Canggih! Setelah mencuba untuk design blog ini sendiri pada malam semalam, aku rasakan Blogspot semakin canggih dengan memberikan kemudahan kepada penggunanya terutama kepada mereka yang tidak mahir kod CSS. Jika dahulu anda perlu membaca pelbagai tutorial bagi mengubahsuai blog sendiri, namun kini Blogspot menyediakan satu platform yang mudah dan senang yang mana anda boleh mengubah design blog anda hanya dengan menekan tetikus anda sahaja.
Terima kasih aku ucapkan kepada MelRomeo kerana memberikan link untuk menambah aplikasi ini ke dalam Dashboard blog aku. Ianya adalah aplikasi terbaru Blogspot dan rasanya belum diketahui ramai.
Setelah mencubanya sendiri pada malam semalam, aku akan kongsikan sedikit pengalaman aku merekabentuk blog ini.
Pertama sekali anda perlulah klik pada link ini http://draft.blogger.com/. Setelah itu, ada satu penambahan pada Dashboard anda yang dikenali sebagai Blogger In Draft.
Seperti pada gambar di atas, klik pada box Make Blogger in Draft my default Dashboard. Kemudian pergi ke bahagian Layout. Di bahagian Layout, kamu akan melihat satu aplikasi terbaru iaitu Template Designer. Klik pada Template Designer tersebut dan anda akan pergi ke bahagian Blogger Template Designer.
Di bahagian Blogger Template Designer inilah kamu akan berpeluang mengubahsuai blog kamu sendiri dengan begitu mudah sekali.
Jika ikut pengalaman aku pada malam semalam, kurang daripada 5 minit, aku sudah dapat mengubahsuai template blog kepada sesuatu yang baru tanpa menghilangkan Widget, Bloglist dan segala macam aplikasi yang diletakkan di dalam blog ini. Apa yang perlu hanyalah menyusun semula Widget itu agar bersesuaian dengan bentuk Templates yang baru.
Berdasarkan gambar di atas, Blogger Template Designer ini menyediakan empat aplikasi untuk kita merekabentuk blog iaitu Templates, Background, Layout dan Advanced.
Pada bahagian Templates, kita boleh memilih jenis-jenis Templates yang disediakan. Ada empat pilihan utama dan setiap pilihan utama ada subpilihan lain. Semuanya berjumlah lebih kurang 10-16 Templates untuk dipilih. Jumlah ini masih kecil mungkin kerana ianya masih baru. Harapnya, pada masa hadapan lebih banyak pilihan templates yang disediakan kerana pastinya kita semua mahukan varieti Templates yang banyak untuk dipilih.
Setelah memilih Templates kesukaan anda, bolehlah ke aplikasi kedua iaitu Background.
Pada bahagian Background anda boleh menukar warna tema blog anda serta memasukkan gambar latar pada Templates pilihan anda. Oh ya… jika anda tidak menukar Templates seperti di atas dan mahu mengekalkan templates asal, anda tetap boleh menukar gambar latar blog anda di sini. Pilihan cukup banyak mungkin mencapai 100 jenis gambar latar.
Setelah berpuas hati dengan Templates dan Background, anda bolehlah ke langkah seterusnya dengan mengubah Layout blog anda pula. Ini bahagian yang menarik!
Di sini anda boleh mengubah blog anda kepada Satu Column (ruang Widget terletak di bawah), Dua Column ataupun Tiga Column dengan mudah sekali. Jika anda suka Dua Column, anda boleh pilih samada Sidebar anda terletak di sebelah kanan mahupun kiri.
Pada peringkat ini, pada bahagian Preview, anda boleh memindahkan Widget anda ke tempat yang anda suka (sama seperti anda berada di bahagian Layout). Untuk view perubahan yang anda sudah buat, anda boleh klik kembali ke aplikasi Templates dan lihatlah hasilnya. Selagi anda belum klik Apply to Blog, maka hasil itu hanyalah hasil sementara dan jangan risau kerana Templates asal anda tidak akan hilang.
Untuk pengetahuan anda juga, sekiranya anda masih sayang dengan Templates yang anda gunakan sekarang ini tetapi hanya ingin mengubahsuai Layout sahaja, maka anda boleh juga terus mengubah Layout tanpa mengubah Templates dan Background seperti di atas.
Selain itu, ada lagi kegunaan lain aplikasi Layout ini.
Berdasarkan gambar, anda boleh resize Layout anda. Sudah lama aku terfikir jika ada kemudahan seperti ini dan inilah penyelesaian daripada Blogspot. Apapun, pada pendapat aku, saiz 1000px untuk saiz paling maksimum belum cukup memuaskan. Lihat sahaja bahagian entri blog ini yang masih kecil sebagai buktinya.
Dengan kemudahan resize Layout ini, anda boleh samada mahu membesarkan seluruh ruang utama ataupun mengubah saiz Sidebar atau kedua-duanya. Ia sesuai jika anda mahu memasukkan satu widget yang bersaiz lebar di sidebar namun harus diingat, jika membesarkan bahagian sidebar, maka korbannya adalah ruang di bahagian entri.
Akhir sekali adalah aplikasi yang di namakan Advanced.
Nama sahaja Advance tetapi sebenarnya ia adalah ciri lama pada Blogspot yang diperbaharui. Jika kamu perasan, ianya sama dengan aplikasi Font and Colours yang digunakan untuk mengubahsuai Classic Templates yang disediakan oleh blogspot.
Dengan aplikasi Advanced ini, anda boleh mengubah saiz tulisan, mengubah font tulisan, mengubah warna tulisan, mengubah warna latar bahagian entri termasuk Sidebar dan sebagainya. Sama bukan? Apa yang baru pada aplikasi Advance berbanding aplikasi Font and Colours adalah anda boleh menambah code CSS. Apa itu? Aku pun tak tahu sebenarnya. Hahaha!
Sekian sahaja sedikit penerangan daripada aku setelah mencubanya pada malam semalam. Bagi aku yang tidak ada pengetahuan mengenai code CSS, Blogger Template Designer ini sememangnya memudahkan.
Apa lagi cubalah! Jika hanya mahu sekadar melihat kesannya, sila jangan tekan Apply To Blog dan anda boleh view hasilnya di situ juga.
**********
Master Feng Shui: Ah Fatt ahhh… lu punya molog lesign ah, talak ong ooooo!
Ah Fatt: Apasal talak ong sifu!!!???
Master Feng Shui: Ini lesign T ah, maksudnya Talak… talak guna! talak faedah! talak untung! Lu punya molog ahh, semua pun talak baik.
Master Feng Shui: Ini walna bilu ah, maksudnya bulus (blues)! Lu hilup lalam bulus talak hepi ooooo.
Ah Fatt: Macam tu ka sifu?
Master Feng Shui: Iya lorrrr! Un…fil… te…led… zasss… ma…de…ne…sss… apa maksud?
Ah Fatt: Oh! itu maksudnya Uncensored sifu.
Master Feng Shui: Macam itu ka? Manyak mangus oooo!
Ah Fatt: Ya ka? Ada ong ker Sifu!?
Master Feng Shui: Manyakkkkkkkkkkk ong! Wa munya feveret ah, itu uncensot bulu movie. Lu punya uncensot molog ah, macam itu juga uncensot bulu movie. Lu moleh mikin Wa manyak sitim!









60 Orang Berskandal:
semalam aku dah cuba godek
tp mls pulak
terer kau
good!
perghhh!
aku tak penah try draft lagi.
hahahaha
macam best je yang kau buat ni
nak buat jga lah
ayo lu manyak bulus juga ka kapten?
bagus bagus!
hoho nice dah bro . ceria terus !
neway kalau kau buat
fixed; untuk background , so dia tak jadi berat .
Contoh
background: #0043ee url(http://themes.googleusercontent.com/image?id=1xMuEK56_gLKi2yUieFVzvn78A5FoyccOkG-RHGwx3SYTdPMKnmriET2miFvbMweiNwpR) repeat scroll top left Fixed;
yang lelebeh tuh ko buang pastu Preview. kalau ok go on ;)
Alamak terpakai Google Account lain lak :P maaf haha
sy dah xreti bab2 bl0g ni..
terbaik la
nanti mau try jugak
haiz...
sume org ceriakan blog.blog aku da makin kelam aku rase.,
aku xsuka bab2 design nih
waaahhh....sgt bagus....akn di cuba nnt
bagi aku benda ni susah
yg aku biasa guna senang sket
huhu
Walaowehhh..
Thanks for sharing Fatt..
Aku ada discus pasal nih kat entri yang lalu cuma tak la discus dgn lebih lanjut, sbb xreti nk terangkan..
Since ko dah teangkan nih nti aku akan backlink kan entri ko nih pada entri aku ek..
pergh.power weh! hahaha. aku dah cuba.yg amazing. 3 column boleh jadi 2 column weh! aku gila teruja.lepas tu layout2 dlm tu semua simple gila suka hati nak tuka apa pun. just klik2 je
T____________________T
aku berdoa wordpress semudah tu tapi tak mungkin lah..
yeay dah try tapi still nak blog lama.syg owh nak tukar.nak cari background yg bkenan dhaty hati pown amik masa.tak sanggup nak tukar..ahaks.:)
Wah! sulah mandai mikin belog sendili ah.. bagut..bagut..
Ini belogger ah.. sikalang pun kina apgelet wo.. talak a.. suma olang lali pigi wedpeles wo..
adus tergeliat lidah aku...
dah tukar jugak =D, tapi yg ni nnt nak try lah.. thank you kapten =)
Mulu movie?..aiyaa..
tiada lagi masalah nak d'lowd import template pas tu nak adjust sana sinun..pendek kata budak darjan 3 pun boleh dapat template blog yang cantik..he2
siap ngan tutorial lagi
hoyeaahhhhh
wah...ko dah pandai main2 design blog..
aku x reti..
harap kat org lain je..
isk
waaaa..bestnya... pasni tak yah terkial2 lagi nak baca script..timakasih for sharing..
hey, your blog is too mature for my daughter(penguin). so i am going to read your posts and maybe giving afew comments. actually i always read your posts and i will tell penguin:jgn baca tau awak kecik lagi haha.actually i enjoy reading them funny crazy and tuut!underneath all that i think u are a good person.
tenkiu for sharing ah fatt. i lap u (opss..terlebih sudah). nice entry anyway
ak dh try smlm..mmg sronok la tgok template bru ni..nice2..tgok la skrg blog i dh berwajah baru..thanks to abg melz jgk..^_^
mende ni dh lama la bro..
huhuhu..
hehehe....
betul2....
thanks luffy coz berkongsi benda yg baru...sharing is caring gitu...
risa pun dah cuba memang menarik...
cool tips la fatt!
Luffy:
1. Thanks blo.
2. Terharu wa sebab lu sudi berkongsi ilmu ini. Sebab wa tengok ada blog lain dah lama buat, tapi diam jo. Hohoho. Sedih wa.
3. Konversasi dgn sifu itu manyak lawak la. Best! :)
lave u la fatt..
suka tutorial macam ni..
nanti aq nak try godek blog aq..
yehaaaa
wahh..nak try la pulak..
tlg design utk aku pakcik!
aku ni jenis malas...huhuhu
dah cuba tapi still sayang template lama..sebab penuh dengan nilai sentimental hehehe
Sharing is caring, caring is loving.. Hehe.. Tenkiu sifuuu.. Huhu x)
ai laik unsenset veli veli much!!
wahh..gud info.
thanks for sharing.
wahh design baru. :)
tak sangka munyet pon pandi IT...
muahahaha
:P
huuuu~sgt best bg sesiapa y asek nk tuka design 2..sharing is caring rite???heee....
wei...asal layoyt ko ni byk daun pakau...huhuhu
malas la plak nk try
oooo
nak buwattttttttttttttt!!
tapi tibe tibe berase malas. keje banyak T____T
thanks 4 sharing bro!
aku macam tiada masa plak
blh ko tlg aku?
haha
owh..xtahu plak..syg plak nak tukar background...huhu btw..thanx alot 4 da info!!
wah..sgt best. bole try bile pree nnti :-d tq
cam daun terup lak template nih.
eheheeeeee
ila pn xpndai blog2 neh...tu jrg make up2 blog..ihihi...
suka benda ni.
suka benda ni!!!
heheh.
thnx for sharing ye ah fatt.
memang wa sayang lu lebih lah!
sape sifu ko tu? haha meh aku nk bknln ngn dia. nk jual awek thai murah punye kt dia.. haha
ah fatt...ko kenal zara x?
cun.
tengkiuw sifu
sudah try.terimas yaa.
Hiya every one, swell chat board I have found It incredibly helpful and it's helped me out tons
I hope to be able to contribute & assist other users like this site has helped me
_________________
[URL=http://electricalhelper.co.uk/electrical-help/install_a_consumer_unit.htm]consumer unit[/URL]
Associatedcontentnetwork.com Article directory free for publish your press release and articles !
can i take a vehicle insurance provider to small claims court? The insurance firm rejected my claim, (I would go ahead and take to blame driver to small claims though I've no address to serve them or send a requirement letter). The additional driver was at fault however his insurer says there is really a difference in your claims so they really have to take the word of their insured vs. my word. I do think they acted in lousy faith and did not accomplish a proper investigation would this be a valid claim in small claims court? I want to take the responsible drivers insurer (not my own) to small claims to the damages to my car.
Bu sohbet sitesi tek kelimeyle Muhtes. Sohbet Etmek ve Arkadas, Olmak için Arad? Seçmenin Faydalar?
Ni komen yang ke 60..
hihi
tengah rajin ni..nak buat la ni jgk. tq :)
Post a Comment