Sudah seminggu atau rasanya lebih aku kurang menjalankan aktiviti blogwalk secara normal. Passion untuk blogwalk itu rasanya sudah hilang. Mungkin ia untuk masa yang sekejap dan mungkin juga ia untuk masa yang lama.
Definisi blogwalk bagi aku mungkin berbeza dengan definisi orang lain. Blogwalk bagi aku adalah membaca entri blogger tersebut dan meletakkan komen. Aku tidak akan komen entri blogger yang aku tidak baca atau baca separuh sahaja. Jika aku tidak faham entri tersebut atau jika entri tersebut bagi aku sesuatu yang aku tidak sesuai hendak letakkan komen, maka aku tidak akan komen. Aku juga tidak akan tinggalkan link blog aku kepada blog yang aku hanya sekadar singgah dan itu sebabnya aku jarang menggunakan shoutbox.
Blogwalk aku juga hanya berlaku dalam lingkungan blog kenalan yang aku link blog mereka. Jarang sekali aku singgah di blog-blog yang aku tidak kenali. Jika aku singgah pun hanya sekadar singgah tanpa meninggalkan jejak walaupun selepas membaca entri mereka.
Pada masa dahulu, lingkungan blog yang aku blogwalk adalah mereka-mereka yang aku follow. Maksimum blog yang boleh di follow ada 300 dan aku gunakan semaksimanya. Aku tidak kisah jenis blog asalkan boleh aku baca dan komen, maka blog itu akan aku follow walaupun blog itu tidak ramai pengunjungnya.
Biar juga pemilik blog itu tidak membuat kunjungan balas kerana bagi aku membuat membaca dan komen blog orang tidak perlukan balasan. Keseronokan bukan datang dari kunjungan balas tetapi keseronokan datang daripada membaca entri orang.
Pada masa itu juga, aku mampu dan bersemangat membaca banyak entri terbaru yang tersenarai di Google Reader aku hinggakan jumlah entri baru sehari mencapai 200 semuanya. Mungkin orang akan katakan ia gila tetapi itu semangat blog namanya. Jika ada passion semua boleh dilakukan dengan mudah.
Lama kelamaan aku juga dilanda simptom seperti yang di alami oleh blogger-blogger lama. Passion semakin lama semakin berkurang. Ada yang terus berhenti menulis dan ada yang masih menulis tetapi aktiviti blogwalk berkurang. Aku mungkin akan terus cuba menulis tetapi blogwalk itu yang berkurang.
Selain faktor passion, aktiviti blogwalk aku juga dipengaruhi oleh masa yang terhad. Sehari aktiviti blog aku hanya lebih kurang 3-4 jam sahaja. Pada masa bekerja aku tidak dibekalkan dengan internet dan rasanya itu sesuatu yang baik kerana aku dapat fokus kepada kerja dan aku tidak menyalahgunakan masa kerja yang ada. Disebabkan masa yang terhad itu, aku hanya mampu melawat sebahagian blog yang aku link. Itupun setelah mencuba sedaya upaya sebanyak yang aku mampu lawati.
Kadang-kadang juga masa blog aku sehari tidak ada kerana aku terpaksa bekerja lebih masa. Pada masa itu, aku masih mampu mengeluarkan entri kerana aku mencuri masa rehat untuk mengarang di pejabat menggunakan Microsoft Word terlebih dahulu. Bila pulang ke rumah, aku pindahkan entri ke blog dan seterusnya aku tidur untuk pergi bekerja keesokan harinya pula.
Pada masa cuti pula, biasanya aku sudah kepenatan dan aku lebihkan tidur daripada blog. Hari ini contohnya aku tidak ke mana-mana tetapi disebabkan passion tidak ada dan penat masih terasa jadi aku memilih untuk tidur sahaja.
Selain masa, faktor kelajuan internet juga banyak membantutkan aktiviti blogwalk aku. Jika masa dahulu, aku berblog di kedai mamak dengan internet yang laju maka dalam sejam aku mampu membaca banyak blog. Kini aku hanya berblog di rumah dengan kembali menggunakan broadband yang kelajuannya tidak memberansangkan, maka kemampuan untuk blogwalk juga terbantut sama. Apapun aku memilih untuk blogwalk di rumah kerana ia lebih selesa.
Pada masa kini juga, dalam masa blog yang terhad itu aku sering melompat dari satu blog ke satu blog yang aku tidak kenali sebagai silent reader sahaja. Aku juga tidak fokus kepada blog semata-mata dan melompat dari satu laman web ke satu laman web yang menarik perhatian aku untuk aku singgah. Masa itu biasanya aku buat untuk blogwalk ke blog yang aku link, tidak aku buat pula.
Akhir kata, mungkin selepas ini (malah sudah berlaku), aku akan singgah blog kamu hanya sekali sekala. Itupun jika aku ada masa dan semangat hendak blogwalk ada. Disebabkan diriku begitu berharga, maka hilanglah juga salah seorang pembaca kamu yang berharga.
Aku harap kamu menangis kerananya. Siapa yang paling banyak menangis akan diberi hadiah.



44 Orang Berskandal:
serius la bro....
??? ........
aku jarang update..jadi ko x terasa kesan sangat
kahkahkah, perasan
aku jarang update blog, jadi ko x terasa sanagat
kahkahakah, perasan jel
dah cukup serius le ni. haha
motif nak nangis bila kau tak ada?
:D
ah fatt
xkira
apa2pun mesti singgah blog aku
kalau tak aku merajuk dgn ko(ugutan)
hahahaha
ok aku nangis skang
uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
boleh cek sape yg melawat blog kite dengan senang
hehe
so tau la melawat ke x
;)
chait haku tak terkilan pon
slalu je tggu awak update :)
aku pun menangis jgk.
dah la aku ni malas nak update,
hilang pulak pembaca berharga.
isk isk.
tp takpe,
asalkan ko update blog ko dah cukup baik!
ohh don't say gudbye to my blog
meh2 datang
aku saji nasik sedulang
hahahaha
wah..sedih...
jgn lupe tau g blog sye. jadi follower trus.
aku menangis....kerana entri kali ini tidak lucah...
benda2 ni selalu blogger2 lama je akan rasa hahha. ko pun dh lama jd blogger kan?
takpelah,mood tu akan dtg jugak.percayalah :)
MANA SARA LIONA???????????????????????????
T_________________T
hhhuuuwwwaaaaaaaaaaaa.
aku dah nanges. mana hadiah?
passin terhadap sesuatu akan berkurang jg suatu hari nanti :D
xbestlah....
ada incoming link dari sini..owhhh.... dtg nk ucap bai bai ke?
jaga diri - ini proses biasa sebagai manusia normal
x pe la bro..
datang sekali sekala pu ncukup ..=)
aku pun sama fatt, aku lagila, malas nak update blog. tapi blog kau tetap aku bukak setiap hari...ahaha tak tau la kenapa, dah macam wajib.
its okay kau tak lawat blog ku lagi. asalkan kau jangan berenti tulis !
hurmm.. mungkin kena cari passion dalam bab lain pulak? hidup ni kalau sama je..... bosan! :P
Luffy: sampai hati ko tinggalkan aku??? apa salah aku? ;(
ko hilang mood sebab aku ke? hahaha.
sekarang aku malas mahu buat entry baru... tapi semangat untuk blogwalking tu masih ada... tapi nak mengomen tu ada sikit malas... hehheheheh :D :D
huhu... rindu r kat ko kaptennnn...
ak pon dah termasuk dlm kategori blogger ko tulis tu.
bukan malas.. just tak da masa. br ku tau kerja menjadi cikgu ni sebuk. huhu
selamat tinggal kekanda ku
pergila main jauh2
jika mood untuk blogwalk sudah ada memang sukar utk mengikiskannye...
semuga semangat blogwalk akan kembali jua...
ada ke orang yang nak nangis ??
hahaa
hehheheh
kdg2 masa terbatas...aku faham
bukan tk nk singgah, tapi masa sgt terbatas..
tp apa2pon, aku syg semua follower aku...dn yg tinggal komen walopon aku jrg sgt dpt bls knjungn depa..
ade pmbaca buat kita smngat tuk mnulis
ko jgn tinggal aku ah fatt
aggagaggaga
kalo tak aku sekeh ko
aku akan mula menangis 3 hari 3 malam.
aku sedih sangat ni.
apa hadiah kau nak bagi??
nak gak rebut hadiah tu..haha
Aku akan kehilangan mu ke Kapten?..
oit.ko dh x guna Disquss lg dh? hahaha..br ko tau seksanya org nk me'ngomen' ko nye page. ntah dh brapa lama aku x jenguk cni. anyway, aku pun dh lm x update n3 slain dr kambing punya n3 tuh. hahah.so ko x yah risau la.btw, nama aku dh naik dlm ko nye blog list. thanks bebanyak, tp aku x puas hati ko tambah lebih 'f'. anarif je la. jgn memandai2 ek.hahahaha.
p/s: ko patut wat pop-op window if org nk masuk blog ko nih. tulis WARNING! 18 AND ABOVE ONLY!
Luffy ..
aku merinduimu ..
perlu nanges juga ya ..
huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ..
takpelah bro. orang berkerjaya memang selalu sibuk. lain la student boleh ponteng2. apa pun kitorang tetap merindui kehadiranmu. hehe
ok boss...whatever makes you happy. :-)
huhhuu... aki pon makin bz dgn kje.. payah mau singgah blog bro zalie... tp insyaAllah... aki sggah bl free
Biasalah tu bro... tiap sesuatu itu ada mula dan ada akhirnya, ada laju dan ada perlahannya, ada stim dan ada lentoknya.. hi hi
Anyway.. gud lak..
kenapa begini? takpe yang penting keikhlasan menyinggah dan disinggah. ;)
kurangkan aje blogwalk tue kalu ko malas huhu...
ala..hilang sudah pembaca blog ku yg bersuara lantang.hehehe..
I usually do not leave a comment, but you really impress me, also I have a few questions like to ask, what's your contact details?
-Johnson
huiy qsdxa Free Porn svomxm c ui n nvk
Post a Comment