Nota: Idea entri ini datang setelah membaca dan berbalas komen dengan Ann-Annatasia di entrinya yang bertajuk Being The Youngest Is Not Everything
![]() |
| September 2009, USM Kampus Utama, Pulau Pinang |
1981…
Aku dilahirkan sebagai seorang lelaki. Aku membesar sebagai lelaki tulen secara luaran mahupun dalaman. Tidak pernah sekalipun aku teringin menjadi seorang yang lemah gemalai aka Nyah mahupun menjadi seorang yang terangsang melihat lelaki lain aka Gay.
Padahal sebenarnya, menurut emak aku, ketika aku dalam kandungan, aku didam-idamkan sebagai anak perempuan. Pada masa itu, belum ada lagi teknologi scan ke dalam perut ibu mengandung bagi mengetahui jantina bayi dengan lebih awal. Jadi, sepanjang tempoh kandungan itu, ibu bapa aku hanya mampu berharap yang aku ini adalah anak perempuan.
1986…
Adik perempuan aku dilahirkan pada tahun tersebut. Jarak umur kami jauh berbeza yang aku andaikan mungkin selepas aku (yang sepatutnya terkahir), ibu bapa ku masih belum berputus asa untuk mendapatkan anak perempuan setelah tiga anak terawal mereka semuanya lelaki. Setelah penantian itu berakhir maka adik aku tiada adik di bawahnya lagi.
Selepas itu, aku sebagai anak yang beberapa tahun menjadi bongsu telah berubah status selama-lamanya. Mungkin dalam jiwa kanak-kanak aku ketika itu ada perasaan cemburu yang tidak aku sedari. Apa tidaknya apabila adik aku mendapat pembelaan, perlindungan dan kasih sayang yang melebihi daripada apa yang aku dapat terutamanya dari emak dan juga abang aku.
Bila terjadi keadaan sebegitu, aku menjadi pemberontak dengan membuli adik sendiri. Apa sahaja yang dia ada aku rampas. Apa sahaja yang dia buat, aku kacau. Bila ada peluang, aku belasah dia sebelum melarikan diri. Dengan sikap pemberontak tersebut aku kerap dijadikan mangsa kepada Mahaguru Kungfu Tanpa Bayang. Itu membuatkan aku terus tidak berpuas hati dan terus menerus membuli adik sendiri tanpa belas kasihan.
Tempoh membuli itu berlaku dalam tempoh yang panjang sebenarnya. Seingat aku, ia berlanjutan hingga aku pada tahap sekolah menengah rendah (tingkatan 1-3). Apa yang aku ingat pada masa tersebut ialah pernah sekali adik aku duduk di bawah rumah bersendirian dan aku yang baru keluar dari rumah melihat dia lalu terus berlari ke arahnya. Kemudian aku melompat dan memberikan satu tendangan padu di belakangnya dan dia jatuh tersungkur di atas tanah. Selepas itu, aku terus berlari menuju ke rumah kawan aku dan berlakon seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Apabila aku pulang, aku takut di pukul oleh emak, jadi aku masuk ke rumah perlahan-lahan. Namun, hari itu tiada apa-apa yang berlaku kepada diri aku. Mungkin adik aku tidak laporkan peristiwa tersebut kepada emak aku. Semestinya aku kelegaan ketika itu.
Lama kelamaan bila aku sudah masuk ke umur menengah atas (tingkatan 4-6), aku sudah mula berfikir yang aku tidak patut memukul adik aku sendiri. Di situ tamatlah pembulian aku secara keganasan dan bertukar pula kepada pembulian secara halus.
Membuli secara halus aku lakukan dengan mengongkong aktivitinya dan mengarah sebarang kerja kepadanya. Alasan yang aku selalu gunakan ialah dia adalah anak perempuan maka aktivitinya tidak boleh terlalu bebas. Jika dia hendak keluar bersama kawan-kawan sekolahnya (semua perempuan), aku biasa menyebarkan dakyah palsu yang dia mahu pergi dating agar dia tidak dibenarkan keluar rumah ataupun selepas itu dia dibenarkan keluar tetapi setelah dibebel oleh emak aku. Perasaan aku ketika itu semestinya puas.
Dia juga sebagai anak perempuan harus pandai membuat kerja-kerja rumah yang aku rasa memberi keuntungan kepada aku. Contohnya, aku arahkan dia membuat air untuk aku ketika dia sedang asyik menonton TV. Aku arahkan dia membasuh baju aku (menggunakan tangan) walaupun sebenarnya aku telah dibiasakan membasuh baju sendiri semenjak kecil. Bila lapar pula, aku suruh dia memasak dan bila aku lihat rumah tidak kemas, aku akan marah-marah kepadanya agar dia mengemas rumah. Kerja aku hanya makan, tidur, main dan menjadi tukang arah sepenuhnya.
Sepanjang tempoh tersebut sebenarnya aku bukanlah rapat dengan adik aku kerana kami dengan hal masing-masing kecuali bila ada bersama maka aku mengambil peluang untuk membuli dia. Semuanya sedikit berubah bila aku masuk ke alam pekerjaan dan tinggal berseorangan. Kebetulan masa itu aku baru putus cinta jadi ada masanya aku kebosanan dan tidak tahu hendak bersembang dengan sesiapa.
Bermula dari saat itu, bila aku kebosanan maka aku akan telefon adik aku yang pada masa itu belajar di USM Kubang Kerian, Kelantan (dia pandai bercakap loghat Kelantan setelah berada 3 tahun di sana). Aku sembang apa sahaja dengannya kecuali mengenai hal-hal perempuan, awek ataupun percintaan (aku memang tak pandai share benda-benda macam ni dengan keluarga). Ada masanya top-up aku yang baru sahaja di isi aku habiskan semuanya semata-mata menelefon dia.
Kini, dia sudah berada di Labuan dan bekerja di sana. Aku masih lagi menelefon dia pada bila-bila masa jika ada apa-apa yang mahu disembangkan ataupun ketika aku sedang kebosanan tiada teman bersembang. Namun, pembulian aku masih berterusan dengan mengarahkannya melakukan kerja untuk aku terutamanya apabila kami pulang ke kampung bersama-sama.
Itulah bagusnya apabila memiliki seorang adik perempuan. Walaupun pada masa kecil aku cemburu kepadanya lalu membulinya, namun apabila sudah besar dialah orang yang menjadi tempat aku bersembang sekali sekala. Sebaliknya dengan dua orang abang, aku tidak berbuat begitu pula kerana aku seperti tidak tahu hendak bersembang apa dengan mereka melalui telefon.
![]() |
| Hakmilik Joegrimjow |
Kalaulah aku ada seorang kakak mungkin dunia aku akan lebih indah. Yalah… adik perempuan boleh jadi teman bersembang manakala kakak boleh jadi tempat aku bermanja walaupun usia sudah semakin meningkat.
Jikalau pada usia begini aku masih mahu bermanja dengan kedua orang abang aku… rasanya mereka akan muntah darah kerana memiliki adik lelaki yang sudah tua tapi gedik tak sudah. Silap haribulan aku dibelasah kerana perangai menggelikan kalah Mak Nyah.



61 Orang Berskandal:
aku pun lebih rapat dengan yg perempuan~
hahahha
pembuli adik sendiri!!!!
tendang siap!! adoi la kapten.
gila eh
kau tendang adik kau
mujur dia normal jak kan
apala kau ni
.knp adek kau cntik? ;p
gambar ko dengan adik ko tu gambar black & white ataupun gambar colour, tapi ko black dia white? aku agak keliru.
mak ai kalau boleh buli kau ni.
tapi aku pun sama gak dgn kau dulu.
tapi takda la seganas tu. takat hentak manja jek..
hihi
asal adek kau lain dr ko?
ahahahhaa
aku takde adik.
tp aku x manje dgn akak2 or abg aku
huhuhhu
pembuli...
mcm abg aku...
huhu ;p
best jadi anak bongsu
heheheeee
teringin ade adik untuk di buli
emmm
xpe la
akak pon bleh je buli
:)
hahaha
ni baru mengereratkan silaturahim :)
lar...ingt awal tadi nak cerita jantan tukar jd nyah... hahaha.. *tersalah tafsir pulak* LOL
kenapa anis x de peluang buli adik anis macam tu ???
seb bek aku xde abg cam ko.
plus, aku ank tunggal.
xde org nk dibuli, xde sape nk buli aku,
hehehe
tp, xmasyukkk gak. edup aku boring.
tp, dh lme2 dah bese.
=)
uissshhh uncle ah choy aku jahat!!!! cetsssss..
Nasib baik da berubah..
Jap jap, ayat last skali tu apa maksud? Adakah ko memang menggelikan kalah mak nyah? wakakakakak
adik beradik mmg byk ragamnya...")
ish.ish.knapala tendang adik pula..ish.ish.ish.
bee ada adik..tapi bee suka buli abang bee drpd adik..adik dulu nakal..lari sana sini..uhh..penat..bee buli adk bee dgn menyorokkan barang kesukaannya..hehehe..contohnya playstation..huahua,..bole tengok tv puas2..
nasib baik nama abang aku bkn kapten ya.
HAHA.
perenggan akhir boleh buat orang guling-guling.
aku 1st time kot bace entry ko smpai abes..ihiii..
aku seorang kakak..dan aku jugak seorang pembuli..hahah..best la buli..best gile..hihihi..
cuba kau buat abang kau cam kakak...mesti dia gumbira...
hikhik... kelakar ayat last tuh... mestilah abis muntah darah abang-abang u... hiakss..
baca i punya entry gak ye.. klik bertubi-tubi kat sini >>BAGAIMANA NAK JADI BLOGGER YANG DIKENALI RAMAI DENGAN BERKESAN !
X pernah buli adik.. Xde adk.. Gwa bungsu.. Abg2 je asik buli gwa.. Hahah
hahahaha,abang yang jahat,ske buli adik
tapi sekenat kenat abang tue pun,tetap disayangnyer adik tue
huhuhuhu
abang kat dunia nih memang satu spesis..
CEH!
nape rasa macam penah tgk gambor ataih ni.?
cara hang buli adik hang tu buat dia jadi pompuan yang betul2 pompuan.
mesti dia berterima kasih ngan hang skang nih.
kalau tak kerana hang udah tentu la dia x rajin wat kerja rumah.
sayapun sayang abang saya.
satu2nya abang yang saya ada..=)
this is so sweet!
tapi kebinggunag elemet lucah dah xde! nie satu hal juga nie! hahah
tapi nie sgt sweet!
masa aku baca hati aku tegelak sendirian! sebab aku pown dulu buli adik perempuan aku yg aku xberapa nak syg tu hahaha
tapi adik perempuan yg aku syg tu aku xpernah buli!! heheh.. double standrt pulak aku!
hmmm
aku pown kdng2 teringgin nak ada akak!!! akak selalu yer loving sikit kan!
seronok ada adik perempuan. tp slalonya aku yg kena buli dgn dia. ceh!
bhahaha~
manja ngan abang siyesli rasa pelik.
sbb apa tau lebih rapat ngn adik beradik pompuan...sebabnye adalah..pompuan tu biasanya penyayang...hehe ;->
sy pun rapat ngn kakak n really be youngest is not everything
hey...ame pun buli penguin...biasela...and dia orang rapat. blaja pun kat tpt same. penguin pun manje takde adek. blood is thicker than water....
Biasanya memang gitu... Semakin kita matang, baru kita jadi rapat... Semua gaduh-gaduh, sepak terajang, buli membuli masa kecik-kecik dulu bila diungkit, cuma mendatangkan gelak ketawa... Adik beradik aku ada lapan, aku nombor empat... Jangan kata buli adik-adik... Kakak dengan abang pun aku buli jugak... Bess gilak!! Muahahhahahahah :P :P :P
asal tutup muke bro...
hahaha..dek ko sebaya ak lah!!
23 tahun aku hidup sebagai anak bongsu perempuan. aku ada 2 adik lelaki yang aku selalu gaduh sampai berdarah bibir/bengkak2 tangan. Yeah, kami ganaz. (sebab ini kot aku kasar sampai la ni-ok, kuar tajuk). 8tahun lepas-aku dapat 'instant' adik perempuan bila ayah aku kahwin dengan mak tiri aku. Walaupun aku dah besau time tu-aku suka buli dia&aku tiba2 jadi kuat mengadu (saja kasi dia mengelabah~ haha). Sekarang dia (adik tiri aku) dah form 4 dan aku still buli2 dia bila aku balik rumah ayah aku. waarghhahahaaaa.. (gelak jahat).
bagus juga punya adik. aku tak punya adik, tapi aku lagi ingin seorang abang mcm kau, boleh menggedik bermanja bersama. hahha
hai abang ipar hahahhaha
bagus jugak ada adik perempuan.
pening jugak ada adik lelaki.
haddoi.
tp aku ada kakak.
hehehe.
he...23x bg bro gelak gulik2 seround dua ek
ok ok dah normal balik nie
bro ade adik perempuan.. setahun leh kira dgn jari berapa kali bertegur... setahun leh bilang berapa kali bertembung mata..
erm... dh khwin die nnt entah la cam mne he..23x
moga dia pandai jaga diri dia
BroFramestone Blog
mak ai!!! tendang perut adik?? ahahahha
aku pown ade abg..tp abg aku x buli aku..hoho~
teringat kisah I mengamok bila tau mak pregnant time umo 16 thn sebab takut dapat adek perempuan. Bila lahir si kembar perempuan, I asek seksa mummy mtk itu ini dengan wajah sedih.sebab mummy tkt bekas princess tunggal merajuk ati, semua die bg.wahahaha... kesian mummy.dah masok matrix baru bley pkey.dah x buat dah macam tuh.ngeeee... bezanya kisah kite, u seksa adek u, i plak seksa mummy I.adesh... kenangan2....
bagi aku
being the youngest is everything
yeahh
comel weh adek ko heheh...
ciannya kena buli..
tp syg aku xda abg:(
uish kapten...
serius kaki buli..
sian adik ko kena tendang
nasib baik la die takde masalah skt jiwa disebabkan kena buli ngn ko..hehe
tetibe aku rase cm tingin lak nak bace luahan perasaan dari side adik ko pulak...pasal ko..
nk tgk camne lak die nak cite...hehe
btw, aku tag ko dpi blog aku..sile jawab yer.. :)
tak dapat bayangkan kalau kau terajang bini kau nanti
ha ha ha
ko bayangkan ko ada abang cam aku..mesti lagi rock dunia kau..mwahahaha
aku pn berenti buli adik n berkasar ngan diorg bila masuk form 4
h0h ganas arh~
;)
ko tak rapat dgn abg2 ko sbb ko takut kena buli kan?
Adoiii..malangnya jadi adik kau..
Ntah²,isteri kau pun nanti kau buli tak..hehehe
aku takde abang yang bole manjamanja.haha
adek single lg ke?
kalau adik perempuan rajin xper lah
aku ade 2 adik perempuan and aku jauh gile dengan diorang..sedih gile tak dapat jadi abang
Serius gelak guling-guling baca, Tapi memang, adik lelaki jarang nak share apa2. HAHH
patut aku tak reti membuli dan baik orgnya. aku takde adik pompuan:P
hahahar... mmg best ada adik pompuan... bole suh dorg masak2... :D
jadi.
perlukah aku telefon talian NUR?
untuk report pasal pembuli macam kau ni?? ahahahaaa
kapt.ko wat gedik kat abg2 ko tu..care gedik2 ayu gtuw..bru diorang cium2 syg kat ko..kah2
siyes best weyh.abang ak da tua pon duk menggedik ngan kakak aku..huhu
sib baik abg aku tak macam ko,. situasi dia sama ngan ko,. ader 2 org abg kat ats, aku last bongsu,. GUMBIRA!!!
nasib baik ku xde abang....tp xbest jugak.. kalo ade abang leh la ku buli suruh anta ak sane sini. hehhe,..
aku rasa entry nie mesti hot ka sebab aku rasa semua ada kenang tersendiri!
hurmm
BTS
Post a Comment