Nota: Ini pernah aku ceritakan di blog lama dahulu namun entri itu nampaknya sudah aku delete. Aku ceritakan semula dengan olahan berbeza dan mungkin ada penambahan berdasarkan peristiwa yang aku ingat.
Dalam bulan Mac tahun 2006, aku mendaftar di sebuah Firma Audit sederhana sebagai pekerjaan ketiga aku selepas baru graduate. Pada pagi yang aku mendaftar masuk itu, aku dibiarkan bersendirian berdekatan rak borang kerana bakal ketua aku belum tiba.
Kemudian, datang seorang gadis dan aku dapat jangkakan dia juga staff baru seperti aku kerana dia pun seperti tidak tahu hendak berbuat apa-apa seperti menunggu bakal ketua macam aku juga. Aku tegur gadis tersebut, "Baru jugak ker?". "Ya", jawab dia sepatah dan hari itu kami bersembang sedikit.
Gadis itu cantik orangnya dengan bentuk wajah yang bulat serta kulitnya cerah. Gadis itu diletakkan di bawah ketua yang lain tetapi kami pernah bekerja bersama-sama ketika mengaudit Koperasi Polis.
Selepas aku berpindah kerja aku tidak dengar lagi khabarnya.
Sekitar Ogos 2008…
Aku, ketua dan seorang lagi rakan sekerja sedang berjalan pulang ke pejabat setelah melepak di KLCC pada masa makan tengahari. Dalam perjalanan itu kami bersembang sesama kami.
Tiba-tiba aku berselisih dengan seorang gadis yang seperti aku kenali mukanya. Selangkah, dua langkah, tiga langkah… aku berfikir seperti kenal gadis berkenaan. Lebih kurang pada langkah kelima aku menoleh ke belakang dan aku lihat dia juga menoleh kepada aku. "Zali kan?", tanya dia. "Errr...ya", jawab aku kerana terlupa namanya (aku ada sindrom lupa nama orang) lalu aku menuju ke arahnya.
Kami bersembang sekejap dan dia menyerahkan aku Business Card miliknya. Bila aku bertanya apa yang dia buat, dia menjawab yang dia menjadi partneship dalam SPA. Katanya jika aku berminat maka aku boleh join bersamanya. Aku masih tidak jelas dengan penerangannya tetapi disebabkan mahu cepat maka aku terpaksa pergi dahulu dan bercadang untuk bertemu lagi lain kali untuk bersembang.
Suatu hari dia mengajak aku keluar makan di Restoran Pelita berdekatan KLCC. Aku ingat dia datang seorang tetapi dia bawa tiga rakan bersamanya. Tiga rakannya itu sama seperti dia juga iaitu 'Partnership SPA' tersebut. Aku ragu-ragu kerana mereka mengatakan partnership tersebut menjangkau ratusan malah ribuan orang. Fikir aku mustahil sebuah partnership ada sebesar itu kecualilah ia sebuah koperasi. Bila aku bertanya lebih lanjut mereka mencadangkan aku ke tempat mereka.
Kemudian pada malam 31 Ogos dia menghubungi aku dan memangggil aku untuk menyambut hari kemerdekaan bersama dia dan katanya bersama beberapa orang rakan. Masa itu lebih kurang jam 8.00 malam dan aku berada di rumah tidak berbuat apa-apa. Aku yang tiada aktiviti keluar pada malam itu pergi ke tempat yang disuruhinya. Di tempat itu, aku lihat dia dan ramai partnernya sedang menyambut hari kemerdekaan bersama-sama. Tiga orang yang sebelum itu aku berjumpa juga ada bersama. Menyesal pula aku datang kerana ingatkan bersama dia dan beberapa orang rakan sahaja tetapi bersama berpuluh-puluh orang yang tidak aku kenali ada bersama.
Di situ aku seperti sudah mendapat gambaran apa yang mereka lakukan berdasarkan perbualan sesama mereka. Aku terdengar ayat seperti 'Target jualan' dan 'Ahli baru'. Bila aku bertanya soalan sama seperti sebelum itu, dia dan rakan-rakannya seperti tidak mahu menjawab tetapi mengajak aku untuk pergi ke tempat mereka bagi mendengar penerangan lanjut.
Beberapa hari selepas itu dia memanggil aku lagi dan mengajak aku ke tempatnya. Aku tidak menolak ajakan tersebut walaupun sudah ada gambaran apa yang mereka lakukan. Aku pergi semata-mata mahu tahu apa yang bekas rakan sekerja aku ini lakukan. Sewaktu bekerja bersama di Firma Audit dahulu, aku lihat dia ada peluang yang cerah menjadi Akauntan dan dia ada minat dengan Audit tidak seperti aku. Fikir aku mengapa dia sanggup meninggalkan tempat yang dia minat semata-mata mahu ke tempat yang aku rasa cukup meragukan.
Pada hari yang dijanjikan, aku bertemu dengannya di syarikat yang dia dakwa sebagai Partnership SPA. Mula-mula dia bawa aku melihat produk-produk SPA yang mahal. Ketika itu aku lihat ramai anak muda samada yang sudah menjadi ahli dan ada yang baru di bawa meninjau seperti aku.
Dalam perjalanan itu beberapa Partner aku temui dan setiap kali bertemu mereka pasti sedikit ceramah dengan penuh kata semangat mereka berikan. Tidak silap aku bermula dari pintu masuk, meninjau dan naik ke lif rasanya lima orang berceramah kepada aku dengan penuh bersemangat. Apa yang mereka katakan semuanya hampir sama tetapi mereka mengelak untuk bercerita lebih lanjut mengenai apa yang mereka lakukan sebaliknya lebih kepada apa yang mereka bakal dapat. Perkataan 'Kaya', 'Mewah', 'Senang', 'Apa guna bekerja' dan sebagainya kerap mereka gunakan.
Di tingkat dua bangunan tersebut ada banyak meja yang digunakan untuk berceramah kepada bakal-bakal ahli baru. Aku ditempatkan di sebuah meja dan diberi penerangan oleh seorang perempuan sambil dikelilingi oleh dua atau tiga orang lainnya yang mereka dakwa adalah anak buah kepada perempuan tersebut.
"Ini bukan MLM", antara kata perempuan tersebut tetapi dari segi penerangannya ia sememangnya MLM. Dia dakwa ia bukan MLM kerana sewaktu mendaftar (kos RM2200), ada produk SPA yang diberikan sebagai harga pendaftaran. Maknanya, mengikut kata dia pendaftaran adalah percuma tetapi bayaran tersebut adalah untuk membeli produk.
Entah bagaimana kawan aku itu boleh melabur sehingga RM10,000 lebih sedangkan dia adalah budak akaun. RM2,200 untuk produk yang kelihatan mahal tetapi sebenarnya tidak mahal. Mark-up kos mungkin mencecah 90% bagi menampung komisen setiap ahli yang terlibat. Kemudian, tugas utama mereka adalah mencari ahli bukannya menjual barang yang secara jelas menunjukkan ia MLM.
Lebih kurang 3 jam perempuan itu berceramah dengan aku sambil dibantu oleh anak buahnya. Mereka juga memujuk aku untuk menyertai mereka tetapi aku hanya menjawab, "Nantilah... aku fikir dulu".
Lebih kurang jam 11.30 malam barulah aku dilepaskan untuk keluar daripada bangunan tersebut. Di luar pula datang seorang lagi yang tidak diundang berceramah kepada aku seterusnya melambatkan aku yang mahu pulang.
Bila aku pulang kepala aku pening. Kepala aku over-loaded dengan maklumat apabila cukup ramai yang memberi ceramah kepada aku. Serik aku mahu masuk sarang MLM walaupun sekadar mahu tahu apa yang kawan aku buat.
**********
Orang bekerja mendapat wang setelah melakukan kerjanya sebulan. Orang berniaga mendapat wang setelah mempromosi dan menjual barang dan perkhidmatan kepada orang. Orang MLM pula mendapat wang setelah mempengaruhi orang.


37 Orang Berskandal:
Salam bro
sedih bila kwn2 sendiri tipu psl ni..
ajk nk blanje mkn..upenye nk dgr MLM
duit...ape lg yg lebih pentg skrg ni?
nk senang tu susah...sll nya diorg tak jujur bgtu camne duit tu boleh dapat
Menyampah gila ngan MLM ni..=[
Saya pun dah byk kali amsuk sarang MLM. Rasanya smua MLM yg ada kat msia ni saya pernah pergi ceramah nya. Saje isi masa lapang dan tgk org2 muda yg bersemangat unt kaya. Modus operandi diorg smua sama..kebanyakan tdk berterus terang sewaktu ajak kita masuk sarang mereka. Mereka tunjuk kemewahan dgn blanja kita sblom tu. Selepas 2,3 tahun kejadian :saya rasa saya lbh kaya dari kwn2 saya tu smua. Dlm ramai2 tu takde sorg pun yg lbh hebat dari saya skrg. Bkn nak berlagak ke apa..itu hakikatnya. Kebanyakan drpd mereka jatuh miskin akibat modal yg dikeluarkan tak dpt malah mereka terpaksa mananggung hutang pula. Sesungguhnya bkn senang nak jadi senang. Hemmmm
setuju tang last tu.. org MLM dpt duit sbb pandai CAKAP
aku pon dah banyak kali kena bro...adoii...pelita...pelita...
erm.
rimasla MLM ni.
asalnye mende tu memang untuk bisnes tapi makin lama dah jadi macam penipuan pulak..
aku boring gila MLM nih... kadang aku join cuma sebab nak beli produk dengan harga murah... tapi namanya nak mencarik ahli lain tu, memang takde makna laaa... Kose ai tau...
diorg tak ada modal lain selain hasut org join diorg..
kalau nak cepat kaya usaha la lebih..ni hasut org joi diorg pastu melabur..diorg yg kaya..kita terkial2..
argh,aku dah serik bila janji nak belanja aku makan, sekali belanja aku dengar khutbah free sekali. serik!
mlm nie banyak cara kan huhuu.
sampai skrg, aku x pnh paham mende ni. hahaha
bila dalam situasi ni, rimas perut bukan?
banyak kali terkena, pernah jadi ahli sekali.
tu yang last terkubur. huhu
haha.. betol2!!
dlu pernah terjerat gak dlm sarang MLM. seyesly diorg bekerjasama untuk memujuk smpai kita stuju!
T_T
saya pun da banyak kali jumpe dgn orang mlm ni. tambahan pulak housewife kan lagi la ingat senang nak influence. mulut memang manis. bila ckp tak nak lain kali jumpe buat tak kenal je.anyway not everybody can be fooled right? sape yg dah pernah kene tu berhati-hati lain kali.don't let the banana fruit twice hahaha.....
ehehe.. aku pun penah kene gak mcm ni. tp aku jawab. "maaf, saya tidak minat berniaga atau mempengaruhi orang lain" :D
Boley kaya dengan MLM ni..
ak pn bnci giler ngn MLM ni.. ska sgt desak2 org...klo jenis yg mudah kesian hbs la..
aku suka ikut bdk mlm. dpt mkn free. diorg paksa2, aku ngamuk terus maki hamun. diam semua cuak. tp lepas makan la baru aku maki.
akak pun tak suka bila orang nak ajak gi dengar MLM...memang akak akan mengelak seboleh2nye...akak pun penah dipelawa utk dengar pasal SPA ni...malas den, baik gi tempat lain yang berfaedah...
sedih tengok orang yang tak pernah serik2 dengan MLM walau telah terkena banyak kali. nak kaya cepat punya pasal.
MLM ni yg untung org atas jek la, goyang kaki. yang bawah ni. berpeluh buang air liur.
sama jugak kawan lama yg sengaja dtg jumpe kita...ingatkan nak jumpe smula, rupanya target nk jual insurans...
memang hangin ngn org mcm ni...
apa yg dia dapat dgn mengenakan orang...
thanx singgah ke blog haku yang xde apa2 tuh,
skrg ni ade MLM versi ajaran sesat pulak.hurm..mmg byk betul idea nak tarik org.
adak gak kawan ajak.. tap cukup tak berminat.. hohoho... er.. pertanyaan incek ah fat saya dah jawab dalam entri baru sy... kalo jumpe leh blanje sy makan yer.. hahaha.. =P
aku x pernah berminat dgn MLM
ramai gak kwn2 aku y ajak join mende ni
tp bile aku pk berkali2
sbnrnye x de keuntungan y aku dpt dr MLM ni
sbb akn mengkayekan owner die.
kite just dpt suku sje.
bek aku wt bisnes sndr jd bos sndr
lg untung.
xde bakat xde bakat malassss.
mcm kena torture je dlm sarang tu.
ouh mcm ni ye care.I'm first timer ;p
>>____<<
MLM ~ Meeting Larut Malam
ya baby!!!
nota bawah ko memang mantap!
nioe asal nie 2 entry xde lucah nie ko dah nak ubah style apa??
aduih xstim la aku camnie
owh
aku sudh terkena
aku mnyesal
duitku habis lebur mcm itu saja
rm1800
kalu aku shopping mcm2 aku dpt
mnyesalnya...
xtau apa dalam kepala otak
mcm kena pukau jak
kluarkan duit dr atm tnpa ragu2
haish
kawan aku dah kene tipu 15 ribu. ish, susah aku nak cakap apa.
nak dapat duit bukan senang. kalau la mlm ni berjaya, tak payah masuk u, kerja susah, buat benda dah. tapi, tak de pun yg kaya dengan mlm ni. okla maybe ada, orang atas dia.
waaa...sbaik xkene tpu..sbb diorg2 yg cmnie..sumtimes ade baca2 cket tuk trk org..klu jumpe lg..dgr jer..tp jgn pndg mata...hahaha
MLM ni orang atas best la
so, kawan hang tu kaya tak lepas join MLM tuh..?
skang apa cite die?
update sikit nak tahu..
haha~
Post a Comment