Monday, March 22

SEHARIAN MENGUBAHSUAI TEMPLATE BLOG




Semalam dengan tiada idea untuk menulis entri dan dengan tiada semangat untuk membuat blogwalking, aku hanya memerhatikan laptop tetapi tidak berbuat apa-apa. Namun tangan aku gatal pula untuk mengubahsuai sekali lagi template blog ini.

Aku masih lagi menggunakan template asal seperti dalam entri Mari Design Blog Sendiri, cuma ianya diperbesarkan sedikit. Sesiapa yang mahu membesarkan saiz blog dia bolehlah cari kod seperti gambar di bawah;


Kemudian aku hanya tukarkan warna di Template Designer, buang gambar background, mengecilkan sedikit font, mengubah warna font dan sebagainya. Hasilnya bagi aku tidaklah lawa.

Seterusnya aku menambahkan widget pada entri aku yang menyebabkan huruf-huruf di entri aku ini akan dilink secara automatik kepada youtube, wikipedia dan sebagainya.



Macam tiada kelebihan tetapi sekurang-kurangnya berinformasi juga blog aku ini walaupun entri merepek semata-mata.

Kemudian, aku menukarkan tema blog ini kepada The Blocked Blog dan aku meminta bantuan Boneka untuk membuatkan banner kerana aku tiada kemahiran Photoshop. Setelah siap dia kata Banner itu tidak lawa tetapi bagi aku banner tu cukup lawa. Puas hati aku lihat hasilnya.

Lain-lain yang aku tambah adalah butang Retweet dan butang Share With Facebook di bahagian atas entri serta butang Share dan Recent Post di bahagian bawah entri. Melalui tutorial baru aku tahu cara meletakkan widget di bahagian entri.


Untuk meletakkan widget di bahagian entri, caranya cari kod di yang berhighlight seperti dalam gambar dan paste kod sebelum atau selepas kod  tersebut. Sebelum maknanya widget akan terletak di atas entri dan selepas maknanya widget akan terletak di bawah entri. Ini juga boleh digunakan untuk meletakkan code Nuffnang di dalam entri seperti dalam blog aku ini.

Aku juga menambah widget Subscriber di Sidebar sebelah kanan. Orang lain sudah lama meletakkan butang tersebut tetapi aku baru sahaja meletakkannya. Sebabnya semenjak aku menulis blog, tidak pernah sekalipun aku tergerak hati untuk mengubahsuai layout dan meletakkan bermacam-macam widget.

Disebabkan, ada butang Subscribe Via Tweet, maka aku bukalah juga satu akaun twitter. Sesiapa yang ada akaun Twitter marilah kita saling add antara satu sama lain :)

Namun, rasanya Twitter itu juga akan jadi seperti akaun Facebook yang aku jarang gunakan berbanding blog. Apapun, dengan adanya Twitter, aku boleh Retweet entri aku ke Twitter seperti mana aku selalu buat Share With Facebook.

Perubahan paling menarik adalah pada Chatbox aku. Dahulunya ia terletak di sidebar semata-mata tetapi kini ianya seperti tingkap yang boleh di buka dan di tutup.


Ini satu pencapaian bagi aku yang pertama kali mencuba design Layout secara advance dengan keadaan yang sebenarnya aku tidaklah mahir dalam coding. Pencapaian ini pun termasuklah semua perubahan di atas sebenarnya dibantu oleh tutorial daripada blog OtakWorks yang aku terjumpa melalui Gengblogger.

Perubahan terakhir aku pada kali ini ialah pada kemampuan SEO blog ini. Ia aku dapat melalui tutorial yang aku jumpai dengan tidak sengaja.


Menurut tutorial tersebut, jika format Tab sebegitu (seperti gambar), maka ianya adalah mesra enjin carian dan seterusnya meningkatkan SEO. Codingnya juga mudah jadi aku ubah sahaja seperti yang diajar.

Keseluruhannya, template aku ini tidaklah menarik tetapi aku berpuashati dengan sedikit penambahan di dalamnya. Banner ciptaan Boneka terutamanya serta butang Retweet, Share With Facebook dan Chatbox yang canggih (pada aku ler).

Untuk semua ini aku menghabiskan masa yang banyak. Semalam aku tidak berjalan ke mana-mana. Aku juga tidak keluar makan seharian. Baju yang di gosok di kedai dobi terlupa aku ambil dan baju di dalam mesin basuh terlupa aku jemur.

Apa nak jadi aku pun tidak tahu. Seharian aku hanya menghadap blog tanpa bersosial di hari cuti dan seharian juga aku tidak bersembang dengan sesiapa. Kalau dahulu, jika aku lalai dengan satu benda pasti emak aku suruh aku makan benda tu sahaja.

"Ha! Makan lah blog kau tu. Blog! Blog! Blog! Ndak sudah dia tau buat apa-apa". Lebih kurang macam inilah dialongnya.

"Blog ni mau masak resepi apa ya? Blog goreng? Sup blog? Tomyam blog? Blog panggang?". Macam inilah aku menjawab pula.

Dush! Dush! Dush! (ini pula kesan bunyi aku kena belasah)

38 Orang Berskandal:

kisahremaja said...

Rajin yea main adjust template nie.... anyway nice...

hazman aka species1980 said...

yang penting gambar headar memang sempoi.....

KFunC said...

haha...banner ko mmg cun.."stim at your on risk"!!!

KFunC said...

haha..banner ko mmg cun! "STIM AT YOUR ON RISK"!!

hBz said...

wa tak faham tang SEO2 tu. tp takpe. nice. urm..tak perlu masak. makan mentah-mentah2 je

baincardin said...

waaah...cantik blog kamu, tukar lagi. Stim@UrOwnRisk! ^_^

Hazzy Ishak said...

banner ko tak menahan...
aku masih kanak2 lagi
tak bleh masuk sini
ahaks

Sesumpah said...

memang letih bila nak pilih template heee

risanur said...

tahniah luffy...makin cantik dan berfaedah gitu...jeles la plak...nak menghadap coding seharian confirm tak makan la hubby risa...abis dia mengamuk nati...

Jalak lenteng said...

terbaek arrr fatt...!!

tehais said...

hurmmm..hebat2..tolong buatkan sekali..kekeke

tehais said...

hurmmm..hebat2..tolong buatkan sekali..kekeke

tehais said...

hurmmm..hebat2..tolong buatkan sekali..kekeke

♠ayuzdeathwish♠ said...

ni link blog baru aku~
blog lama da kne hack

Lifesaver said...

aku baru je tgk layout ko...mmg best!sesuai utk ko!

relevan said...

Kenapa ketat sungguh nak masuk blog ko ni Kapten..macam malam pertama pula..

siggplus said...

aja aku coding weh

Boneka Tak Sakit Self-ProClaim CasaNova said...

tak sangka ada yg puji header tu! huhuh terharu la i! thx guy thx!!!

;p

aduka said...

aku suka banner je.. yg len common bg aku..
=)

Cutiesifa said...

kau sangat rajin n pandai nak ubah template blog..
kalau aku, just copy paste je..
edit sendiri aku x tahu..lemah betul..hehe

joegrimjow said...

perghh
mmg klu coding2 ni
buat pening
erkk
nanti dah otai
jgn lupe buat kelas

cokelat lover said...

cool ;)

Anis said...

wat sup sedap kot ..

Boneka Tak Sakit Self-ProClaim CasaNova said...

aku tgk berkali2 entry nie sbeba nak tgk sapa puji2 aku maksih bangga aku nie yg aku nak riak nie
hahahaha kepuasan seksual sungguh happy aku!
:P

khairil said...

perghh, makin hensem blog ni =)

Nadya ©™ said...

Pakcik..rumah kau kat mana..Tak kira²,aku nak tau jugakkkk

zaiMi said...

wah main coding tu. hebat2. kalau aku la mahu terkeluar biji mata duk meneliti code tu line by line. tapi pahamnya tak jugak. haha

Solehah said...

wahh..aku sungguh kagum la..

alhena said...

ok.. entry ko kali ni.. aku suka endingnya.. heheheh :)

deus X machina said...

Kah kah kah
sama la macam mak aku gak...
tapi selalunya pasal bola...asik tengok bola main bola je disuruhnya aku makan bola
erk888

cantik blog ko skang luffy...kagum aku

hasni said...

wei
watkan untuk aku
aku bizi
blog aku suram sendu je
tp xmola mcm ko punya

haha

Mimpi said...

gua rasa "stim at your OWN risk" baru betul kan?

starsyeea said...

wuik...cantik suda ba blognya...rebus pon sodap nih, bole mkn sma ambuyat...haha. neway, nice tmplate bro!

noor afzan said...

cantik dah nih..
tak yah nak oter lagi..
seharian tu..gigih la bro..

YobSumo said...

nnt aku cuti nak modified sikit ahh. btw aku suka banner boneka tu. hehe.

Mohd Shahrul Hafizi said...

Luffy:

Kau orang mana bah?

ct fad said...

best ar u punyer cerite..banner cun habiss...camner nk modified ar..

piNky LuCiA said...

pening aku baca.. aku main hentam je template ape yg ade.. janji aku berkenan.. hehe

Movies List