengah intai janda sebelah ek?”

“Ish! Pandai2 jer kamu yer. Atuk petik mangga ni ler. Nenek kamu kata nak buat apa ntah dengan mangga muda ni”

“Ohhhh… Atuk, ni Sara nak bagi tunjuk Lolipop Love ni… lawa tak?”, tanya Sara sambil menunjukkan lollipop merah jambu berbentuk love di tangannya.

“Siapa bagi?”, tanya Atok Ah Fatt tanpa menjawab pertanyaan Sara tadi.

“Maya yang bagi Atok… tadi birthday dia”

“Maya tu kawan sekolah kamu ker?”

“Aaah… kami sambut birthday Maya”, jawab Sara keriangan.

“Oh… macam tu. Best tak?”

“Best! Ada Intan, Bella dengan Qeeda… kami empat orang sambut birthday Maya”

“Ok lah tu. Jangan kacau Atok dah. Hilang konsentrasi Atouk ni. Kang Atok jatuh plak”

“Ok2… tapi Sara sayang nak makan lollipop ni ler Atok. Comel!”

“Makan jer lah. Macam makan gula-gula. Macam-macam ler Sara ni”, jawab Atok Ah Fatt yang semakin jengkel hendak melayan pertanyaan Sara.

“Yerlah… camana?”

“Ish! tanya nenek kamu ler”

“Atuk memang! Kalau Sara tanya mesti Atok mengelat”, rajuk Sara.

“Bukannn… nenek kamu memang pakar makan lolipop”

“Aik! Tak pernah nampak pun nenek makan lolipop”, Sara meragui jawapan Atok Ah Fatt tadi.

“Tanya ler nenek kamu lolipop apa dia makan... hehehehe”

“Atuk tak boleh bagitau ker?”

“Mana boleh!”

“Kenapa plak!?”, Tanya Sara mendesak.

“Rahsia! Dah kahwen nanti Sara tau ler”

“Nekkkkkkkkk… nenek makan lolipop apa? Sedap tak?”, Sara berlari ke dalam rumah sambil bertanya nenek nya.

“Mestilah sedap! hahahaha”, teriak Atok Ah Fatt dari atas pokok mangga.

Sara berpaling sambil menunjukkan muka tidak puas hati kepada Atoknya. “Huh!”, Sara merengus dan kemudian meneruskan lariannya.

Movies List