Hi! Nama saya Liona. Nantikan saya di entri akan datang (:
Luffy dan Tania adalah rakan sepermainan semenjak kecil lagi… bermain dan kadang-kadang bergaduh. Sewaktu sekolah rendah pun mereka bersekolah bersama, cuma berlainan kelas. Luffy ketua kelas bagi kelasnya dan Tania ketua kelas bagi kelasnya juga dan kelas mereka berdua selalu bersaing. Persaingan itu merapatkan lagi persahabatan mereka… dalam perang ada cinta.
Di sekolah menengah pun mereka bersekolah di tempat yang sama. Kali ini Tania menjadi ketua pengawas dan Luffy pula penolongnya. Kadang-kadang mereka bekerjasama dan kadang-kadang mereka berbeza pendapat. Perang dan terus berperang… cinta makin bertambah.
Kebetulan pada zaman universiti mereka dapat di kampus yang sama, malah mereka sealiran dalam bidang kejuruteraan. Pada masa kini, mereka tidak lagi berperang tetapi menjadi kawan rapat… mungkin kerana mereka semakin matang dalam perhubungan.
Satu sahaja masalahnya… Luffy tidak pernah meluahkan perasaannya kepada Tania. Hinggalah mereka bergelar graduan, seseorang telah masuk meminang Tania dan keluarganya menerima pinangan tersebut.
Luffy kecewa dan membawa diri jauh dari kampung halaman. Kata-kata Tania masih terngiang-ngiang di kepalanya sewaktu seminggu sebelum Tania diijabkabulkan dahulu. Pada masa itu barulah Luffy meluahkan perasaannya dengan harapan dia masih ada peluang.
“Selama ni Nia memang sukakan Fie… sejak kecil lagi. Nia suka bersama-sama Fie… masa kita bergaduh pun Nia suka. Lama Nia tunggu Fie meluahkan perasaan Fie kepada Nia… tapi penantian hanyalah penantian. Nia tidak tahu perasaan Fie kepada Nia sebenarnya. Maafkan Nia… kalaulah Fie terlebih dahulu meluahkan perasaan kepada Nia, pasti Nia memilih Fie. Ini tidak… Nia dah jadi tunang orang… seminggu lagi Nia akan kawen… maafkan Nia… lupakanlah Nia yer”
Setelah bertahun-tahun Luffy membawa diri, akhirnya dia pulang ke kampung juga. Rindunya pada keluarga tidak dapat ditahan lagi. Kebetulan pada masa itu seluruh keluarganya berkumpul dan menyambut hari keluarga mereka secara kecil-kecilan di pantai berdekatan kampung mereka.
Berbagai acara dilakukan bagi merapatkan hubungan kekeluargaan sesama mereka. Salah satu acaranya adalah menyanyi karaoke.
“Sila berikan tepukan kepada adik saya Luffy… nak dendangkan lagu apa?”, tanya abang Luffy.
“Saya ingin mendendangkan lagu Ku Tunggu Jandamu”, jelas Luffy.
Muzik mula kedengaran dan semua orang bertepuk tangan. Luffy menyanyi dengan penuh perasaan malah hingga menitiskan air mata kesedihan.
Setelah menghabiskan lagunya dia berteriak, “Ku Tunggu Jandamu!”. Penonton semua terdiam. Luffy hendak berlalu lalu ayahnya menegur, “Sudah, sudahlah tu. Hari tu kau lari bawak diri sebab ni… bapak ingat kau dah pulih… ni macam mengharap lagi ni… sudahlah… lupakanlah”
“Ini semua salah bapak!”, Luffy tiba-tiba meninggikan suara.
“Kenapa bapak kawen sama Tania! Bapak tahukan Fie kawan dengan Tania!”, kata Luffy lagi.
“Kawan jer bukan ada apa-apa kan? Betul tak sayang?”, Tanya ayah Luffy kepada isterinya, Tania. Tania mengangguk perlahan-lahan.
“Ha! Mak tiri kau pun mengaku… dalam dunia ni siapa cepat dia dapat… bapak sambar dulu… bapak dapat ler… lagipun bapak duda time tu… apa salahnya?”
“Kejam! Bapak kejam!”, teriak Luffy sebelum berlari dengan linangan air mata.
“Bapak pun kena macam kau dulu Luffy… datuk kau buat bapak macam ni… bapak ok jer… move on sampai jumpa mak kau”, kata ayah Luffy seorang diri.
“Be strong Luffy!”, teriak ayahnya sebelum Luffy menghilang dari pandangan.
“Kejammmmmmmmmmmm!”, teriak Luffy dari kejauhan.
Online Shopping here:


61 Orang Berskandal:
gilos..
memang dahsyat lau ko tuju lagu tu kat bapak ko..hik3~
Lelaki terhebat menang perempuan terhebat.
Biar pertarungan di antara anak dengan bapa sekalipun.
haha~
hahaha, mana buleh kawin ngan bekas isteri bapak. haram selamanya.
macam siakk bapak!! sanggup buat fifie macam tu!! hehehehe..
eh, tunggu jandamu tu maknanya tunggu orang tu berpisah kan?
hai liona..kamu comey la..meh lerr kawan dgn mr.monkey ein...ekeke...
Huh..
aku nak nyanyi lagu "..ku tunggu duda mu,jahanam!" bole?? bole la.bole ek..hehehe
santekkk liona tu.nme penuh beliau leona lewisky ke..hehehe
ohhh memang sangat-sangat kejam!!!!!
tukar sikit title..
ku tunggu jandamu, mak tiriku!
bapak tak nak mengalah langsung..
hhuuhhuhu selera muda la katakan..
kesian sama luffy
Hahaha..tq sbb semua entri ko mghiburkan aku. :)
hahah tu dia.. hebat doh bapak dia! tabik spring kapal la!
harap2 x ada la drama ni keluar kat tv. kalau tak, menangis aku tengok ending dia.
wahh i like kotak komen blogger ni. senang je nak load :p hihi.
lol.kawen dengan ayah dia ke T_________T hampeh,hampeh.
err nickname luffy, fie? alahai. nama pompuan haha
klu dah cenggini..xblh nk 2nggu dah..tunggu2 pown xdpt jgak..hehe~
yeahuu~
hebat ar bro...
senyum aku baca.heheh
hahaha..tunggu ayah luffy mati je la..
errr...lupa plak.salam singgah.da polow ur blog.bro marah tak i polow blog u?hakhakz
uiks..
sedey kot cte neh =P
Bapak ku yg sengal.... lalalala
jangan ah kawen dgn janda..
anak dara ramai..
tak bek la fatt.. durhaka namenye..mhaha
Sampai ati bapak T___________T
wahahahaha..gelak aku baca..
Tu dia..anak dapat mama baru..
wow! nie ke entry capten luffy! hebat! dan padat! :)) serius ada perbezan dgn ahfat!
ak call ko capten lah mulai hari nie!
aiye2 capten! huhu
ko panggil aku kacak leh tak plssssss!!!
hahaha kesian luffy...bapaknyer dh kebas dulu...mesti bapak lagi hensem dari anakni...hahaha
hihi tue le luffy...lambat lagie wakaka
camne ko boleh terfikir bapak ko rampas awek ko ah fatt?
sngt kejam bapak luffy...
ish2..kesian c anak...
lmbat ag la matlamat ku tunggu jandamu x tercapai.....huhuhu
ayahku kawin lagi..
dengan dara jelita..
ahak ahak..
sekali bapak kacau line daa..
hahaha..sadis sunggoh bapaknya dalam citer nih.huk huk.
Sabar yer enchik luffy..*opppss*
izinkan aku gelak guling-guling... hahahahahahah :P :P
patutla luffy itu sengal, apak nya pun agak sengal... kikikikikik :P :P :P
btoi la fatt
xbaek jadik anak durhaka
ntah2 esok2 kao ttibe tringin nk pkai celica xckup dwet bulih gak pnjam kt bapak kao dan bini nye yg muda,hot lagi mengiurkan itu
ahahahaha
sadis gile cite nih
kesian diaaaaaa
:P
oh, sungguh kijam itu bapakkk ..
tapi lagi kijam itu mak tiri ko luffy,
rembat jek apa ada depan mata ..
huhuhu ..
wehhhhhh.
aku ghase dah pernah baceee entri k0 niiiiiiiiiiiiih !
x leh blah .
mana leh kalo dah janda bapak sndr .
hahaaa
Kalau betul Tania suka kat Luffy, takkan sampai ati nak kawen dgn bapak Luffy.
hahaha..
lawak la the last part!
ini cerita betul ker Fatt?
hehehhee... tu la konon kontrol macho... skali bapak potong line.......
kategori boleh kata padan muka nie
wow!!!!...dasat citer ko ni....hahaha...
sanggup bapak Luffy buat macam tu.
aku pun menangis mengenangkan nasib si Luffy.
aku bajet td luffy dapat la jugak tania.... sekali mak tiri daa... ;)
ahahaha bapak lagi terer
huhu
ko punya imaginasi memang thumbs up la fatt
haha
klakar
wujud ke lagu ni?? hahahah
kesian sama luffy
ceh.sape soh luffy lmbt nao.padan muke.xnk kesian.
aku da bc citer neh kapten.. wakakakaka
sgt kecian sama luffy..
adus! sengal semua sendi kaki dan tangan ku.. ni boleh buat filem nih...
haha..bila nak berhenti berlawak nih..
mantap bapak..
jangan x tunggu. ha.3x
tunggu janda pun tak boleh kawen dgn tania sampai bila2
ayahnya memang tak nak mengalah. ishh2
ko tunggu janda bapak ko..hehehe
hahhaaha...bapak dier power la..
hurm sabo jela...
tp better cr la y bukan janda...
anak dara ramai lg.huhu
Sadis giler!
kesiannya kat luffy...merana badan!!!
Aluu.. kapten!
Camner aku bleh tak perasan {dot} com nih.. aduyai!
Tahniah.. ko masih guna platform Blogger ye? Kenapa tak convert ke Wordpress..?
tak baik bergaduh ngan bapak.. tak berkat hidup di dunia.. hahahaha...
Post a Comment