Sepanjang aku menulis blog, perkara yang paling aku utamakan ialah bagaimana mahu menamatkan entri tersebut. Jika aku ada idea tetapi belum bertemu dengan ending yang sesuai, maka idea itu akan tertangguh.
Tidak aku sangka yang malam tadi, ia mempengaruhi penceritaan dalam mimpi aku. Ia bermula dengan agak suspen. Ia berkembang menjadi lebih suspen. Sebelum penamat ia menjadi sedih dan endingnya tiba-tiba…
Begini jalan ceritanya….
Mimpi itu berlaku lebih kurang jam 2.00 pagi kerana waktu aku terjaga ialah pada pukul 2.22 pagi. Mimpi itu bermula di latar tempat yang aku kenali dan watak-watak di dalamnya semua aku kenali kerana wajah mereka semuanya jelas kelihatan.
Ia bermula dengan seorang yang aku kenali mencekik aku. Aku terbaring di atas lantai dan lelaki itu mencekik aku dengan kedua belah tangannya. Dalam keadaan itu, aku meronta dan melawan untuk melepaskan cekikan daripadanya. Perasaan aku ketika itu semestinya takut.
Tiba-tiba scene berubah. Kali ini aku masih terbaring di atas lantai tetapi ada seorang lelaki berada di atas menindih aku secara mengiring. Leher lelaki di atas aku itu diletakkan pisau yang tajam oleh lelaki yang sama mencekik aku pada scene pertama tadi.
Kali itu, aku lebih takut kerana lelaki tadi kelihatan serius cuba membunuh lelaki yang menindih aku. Lelaki yang menindih aku tidak dapat berbuat apa-apa kerana ketakutan. Aku juga tida dapat berbuat apa-apa kerana berada dalam keadaan tertindih.
Scene berubah lagi. Seterusnya aku berjaya melarikan diri daripada menjadi mangsa pembunuhan oleh lelaki yang aku kenali tadi. Sewaktu berlari itu pula, aku lihat lelaki yang mahu membunuh dan lelaki yang diletakkan pisau di lehernya sedang bersembang. Apa yang mereka sembangkan aku tidak tahu.
Sebenarnya aku pelik kerana mereka berdua menjadi kawan pula walaupun pada asalnya seorang lelaki hampir di bunuh dengan pisau yang tajam oleh yang seorang lagi.
Aku berlari itu menuju ke satu tempat yang aku kenali. Di tempat itu ada ramai orang dan semuanya aku kenali juga.
Kemudian, datang dua lelaki tadi ke tempat yang aku pergi itu. Mereka berdua datang bukan dengan tangan kosong tetapi membawa pistol pula. Setibanya mereka di tempat itu, mereka berdua mengacukan pistol kepada aku dan orang lain di situ.
Entah bagaimana, tiba-tiba aku memasukkan tangan ke poket kanan seluar aku dan aku dapati ada pistol juga di dalamnya. Aku keluarkan pistol tersebut dan mengacukannya kepada mereka berdua.
Tanpa bercakap banyak, aku lepaskan satu das tembangan. Bang! Tembakan itu terkena dada salah seorang daripada mereka lalu jatuh mati.
Aku lepaskan satu tembakan lagi. Bang! Tembakan itu juga terkena dada seorang lagi lalu mati. Mereka kedua-duanya mati di tempat kejadian. Aku sudah jadi seorang pembunuh.
![]() |
| www.didkedah.gov.my |
Selepas membunuh itu, aku tinggalkan tempat kejadian dengan perasaan sedih kerana telah menjadi pembunuh. Aku menuju ke satu tempat yang berkaitan dengan dua orang lelaki yang aku kenali tadi.
Tempat yang aku tujui itu adalah rumah kepada saudara dua orang lelaki tersebut. Di tempat itu ada dua orang perempuan. Kepada dua orang perempuan itu, aku bercerita mengenai apa yang terjadi. Aku menangis ketika ingin memberitahu yang aku telah membunuh kedua-dua mereka.
Tangisan dalam mimpi itu menjadi real kerana pada waktu aku terjaga, mata aku menitiskan air mata.
Ok, bagaimana ending mimpi ini?
Selepas aku memberitahu dua perempuan tadi yang aku sudah membunuh saudara mereka, scene berubah lagi. Kali ini aku sudah dimasukkan ke dalam penjara kerana kesalahan membunuh.
Apa yang peliknya, di penjara itu aku boleh online dan menulis blog. Aku mendapat simpati daripada pembaca blog mengenai nasib aku. Aku juga mendapat liputan berita daripada luar negara. Seterusnya, aku menjadi seorang blogger yang terkenal di dalam dan luar negara.
Aku menjadi Blogger Banduan yang terkenal, apa punya mimpi daaaa!!!



21 Orang Berskandal:
penah mimpi bunuh org (adik sendiri) dan bunuh diri sendiri sendiri...erk erk...
mesti ko paling pemes dlm penjara tu kan?
hahaa
mesti uncle duk pk sal blog je seblom nak tdo tu kan.tu yg sampai mimpi lagu tu ..
daripada mimpi takut bertukar jadi sedih. kemudian bertukar jadi banduan yang femes. ni mimpi buruk ke mimpi indah?
pelik sungguh. cerite pe yg ko tgk b4 tido ni?
**baru aku perasan. ini antara post ko yg tak ending dgn kelucahan. alhamdulillah. hahaha
hahahah
first time ending tanpa kelucahan
mesti sebab ari tue hilang mood blogging..tiba2 mood dtg balik, terus semangat untu buat entry sehingga terbawa dalam mimpi
mak ai..
ganaznye mimpi..
fuhh...aku kalau mimpi thrill aku selalu leh tukar jln citer mimpi sesuka hati aku..hehe
hahahahadoiiiiiiiiiiiiii~
smlm aku mimpi lappy aku hilang then tesis2 semua ada dalam tu. sob sob sob *motif ?
bongeknye mimpi....but hey! this is one decent entry...kudos to you.
kalau dok dalam penjara bulih online, 34 tahun pun tak pe ye dak?
:)
Mimpi basahan lagi bes lah Kapten..
banyak sangat bloggin nie. bawa2 pg maen snooker ke..mari..
kalau movie ni.. ni dah kira movie saiko2..myb u dah bunuh org betul2 tp u tak sedar..myb u sleepwalking..bukan belogwalking taw :p
wahh..
hebatnye kalau dlm penjara pon boleh menulis blog
:)
mimpi mainan tidur
hmm aku pernah juga mimpi bunuh org! berpeluh2 masa banggu huhuhu..
ermm.. aku mimpi aku kene bunuh.. huhu scary gile.
emel ceta mimpi ko ne kat David Teo ..boxopis ne ... ; p
haha..
dasatla mimpi hang..
adeh la..
aku mimpi bnuh org gop tp dok masuk lam jare pom...spam
Post a Comment