Tuesday, April 20

73 BLOGGER TELAH AKU TEMUI

Nota: Maaf entri ini panjang. Aku excited yang teramat mengenangkan sepanjang aku menulis blog telah ramai orang yang aku tidak kenali sebelum ini telah menjadi kenalan yang aku sempat bertepuk tampar, bersembang ataupun sekadar bertegur sapa sahaja.

Wajah kepuasan setelah berasmara di tempat awam bersama Dude
Semalam, sedang aku mengemaskinikan Bloglist (biasanya seminggu sekali bagi memasukkan link baru), aku berkeputusan untuk menambahkan satu list yang dinamakan Sudah Ketemu Mereka (sidebar kiri). Selama ini aku tidak kira jumlah mereka tetapi apabila membuat list itu semalan, aku dapati jumlahnya sudah 73 orang. Banyak juga rupanya kenalan Blogger yang sudah aku temui dan jumlah di dalam list itu adalah kurang daripada jumlah sebenar kerana ramai yang sudah tidak aktif blog.

Sebelum ini, aku ada nyatakan aku seumpama Manusia Gua namun, jumlah itu mungkin menunjukkan sebaliknya. Aku pun tidak tahu bagaimana aku boleh berjumpa Blogger sebanyak itu dan sebenarnya ia bergantung samada mood aku mahu keluar atau tidak.

Bagaimana ia bermula?
Waktu mula-mula aku melanggan Broadband di akhir tahun 2007, aku buat satu akaun Myspace namun bertahan sebulan dan aku tidak ada kenalan di sana. Kemudian adik aku mengajak aku membuat Friendster dan ia juga bertahan selama sebulan juga tanpa kenalan baru di sana.

Kemudian, selepas mengikuti beberapa blog serius aku mencipta satu blog serius sekitar Julai 2008. Dari blog serius, aku terjumpa beberapa blog peribadi. Aku berkenalan dengan mereka namun aku tidak boleh meletakkan komen merepek di blog mereka kerana ia menggugat kredibiliti blog serius aku. Mereka juga hanya mampu menjadi silent reader blog aku kerana berbahaya komen di blog serius jika komen itu kelihatan dangkal.

Di situlah bermulanya aku mencipta blog peribadi bagi membolehkan aku berinteraksi dengan lebih selamat dengan kenalan blog peribadi yang lainnya. Seterusnya pada bulan September 2008, aku menutup blog serius aku setelah jumlah pengunjung mencapai lebih kurang 15000 orang dan menumpukan kepada blog peribadi.

Setelah saling berkenalan maka ada keinginan untuk berjumpa dan di situlah bermulanya pertemuan dengan Blogger buat pertama kali bagi diri aku.

Pertemuan pertama
Pertemuan pertama berlaku sekitar November atau Disember 2008. Pertemuan tersebut berlangsung di KLCC sewaktu aku baru pulang bekerja. Dengan memakai pakaian kerja (smart siot!), aku bertemu dengan dua orang gadis Blogger yang dikenali sebagai Hanis dan Ebob (blogger bersara dan khabarnya kini berada di luar negara).

Hari itu aku belanja mereka minum di Dome dataran KLCC. Melalui mereka, selepas itu aku bertemu dengan Tun Mamat dan Galuh beberapa bulan selepas itu. Hanya Mogen dan Sparkystar dalam kumpulan mereka ini yang masih belum aku temui.

Senarai pertemuan aku dengan Blogger terus bertambah selepas itu dan kebanyakannya adalalah pertemuan kecil samada kenalan Blogger yang mengajak aku ataupun sebaliknya. Aktiviti pula biasanya lepak, makan dan bersembang.

Aku senaraikan beberapa contoh pertemuan lain itu mengikut kategori masing-masing;

Pertemuan paling hebat bagi aku
Dalam banyak-banyak pertemuan yang sudah aku ikuti, rasanya mendaki Gunung Nuang bersama John, rakannya dan seorang Blogger yang sudah bersara (bernama Dark Siv) adalah yang paling hebat setakat ini. Peristiwa hari itu dirakamkan dalam entri aku bertajuk Menuju Puncak.

Pertemuan dalam kelompok besar
Hanya dua pertemuan besar pernah aku ikuti iaitu Gathering Genting (40 Blogger) dan Gathering Gatsby (500+ Blogger).

Pertemuan paling memuaskan
Ini semestinya pertemuan aku dengan Hisham dan Kawie. Pertemuan simple itu direkod dalam entri Tujuh Jam Bersembang.

Pertemuan dapat hadiah
Hanya dua pertemuan yang aku dapat hadiah iaitu daripada Dude dan Huda. Gambar hadiah daripada Dude aku letakkan pada entri Tunangan Orang dan hadiah daripada Huda pula dijadikan satu entri rekaan bertajuk Lolipop Love-Love.

Pertemuan paling jauh
Paling jauh aku bertemu Blogger adalah di Pulau Pinang pada bulan September atau Oktober 2009. Ketika itu, aku datang ke USM untuk menghadiri majlis konvokeysen adik aku dan kebetulan ada seorang Blogger yang aku kenal sedang menyambung pelajaran Master di situ. Blogger itu bernama Balkhis dan dia masih aktif menulis blog secara low profile.

Apa yang menarik pada pertemuan kami itu ialah kebetulan pada masa itu H1N1 sedang menyerang dan dia aku temui bertopeng muka sepanjang masa. Disebabkan dia degil tidak mahu membuka topeng, maka gambar yang diambil pun adalah wajahnya yang bertopeng.

Pertemuan paling romantik
Tiada

Pertemuan rahsia (tidak pernah diceritakan atau direkodkan)
Ada banyak tetapi biarlah rahsia.

Pertemuan paling buruk
Setakat ini tiada pengalaman buruk untuk setiap pertemuan aku dengan kenalan Blogger lainnya. Semuanya aku rasa berjalan seperti biasa sahaja.

Pertemuan tak kesampaian
Ada beberapa pertemuan juga dirancang tetapi masih belum kesampaian sehingga kini. Antara yang hampir-hampir bertemu dengan aku adalah dengan Aerina Fazlin (bersama kakaknya yang ketika itu singgah di KLCC). Shapika pula mengajak bertemu ketika aku dalam mode Manusia Gua, jadi aku malas untuk bertemu (dia bertemu Hisham ketika itu). Manakala Zonaku sehingga kini hendak bertemu jika ada perjumpaam melibatkan Jard atau Wafa atau Hemy tetapi belum kesampaian.

Lain-lain ada juga tetapi aku sudah terlupa. Harap-harap lain masa dapat bertemu jua akhirnya.

Setelah melalui banyak pertemuan itu, aku develop beberapa preferences dalam pertemuan aku yang seterusnya dari segi;

Saiz pertemuan
Jika diberi pilihan antara pertemuan besar atau kecil, aku lebih memilih pertemuan kecil yang maksimum ahlinya adalah 5 Blogger sahaja. Sebabnya, melalui pertemuan kecil aku dapat memfokuskan kepada jumlah Blogger yang kecil untuk dikenali. Namun, aku tidak kisah untuk datang ke pertemuan yang besar walaupun hanya mampu berkenalan dengan sebahagiannya sahaja.

Jantina Blogger yang ditemui
Jika diberi pilihan untuk bertemu Blogger lelaki atau perempuan, aku lebih memilih untuk bertemu Blogger lelaki kerana lebih banyak topik yang boleh disembangkan. Namun, aku tidak kisah juga bertemu Blogger perempuan samada satu-sama-satu atau satu-sama-dua (atau lebih) kerana aku pernah melakukannya sebelum ini.

Apapun, aku selalu berharap mereka pandai membuka topik perbincangan kerana aku kadang-kadang tidak pandai hendak membuka topik yang membuatkan pertemuan sedikit hambar. Untuk hal ini,  aku beri kredit kepada Cumey dan Siv yang sememangnya berbakat untuk membuka topik perbincangan walaupun sekadar sembang kosong.

Pueh hati den dapat bagi satu pukulan padu kat kepala Cumey. Muahahaha
Kini, setelah berpenat seharian pada Sabtu lalu di Gathering Gatsby, aku kembali lagi menjadi Manusia Gua seperti biasa. Entah bila pertemuan aku dengan kenalan Blogger yang seterusnya pula. Mungkinkah seterusnya ia satu pertemuan yang besar? ataupun kecil? ataupun rahsia? Mungkin juga manusia Gua ini akan keluar tahun hadapan pula kerana sebelum ini lebih kurang 2-4 bulan aku tidak berjumpa sesiapa.

**********

Aku mungkin ada satu sikap yang pelik bila terjumpa secara tidak sengaja blogger-blogger lelaki yang aku sememangnya sudah terbiasa dengan blog mereka. Apa yang pelik itu ialah apabila terjumpa mereka dengan tidak sengaja, tiba-tiba aku ada tindakan refleks seperti mereka itu kenalan yang sudah lama aku kenali secara nyata.

Ada 3 peristiwa semuanya yang aku pernah alami mengenai refleks bertemu secara tidak sengaja dengan blogger lelaki yang aku sudah terbiasa dengan blog mereka;

Peristiwa pertama
Ini berlaku di Pasar Seni pada tahun lalu. Hari itu aku datang lambat kerana baru pulang dari bekerja. Setibanya aku di Pasar Seni, aku bersalaman dengan beberapa orang blogger yang aku sudah berjumpa sebelumnya, sudah cam walaupun belum berjumpa serta dengan beberapa orang blogger yang memang aku rasa aku tidak kenal dan baru berkenalan ketika itu.

Salah seorang yang aku rasa tidak kenal adalah Mamat Berjanggut. Lima minit selepas bersalaman kami tidak ada modal hendak bersembang. Tiba-tiba dia bertanya, "Kau kenal tak aku ni?".

"Tak", jawab aku.

"Aku Jalak ler", beritahu dia.

"Ko ker Jalak?", tanya aku teruja dan tidak semena-mena aku memberikan tumbukan dan tendangan lembut padanya padahal sebelum itu aku tidak tahu hendak cakap apa dengan dia. Tumbukan dan tendangan lembut itu sebenarnya adalah refleks seumpama seseorang bertemu kawan lama.

Peristiwa kedua
Ini berlaku di Gathering Gatsby yang mana aku seorang diri menunggu Dude yang bertemu dengan bosnya berdekatan kawasan itu. Aku perasan yang aku diperhatikan oleh dua orang lelaki. Mereka seperti mahu menegur tetapi semacam segan dan aku pula sememangnya tidak mengecam wajah mereka.

Kemudian mereka datang kepada aku. "Ni Kapten kan?", tanya salah seorang dari mereka.

"Ya. Kamu siapa ya?", tanya aku.

"Kosong...", beritahu lelaki yang bertanya tadi.

"Kosong? Ohhh...", kata aku teringat.

"Fly5483 (url blog dia)", kata dia lagi.

"Ya. Aku kenal ko. Ni siapa plak?", tanya aku pada yang seorang lagi.

"Peja", jawab dia pendek.

"Peja?... Pejazol!? Sekut Tawar!?", tanya aku dan dia mengangguk. Tindakan refleks aku pada ketika itu jika tidak silap aku peluk bahu dia dengan erat.


Peristiwa ketiga
Ini juga berlaku di Gathering Gatsby selepas peristiwa kedua tadi. Aku bertemu Sara dan menunggu dia di ruang legar semasa dia menukar baju di tandas. Selepas itu, kami bersama-sama pergi ke kawasan permainan untuk mencari Dude.

Dalam perjalanan kami itu, Sara terserempak seseorang yang dia kenali. Sara menegur lelaki itu dan aku hanya memerhatikan.

"Siapa?", tanya aku kepada Sara sambil budak lelaki tadi mahu berjalan pergi seorang diri.

"Azuan lah. Takkan tak kenal", jawab Sara.

"Azuan mana?", tanya aku.

"Azuan Budak Pandai (tema blog dia)", jawab Sara.

"Azuan budak pandai ker?", tanya aku lalu memeluk bahu dia (refleks) dan berkata, "Ko dengan siapa ni? Jomlah ikut kami" sambil menarik dia.

Aku pun pelik kenapa boleh jadi macam itu. Jika berjumpa dengan blogger perempuan yang sememangnya aku kenali secara  tidak sengaja tidak pula jadi seperti itu. Lepas ni rasanya aku nak buat refleks terpeluk, tercium dan teraba dengan blogger perempuan jugaklah. Itu tanda aku sememangnya kenal dengan blogger perempuan tu.

Refleks tu tidak sengaja, jadi harap maafkanlah jika ternoda.

57 Orang Berskandal:

hBz said...

memory ko berape gb?

intanurulfateha (◡‿◡✿) said...

.kapten mmg hot ;p

Jard The Great said...

itu namanya.. mengambil kesempatan terhadap lelaki... hahahahhaa

akhis said...

hahaha...masa tu pkai mask pun tbalik...dpt hadiah konvo lagi...

shakinah said...

hahahaa.
niat last sekali tu takleh bla la ahfatt

rhapsody LiN said...

ak pon nk jmpe ko kapten! :p

nursarah said...

ahahaha, nasib baik ko kenalkan aku ngan ~0~ n pejazul. kalau tak sampai bila pun tak kenal diorang, hoho

Razman said...

haha. mlgnya aku dh xleh buat mcm yg ko nk wat last tu.

Ery Farieha said...

weh
aku kategory mane?
jawab2!

notso_violet : seindah bunga seri pagi said...

wow 73?

tah ape lagi eh kte nak komen...err tu je kot hee

Mogen Ali Rico said...

cite dolu dolu..oldies tu weh

Qiha Aziz said...

nasib baik aku dah pernah jumpa kau. so tindakan refleks tu takkan terjadi kat aku. selamat. haha.

♥CiK YaNNa♥ said...

xprnh plak ak trfikir nk jmpa blogger2 ni sume...

zonaku said...

hehehehe....... aku br nk kata aku ko lum jumpa... xper.. ada peluang berjumpa nnti la yer.....

tp mesti ker kita jumpa disertai ngan diorg tu?????


hehehehhehehehheheheheheheeeeee

Huda Luna said...

otak ko ram + hard disk tinggi eh?
kau ingat satu persatu cerita.

gilak lah!

haha.
kalau kau jumpe blogger perempuan
kau buat mmg tu
kompem kne jerit
xpun kne tumbuk kt tuuuutttt sedas

err
aku rasa reflect kau laju kt laki
sebab kau gay kot
hahaha

Huda Luna said...

haaa

lagi satu

masa kt gatsby
kau ngn cumey
pukul2 manja pulak kt khalayak ramai
hahah

die pukul bontot kau
ko pukul trus kepala dia
isk!

Nur Su'aidah said...

muahahaha.
takkan dengan pmpn ko nk wt cmtu jugak.
ade yg kene kick sat lg :)

muahaha. kau ni apelaaaa.

-C.Gad!s- said...

hahaha..betol tuh huda sayang..keh keh...

mule2 janji tak pkol...tapi lepas aku terpkol kuat bontot dia..terus dia jerit " sakit lah wei" dan hentam kepala aku..


hahaha..saiko ok?

but watever..jumpe ngan ko best ah fatt..walopon ko tulis poyo...
tapi kat luar ko jujur as kawan..aku suke ko! sib baik ko tak suke aku..hahaha

tangan said...

oh.kao ye yg baik ngan shakinah.hehe.aku segan dowl time tu.^^

risanur said...

tindakan refleks??secara tak sengaja...dashyat satu alasan yang menarik...
tapi akak tengok luffy ni nampak takdelah peramah tapi suka memerhati dan menilai orang...cara pandangan luffy tu mcm ada something yang dinilai...

PenuliS said...

asmaradana mgkin!!

laila said...

fuhh ramai gila okehhh

blueCITY® said...

salam ahfat...
sekurang2 bahagia punya teman disisikan..


tq singgah blog biru n komen

YobSumo said...

walaupun kau tak penah pelok cium aku. aku rasa best kenal kau. hehe.

Azuan said...

aku tahu ko dah lama nak peluk aku kan haha~

Frodo Baggins said...

ske je aku bca part pelok2 ni!
wakakakakaka .... tp nape jalak ko sepak
tp peja n azuan ko peluk? ngahahaha



>>____<<

Anis said...

hahaa
mesti best kan ,
klo uncle jumpa bloggger pmpn yg dah kawen
n uncle g peluk die dpn husband die .

tun begia said...

sungguh fofulerr uoolss, ;-)

salamm,

Kapten said...

Salam tun begia,

aku rasa popular x sesuai digunakan (bg aku ler)
sesama blogger adalah kenalan... jd ia lebih kpd perjumpaan bersama kenalan bukan mcm artis jumpa peminat

mereka2 ni semua kenalan aku dan aku tidak lebih dr mereka pun. kurang ada ler

dude said...

entri tribute terbaik dari ko bro!!

hasni said...

kenapa aku xda dlm senarai telah ketemu mereka??
hehe

hasni said...

bahaya
jangan jumpa kapten sorang ni!

alin said...

kau ni memang suka buat esei 1000 patah perkataan eh?juling aku nak bace..:p

amaL said...

tukar nama la woi.
tukar.
aku tak bagi kau ikut pergi broga kang.
hahaha

joegrimjow said...

mungkin ku org ke 100?
heheee
best ni best ni

cHeRyNa PiReS said...

ko nak jupe aku tak? (dgn syarat tangan ko mesti dalam poket k!)

peja said...

pergh..ingat satu2...mmg aku salute ah ko kapten...

seb baek ko xtrajang aku,kalo x pasni mmg aku tgk ko jejauh jela...haha


**fakta: kapten mmg blogger yg frendly =)

peja said...

aku stuju dgn pjumpaan kecil2an tu...=)

Hazzy Ishak said...

nak jumpa kapten gak...
huhu

baincardin said...

boleh buat novel ni fatt...bertajuk: Pertemuan.

pensel kontot said...

seronok korang kat times square tuh kan...

jeles nye eden

zida said...

mak aihh. gila panjang. zida kapten? muahahhaahha *nak jugak merasa ada org kenal. hahaa

~0~ said...

daya ingatan kau memang superb beb...eekekek..

lain kali kita lepak mamak plak

Bungakopi said...

hehe..aku tak rela dipelukmu

Adeqq said...

woohooo.
ingatan Ah Fatt sangat power!
selalu polish ek? hehe

-li.zue- said...

ahahahaha.
apsal aku rasa klaka ek kau ni.

hurm, pasni..kalo kita terjumpa.
jangan marah kalo aku tertembak ko guna m16.
refleks je tu.xD

asilahmuhajer said...

best lak baca pertemuan kapten dengan kawan2 blogger ni.. cepat2 la tambah sampai 100 blogger..

lotikus disarimankan said...

tindakan refleks mengambil kesempatan.
a'ah..aku pun ari tuh dh set time nak jumpa ko kan kat pelita tapi last minit kansel coz ada hal.kalo tak,bertambah sorang kawan aku.
aku pun manusia gua
dara gua.com

OREOO said...

kaptenn,
bilaa mahu ketemu aku?
ketemuu sama ibu bapa ku tross yaa..HAHA

told la hejauw said...

eh..asal nama ak xde?? hahha

AISHA SAAD said...

kapten...

hii, singgah sini balikk.
tenx sbb sudi jengokk belog aku.

waahh, ramainya dah penah jumpa..
aku satu ponn tak penah lagik..
huaaa, jeleshhh!

Boneka Tak Sakit Self-ProClaim CasaNova said...

73 tu masuk aku ke x?!
uiysh mmang ramai dol.. boleh dirumuskan disini blog meyempurnakan hidup ko kan?

ahh. best2!


susah nak bayangkan ko layan myspace mcm lawak je!

|arieza| said...

haa bila mau jumpa aku plak

alhena said...

very detail n structured :D

ddy the writer! said...

aaaawwww... kapten tggl kat ne? mane tau kite dpt ber jumpe. hehehe
ddy ade award utk awk. amik jgn x ambik

zool said...

Wah best nya ramai dpt jumpa.. mesti ramai awek cun kan..
segan nak pergi .. semua blogger hebat2 belaka

luth textile said...

korang hebat.hohoho..
meh la jumpa aku..

Movies List