Ada orang berpendapat pelawat blog adalah penghidup sebuah blog. Bagi aku, ia tepat kepada sebilangan orang tetapi tidak tepat kepada semua orang.
Ia tepat jika kita membuka blog untuk bacaan umum dan kita menampilkan diri kepada komuniti dengan berkunjung ke blog lain serta meninggalkan jejak. Ia tidak tepat kepada mereka yang sukakan blog mereka sebagai blog low profile kerana blog itu tetap hidup walaupun dengan hanya sedikit ataupun tanpa pelawat sekalipun. Malah, ada orang yang menulis blog tanpa mengambil kira berapa bilangan pelawatnya dan blognya terus hidup untuk satu jangkamasa yang lama.
Jika ditanya kepada aku, pelawat itu sebagai satu motivasi tambahan tetapi aku masih bertahan sehingga kini kerana passion untuk blog itu masih ada. Jika suatu hari nanti passion itu hilang, mungkin dengan pelawat yang banyak sekalipun, blog aku pun akan mati juga. Ringkasnya, bagi aku, pelawat merancakkan blog ini yang seterusnya meransang semangat tetapi hidup dan matinya terpulang kepada aku juga.
Bila bercakap pasal pelawat pula, kita tidak dapat lari untuk membuat perbandingan di antara satu blog dengan blog yang lain. Ada blog yang ramai pelawat dan ada blog yang kurang pelawat. Disebabkan perbezaaan ini, berbagai tips yang dibuat untuk mereka yang kurang pelawat meningkatkan trafik mereka. Dalam entri lama pun, aku pernah berkongsi sedikit mengenainya.
Dalam semua tips itu, tidak pula dinyatakan jenis-jenis pelawat sesebuah blog. Memahami jenis pelawat adalah analisis yang lebih tepat daripada melihat sahaja bilangan pelawat yang datang samada 100, 200, 300… 1000 dan seterusnya.
Sebelum aku nyatakan jenis pelawat, eloklah kita buat ulangkaji semula apa itu Pelawat Unik (Unique Visitors).
Pelawat Unik adalah bilangan pelawat yang datang dari I.P address yang unik dalam tempoh sejam. Pada tempoh satu jam yang sama, satu I.P address yang Unik itu di kira sebagai 1 Pelawat Unik dan pada jam seterusnya ia dikira sebagai 1 Pelawat Unik yang lain pula.
Contohnya, Ali dan Abu melawat blog ini pada jam 12.00 tengah malam. Ali membaca entri selama 5 minit manakala Abu hanya datang dalam masa 5 saat sebelum berlalu. Kedua-dua mereka dikira sebagai 2 Pelawat Unik.
Kemudian Abu datang lagi pada jam 1.00 pagi dan kali ini juga selama 5 saat. Abu juga akan dikira sebagai satu Pelawat Unik yang lain daripada tempoh jam 12.00 tengah malam tadi. Daripada kedua-dua mereka jumlah Pelawat Unik aku adalah 3 walaupun sebenarnya hanya melibatkan dua orang dan seorang itu hanya datang sepintas lalu sahaja.
Faham apa yang aku cuba sampaikan?
Apa yang aku cuba sampaikan ialah bila melihat data, kita boleh katakan kita ada 300 pelawat dalam satu hari tetapi apa yang kita tidak dapat lihat ialah mungkin hanya 100 yang benar-benar mengikuti blog kita. Mengapa jadi begitu? Jawapannya adalah kerana dalam 300 pelawat itu, jenisnya berbeza-beza.
Jenis-jenis pelawat blog mengikut pemerhatian aku:
Pelawat setia (positif)
Mereka inilah yang selalu memberikan banyak bilangan Pelawat Unik kepada sesebuah blog kerana ada di antara mereka yang membuat kunjungan berkali-kali dalam sehari. Mereka juga adalah jenis pelawat yang tidak kisah samada seorang blogger itu membalas lawatan ke blog mereka ataupun tidak. Sebabnya mereka sudah sukakan blog ataupun blogger tersebut. Untuk mendapatkan pelawat seperti ini sebuah blog itu perlukan aura yang kuat.
Pelawat setia (negative)
Seperti di atas yang juga boleh menjadi penyumbang bilangan Pelawat Unik yang banyak dalam sehari tetapi sebab mereka adalah bersifat negatif iaitu kerana mereka tidak sukakan blog ataupun pemilik blog tersebut. Blogger selalu menggelar mereka ini sebagai Stalker yang berniat tidak baik.
Pelawat lompat-lompat
Pelawat lompat-lompat ialah mereka yang melakukan blogwalk kepada blog-blog yang belum pernah mereka kunjungi. Dari satu blog ke satu blog mereka melompat samada untuk mencari kenalan blog baru ataupun mempromosi blog mereka. Jangkamasa mereka berada di sebuah blog bergantung kepada tarikan blog tersebut ataupun tujuan mereka melompat-lompat itu. Tujuan di sini bermaksud samada mereka jalan-jalan mencari blog untuk di baca ataupun sekadar mahu jenguk-jenguk sahaja. Jenguk-jenguk itu pula boleh berlaku secara senyap ataupun jenguk-jenguk tetapi tidak lupa meninggalkan jejak sekurang-kurangnya di chatbox.
Pelawat kunjungan balas
Pelawat jenis ini membuat kunjungan balas setelah anda melawat blog mereka. Anda kata 'Hai' di blog chatbox mereka, maka mereka pun kata 'Hai' di chatbox anda. Begitu juga anda komen blog mereka, maka mereka pun komen di blog anda. Ada juga yang membuat kunjungan balas sebagai silent reader sahaja. Jangkamasa mereka melawat pula bergantung kepada samada mereka mahu mengucapkan 'Hai' sambil membaca ataupun sekadar memberi 'Hai' sahaja.
Pelawat enjin carian
Pelawat jenis ini menjumpai blog anda melalui enjin carian. Mereka mencari sesuatu topik dan keyword topik itu berkaitan dengan blog anda walaupun kadang-kadang ia tidak berkaitan dengan apa yang mereka cari. Biasanya mereka ini bukanlah pelawat yang kekal dan ramai daripada mereka yang datang hanya sekali sahaja ke blog anda malah dalam tempoh yang singkat.
Pelawat ingin tahu
Mereka ini dikalangan orang-orang yang terdengar daripada kawan-kawan mengenai blog anda. Disebabkan ingin tahu maka mereka melawat blog anda. Jika mereka berminat mungkin mereka akan jadi pelawat setia dan sebaliknya jika tidak mereka mungkin jadi pelawat sekali sahaja.
Konsep pelawat ingin tahu juga berlaku apabila blogger lain backlink blog anda di entri mereka. Disebabkan nick blog anda di entri blog yang mereka baca, maka yang ingin tahu akan singgah di blog anda.
Pelawat sesama kawan-kawan
Tidak kisahlah kawan-kawan secara nyata ataupun secara maya, mereka ini mengunjungi blog anda kerana mereka menganggap anda sebagai salah seorang daripada kawan mereka. Kebanyakan blog yang memiliki pelawat konsisten adalah mereka yang mewujudkan hubungan kawan sesama blogger lain.
Lain-lain
Kamu fikirkan pula
Berdasarkan contoh Ali dan Abu di atas, kesemua jenis pelawat ini ada yang datang sepintas lalu dan ada yang datang untuk membaca entri anda. Ada yang datang hanya sekali, sekali-sekala ataupun berulang kali. Ada yang sekadar meninjau dan ada yang sudi menjadi kenalan anda. Hanya peratusannya yang kita susah hendak diukur.
Jika peratusan tersebut dapat diukur dengan tepat barulah kita dapat faham apa makna disebalik data Pelawat Unik seharian kita. 100, 200, 300….1000 Pelawat Unik dan seterusnya hanyalah bilangan kasar manakala pecahan peratusan; jenis pelawat, masa melawat dan kunjungan semula setelah kunjungan kali pertama adalah satu informasi yang berguna untuk menilai blog masing-masing.
Akhir kata, selamat melawat blog picisan ini. Kenali aku sebagai Luffy.
Tidak banyak pelawat blog ini kerana aku tiada aura seperti Mawi. Tidak juga aku cantik seperti Lisa Surihani. Body pun tak seksi kecuali di bahagian kaki …
Aku anggarkan 1000++ Pelawat Unik tertarik dengan aku punya kaki yang seksi



71 Orang Berskandal:
Sekarang baru aku faham dengan jelas unique visitor.
Terima kasih atas usaha anda translate ke BM.
Pakai cream pelembut kulit kaki(tapak kaki kot) nanti kaki lagi seksi.
Haha~
aku suka bila kdg2 org search fahrin n dtg ke belog aku haha..
eh2 pas tgk kaki ko, mungkin aku akan dtg cni setiap jam sekali~
wuuuu......
gile seksa kaki ko ah fatt...haha
info yg sgt2 bagus..
dpt gak tmbh ilmu aku sket...
hahahaahahahahahaha! kau ni kan. grrrrrr! banned gambar kaki, baik letak gambnar muka. lol
cett
berbuluuuuu
untuk blog ni
ku dikire no 1 la ek
hehe
keep blogging bro
pss : baru tau uniq visitor tu benda
info yang baek dari pada Luffy yang sengal..cantik kaki ngko la..mmg Unik..ahaha
akau di kelompok perlawat kunjygan balas dan perlawat sama2 kwn dan juga perlawat ingin tahu...
~tgk kaki ko wat aku ghairah la...huhuhu
lepas tgk kaki ko, aku rasa lusa baru aku dtg balik blog ko walaupun aku adalah pelawat setia(positif) blog ni
ok bai!
haha..ada gak gambar nk promote blog camtu..
saya jenis pelawat yang lewat pulang. dan kadangkala pelawat baik dan setuju sebab angguk je masa baca entry ni.. hehe x)
luffy...apa kaitan bulu kaki lak...
aku melwat blog ko bukan kerana bulu kaki ko
erk888
hahaha meriah bulu kaki bang.. auww.. hahaha
aku pelawat yg sopan ok. duduk diam2 je kt tangga kdg.. senyum sumbing sorang lepas bace cerita lawak hasil repekan ko :p
ahaks. sexy? ya. macam kaki ku juga.
pelawat yang tiba2 hilang macam aku ni, dikire sebagai?
oiii!!
jadah ape letak gambar kaki berbulu wehhh..yeks.haha
Luffy:
Akan ku adu kepada MDec disebabkan gambar lucah ko tu. Hahaha. XD
apa teruk sangat kaki ko? haha! aku penah jadi semua jenis pelawat yang ko cakap tu. cuma mungkin pelawat setia positif lebih dari pelawat jenis lain.
Seramlah luffy bulu kaki ko tu..aiyaa..
hahahah...mmg seksi xdapat dinafikan
ah fatt ah fatt..
cubalah letak gmbr yg sjuk mata memandang
ni mcm kaki hulk hogan jerk
ngahahahahaha
(aku akan follow kalo blog tu mnarik dn sng nk baca ..tp aku tk pksa org follow aku ..)
..................
hbis................
salam unkel
eh, dh tk pkai disqus ek?
abes je bc psl unique visitor, tgk je kaki bebulu tu trus ilang pe bc td..ngahaha
wah...sexy btol...hahhah
kaki @-@
seksa aku tgk..
yang atas good stuff..
tp..
yg bawah...
sila tingkatkan usaha anda...
cuba dptkan kaki yg lebih seksi...
huuu..
Kapten~
Nak aku sponsor Veet ke wei?
hehehe~
aku pelawat setia...miahahaha
aura bulu kaki ko tu lah ramai sgt pelawat datang...
busukkkkk!!
luffy ..
aku juga pelawat setia yang
positif ..
bagus info ko... aku baru tau hape ke menatangnya unique visitors nih... hohohohohoh
tapi aku tak kisah, ada tak de, sama je..
Err... lebatnya bulu kaki... Gelis lak aku tengok... Hahahahahah :P :P
saya melompat2 dan terlanding di sini, moga kehadiran saya diterima :)
kaki kau menggelikan. hahaha!
aku baru tau unique visitor tu apa benda
gilalah.ko simpan?wahahaha
wei aku nak muntaj okay tgk kaki ko berbulu2 camtu hahaha :P
masa baca aku tertanya2 apa ah ending entry ko nie gagaga
nyata x menghampa kan
show lah bahagia yg lagi lebat bulu yer :)
aka sarang burung!
weeeeeeeeeeeeee~
*dlmn usaha menjadi lelaki paling lucah dlm blogspot
baru aku tau unik visitor tu apa...
haha..berbulu aku tengok !
selama ni aku mungkin pelawat yg setia. tambahan pula kita sudah kenal secara realiti. namun, sejak melihat kaki kau yang keji, aku rela mati.
dlm byk2 gambar, gambar kaki jugak yg dia tayang..pelik aku ah fatt nie..
haa nama sudah tukar jadi luffy, nice11
kembanglah tu, uwekk!!hahaha
lar..
bru aku tahu beza sume visitor tu...
igtkan same je...
thanks 4 sharing!
:)
wow wow.banyaknya bulu kaki ko. i like it.
rajin ko buat analisis pelawat....aku nggak ngertik!
*cuba ko buat analisis bulu kaki ko. agak², bilangan pelawat seramai bulu kaki ko x? ekekeke (tu baru satu kaki, kalo 2? ) ^_^
satu entry yang cukup bagus dan penuh dengan ilmu...selama ni aku tak pernah pun berfikiran mcm ni..
huhu teruskan lagi...hehe
educational indeed! disgustingly ugly ! no penguin is allowed to see that haha....
erk...dah faham
patut la blog ramai follower..
mandrem gune kaki rupanya!
1000 unique ko seari??walaaaa...arini bru ku paham betul2 apa tu unique visitor..penerangan pon memang unik..
p/s:pasni mesti tambah kosong lagi 1 kat blakang jmlah unique visitor ko tu..sebab bulu kaki ko..haah
haha. memang seksiii. lepas ni bertambah la pelawat kapten :)
kaki yang bisa mengorgasmkan para gadis seksi.
wahh memang hebatlah kaki u ada bulu bulu lagi..seksi auwww!
thanks utk info kamu
pistt seksi ma
heheee..
tadi aku try bukak belog ko dekat cc kt u aku.and blog ko ni kene block.wth??blog org lain elok je leh bukak.haha.
ah fatt...sy ni pelaway jenis aper...haha. setiakah :-p
tk penah kisah psl baper org masuk blog. ok je....blog suka2. hehe...
ah fatt...sy ni pelaway jenis aper...haha. setiakah :-p
tk penah kisah psl baper org masuk blog. ok je....blog suka2. hehe...
ahahahaha.... gler seksi buku kaki ko!!
:pp
yer. aku mmg suke kaki ko yg berbulu tuh... perghhh!
wehhh seksi la sgt kaki tu..haha
hahahaha kurang seksi fatt
Aku pelawat setia kau bahagian yang positif..HAHAHAHA
kusyuk giler aku baca entry ni! seyes!!! tp bila sampai part kaki tu, walllammaaaakkk, aku jadi ghairah boh! ngahahhahahha ~~
((sambil hulur ky jelly))
>>___<<
tapi jika ingin mencari trafik yg kekal, memang susah..amat memerlukan kesabaran yg tggi
haaaa.... kan ke senang guna format cmni utk komen... takde la susah2 nak kena isi form bnyk2.. hehe...
akak hanyalah pelawat kategori kawan2 je... Sbb malas nk blogwalking...
aku x femes mcm ko
so aku xde yg setia ngn blog aku
huhu
blog aku bosan gila
sbb aku x reti mengarang
Betul ke tu kaki ko?
mak aih bulu kaki...
trim la sket.. hehehe
bulu kaki ko kalo rebonding mst cun ;p
gamba taleh blah siot..hahaha...
hurmm..mcm aku, aku tak kesah la..org nak tgk blog aku, tgk la..tanak tgk suda..takkan nak pakse kot??huhu
owh bru ku paham unique visitor tu ape..^_^..
p/s: lawo kaki..miahahaha
wakakkaka...
saya pelawat jenis apa erk?
lallala
semoga bahagia
=p
ko ni ah fatt ada darah keturunan keling ke
aku buat lawatan sambil belajar....hehehe...
ps...frodo tu kenapa?
PC ~ hahahhahah menakutkan!
rilex2 ... minggu "gedik" adalah
masa yg sukar tuk kami fahami rasa
hati wanita2 .. marah lagi kew .. ngahahhahaha ~ ni bro Triple x nyer pasal .. wa masuk daun jer
agaggagagaggaa ~
((sambil hulur aiskim cekelet))
>>____<<
bulu kaki kite serupa wakaka..
wah bagus info ni.syabas wahai sobat. :)
Post a Comment