Friday, April 23

BUDAK BARU GRAD DAPAT JAWATAN BESAR

Nota: Ini kisah benar


Kisah ini berlaku sekitar tahun 2006 yang mana tahun itu aku baru mula memasuki alam pekerjaan.

Aku grad pada September 2005 dan selepas itu aku pergi ke Johor Bahru menumpang di rumah abang sulung aku. Kemudian, aku mendapat pekerjaan pertama pada bulan Disember 2005 di Kuala Lumpur. Masa aku dapat pekerjaan itu, aku tiada kenalan di Kuala Lumpur maka semuanya aku terpaksa usahakan sendiri dari mencari rumah sewa dan belajar sistem pengangkutan awam yang ada.

Kerja pertama aku itu dalam Bidang Akaun dan ia tidak bertahan lama kerana jiwa muda aku inginkan sesuatu yang lebih baik daripada itu. Selepas dua bulan, aku berpindah kerja ke Firma Audit kecil (ada pengalaman menarik ketika itu). Di firma Audit itu aku juga tidak bertahan lama iaitu dua bulan sahaja tetapi bukan disebabkan oleh aku tetapi pemilik Firma tersebut.

Selepas itu, aku mendapat kerja pula di Firma Audit yang berstatus sederhana. Di situ aku rasakan aku sudah dapat apa yang aku mahu tetapi aku mendapat tawaran lain untuk berkerja di Bidang Akaun semula. Dikaburi dengan perasaan yang aku mungkin akan dapat lebih baik maka aku tinggalkan Firma Audit tadi dan menerima tawaran tersebut (jika aku kekal dengan Firma Audit itu rasanya sekarang aku boleh jadi Akauntan).

Di syarikat baru aku itu rupanya apa yang berlaku tidak seperti yang aku harapkan (pengalaman paling buruk ketika itu). Bertahanlah aku tiga bulan sahaja lalu meninggalkan pekerjaan keempat aku dalam masa tujuh bulan bermula Disember 2005 hingga Jun 2006.

Selepas itu, aku jadi penganggur dengan kesempitan wang dan hidup bersendirian di Kuala Lumpur. Lebih kurang dua minggu lamannya aku menganggur dan pada masa itu aku sudah berputus asa yang sekiranya aku tidak mendapat pekerjaan kelima (pekerjaan sekarang) maka aku lebih baik pulang ke kampung sahaja.

Dalam minggu pertama daripada dua minggu itu, aku berjalan ke sana ke mari untuk mencari pekerjaan. Aku katakan kepada diri sendiri apa sahaja pekerjaan yang aku dapat akan aku ambil. Masa itu aku memang cukup terdesak.

Pencarian aku itu tidak sia-sia apabila aku dipanggil ke satu temuduga di sebuah syarikat yang mendakwa mereka agen pasaran saham (lokasinya di belakang Bank of China, Ampang Park).

Dua hari selepas temuduga, aku dipanggil mendaftarkan diri. Apabila aku mendaftar aku dikatakan akan diberi latihan selama seminggu bersama lebih kurang tujuh orang lainnya sebelum disahkan jawatan. Tujuh orang yang lain itu ada yang memegang Diploma, Ijazah dan Master.

Hari pertama dimulakan dengan sesi perkenalan sesama kami dan ada seorang jurulatih yang melatih kami. Dalam sesi perkenalan itu, jurulatih yang lebih banyak bercakap dan topiknya adalah random kerana dia tidak ada syllabus ketika melatih. Topiknya yang random itu termasuk keinginannya membeli sebuah kereta mewah (lupa namanya tetapi ia sejenis kereta kecil) dan dia kata kami mampu membelinya juga sekiranya kami telah disahkan kerja itu.

Latihan kami seterusnya ialah kami diberikan sebuah graf turun naik pasaran saham dan kami dilatih untuk menganggarkan turun naik pasaran saham melalui kiraan matematik mudah. Aku sebenarnya mula pelik ketika itu kerana mereka tidak mengambil kira situasi semasa dalam anggaran mereka tetapi hanya berpandukan kepada kiraan matematik mudah sahaja.

Hari-hari seterusnya itulah sahaja yang kami lakukan dan kebanyakan masa kami hanya duduk bersembang tanpa berbuat apa-apa kerana latihan kami teramat mudah untuk diselesaikan.

Hari sudah masuk hari keempat dan sememangnya pada masa itu keraguan aku sudah tinggi kepada syarikat tersebut. Aku tidak tahu apa yang mereka lakukan kerana mereka hanya mendakwa mereka agen pasaran saham tetapi aku tidak pernah melihat pelanggan mereka kecuali hanya kami sahaja sepanjang tempoh itu. Aku juga melihat yang stafnya hanya ada empat orang iaitu tiga jurulatih dan seorang receptionist.

Hari keempat itu barulah diterangkan peranan dan tanggungjawab kami. Kami diberitahu yang kami perlu mencari pelanggan untuk melabur ke pasaran saham dengan meyakinkan pelanggan kami bahawa kami boleh membuat anggaran pergerakan saham dengan teknik matematik mudah. Minima pelaburan adalah bernilai RM10,000.

Mereka juga menggalakkan kami melabur sendiri ataupun menggalakkan saudara mara untuk melabur atas nama kami sebagai agen. Daripada pelaburan itu kami akan dapat komisen.

Di situ baru aku jelas dengan apa yang kami lakukan sebenarnya. Apa yang kami bakal lakukan ialah memujuk saudara mara atau rakan terdekat untuk melabur bersama kami dengan janji manis yang kami akan pastikan pelaburan mereka akan memberi pulangan lumayan di pasaran saham. Padahal sebenarnya kami sedikitpun tidaklah mahir dalam pasaran saham.

Sebelum pulang pada hari itu, aku dan rakan-rakan dijanjikan akan disahkan jawatan pada keesokan harinya. Kami juga dibahagikan kepada 3 kumpulan yang mana setiap jurulatih mengambil dua atau tiga orang menjadi orang bawahannya. Jurulatih itu memegang jawatan Manager manakala aku dan rakan-rakan pula akan dilantik menjadi Assitant Manager.

Esoknya aku tidak datang lagi ke tempat itu. Manager telefon dan marah kepada aku dan tiga hari selepas itu aku mendapat panggilan temuduga untuk pekerjaan aku sekarang.

**********

Enam bulan selepas itu, aku jumpa salah seorang daripada mereka dan dia menaiki LRT sahaja dan bukannya kereta mewah seperti yang diceritakannya. Setahun selepas itu, aku jumpa lagi salah seorang daripada mereka menjadi pekerja part-time di tempat aku bekerja pula (sekarang sudah pergi entah ke mana).

Aku rasa empat hari bersama mereka itulah adalah hari paling bodoh aku ditipu bulat-bulat oleh mereka.

Belajar tinggi-tinggi bukan ukuran kebijakan dan lihatlah ramai diluar sana mudah diperdaya. MLM, Skim Cepat Kaya, penipuan internet dan bermacam-macam lagi kebanyakan mangsanya ialah mereka yang terpelajar juga. 

49 Orang Berskandal:

budakhitam said...

macam ni pemikiran orang melayu? sampai kiamat la tak berjaya..kahkahkah..bosan aku dengan ayat scam ni

hakimfaridzul said...

saya setuju!
dah betulke dengan perniagaan internet yg diwar-warkan sekarang ni.
contohnya yg andy lala masuk tuh, unstoppable!
ade komen?

Syeeda7 said...

Ini semua bergantung pada rezeki + usaha...

ada ijazah skrg pon ssh nk keje...

dude said...

MINI COPPER hantar servis bohhh....;)

.alie. said...

pengalaman semua tu.pengalaman aq macam mana agaknya.tercampak di semenanjung timur agaknya..

Kapten said...

ya Mini Copper... kekeke

Azuan said...

nasib baik ko tak diperbodohkan~

Qiha Aziz said...

tahun 2006 aku baru masuk degree. nasib baik kau notice kepelikan diorg. kalau tak entah apa jadi lah skrg kan.

noor afzan said...

sayagrad 2008 ye..

Pensel Kontot said...

Masa bro Grad degree...aku baru gred diploma....

HEMY said...

ni mesti forex...hehehehe...tp itu sume dugaan untuk cabaran dan pengalaman hidup

Nur -al- Ain said...

ni kisah diri sendiri ke ape ni? hehe ;p

Adziim said...

biasalah, kdng2 tawaran terlalu menarik untuk ditolak dan tidak tertipu.

otak ketat said...

mini cooper kete idaman aku! hahaha.

joegrimjow said...

hehe
ku pon buat mlm
ok je skrg ni
;)

rhapsody LiN said...

tu smua rezeki masing2 rasanye.. :)

n@m@n said...

yang dekat parlimen pun sama, pelajaran, jawatan tinggi tapi......

zonaku said...

hehhehehe...
cabaran hidup

Nadya ©™ said...

audit firm tak besh..tapi aku suka..HAHAHAHA

zaiMi said...

fuhh nasib baik ko termasuk dalam golongan yang cepat sedar. kalau tak mesti skang ni ko jadi macam yang 3 orang lagi tu.

I n n z said...

tindakan anda sangat bagus.
oke. nk tido.
slmt mlm ~~~
malam taw bukan MLM =D

ada said...

tersedak baca entry kali ni,. coz baru lepas post entry baru cakap dapat keje,. hohoho

cHeRyNa PiReS said...

di belakang bank of china?!!! amboii...dekat dah tu~! eh, kita grad time yang sama:)

nywayz bro...biasalah, takde mende yang senang dalam idup. lagi teruk bila budak fresh grad tak reti bersyukur tau:)

AISHA SAAD said...

errkk??
betoll jugakk.
tapi kadang2 takde kelulusan ponn payah jugakk.

depends la kan, depends on cam mana some1 tuh punya effort.
risau tau nak grad nnti. huhu

°° ♥ p a A n i ♥ °° said...

ish. aku jd cam takot lak nk masuk alam bekerja. T___T

Wanie-san said...

belajar dari kesilapan..tkt plak nak menjejak ke alam pekerjaan..

ct fad said...

emm..ni kisah ko ke..mcm nk jwb exam aku bace..tp,mmg byk kes camtu..tp,lg byk org duk ikut..excited sgt le ktekan..huhuhu

Hazzy Ishak said...

nasib baik tak tertipu

|arieza| said...

derhhhh agen pasaran saham.. katernyerrrrr~ benci tau org2 MLM ni.. hoh. xde rezeki dtg mencurah tnpa usaha. propa kan!

jane said...

aku tk paham nape org leh fikir nk jln singkat utk kaya

ingt nak kaya senang ke?????
nk duit byk, kene la stimpal ngn usaha

adoilahhhh
tk paham aku


hope aku leh kekal ngn keje aku yg 1st ni ever after
ngahhahhaha


p/s : kau majuk ngn aku ke ah fatt? asal lama tk singgah?

jedi said...

kekadang kita kabur dengan duit beb....

Anis said...

kalau la sng je nak kaya .
x de sapa nak kerja pnt2 .

lotikus disarimankan said...

semua nak kaya cepat

'AQILAH said...

aku baru nak mencuba niaga internet. haha.

Katak Ijau said...

banyak sgt kes gitu zaman sekarang kan...
kesian kat bdk2 freash grad yang tgh cari keje nih..
kena tipu bulat2 jer ngn org yg nak kaya ngan jalan mudah ni....hurmmm

Anonymous said...

tekan2 refresh buton banyak kali!! aku! betol ke xde kelucahan dlm entry ini hahahah !!

aku benci MLM..

BTS

Mak Su said...

itu yang tak suka tu :(

hana devushka said...
This comment has been removed by the author.
hana devushka said...

ye la..kalau nk kaya tanpa usaha..kna tipu la jwb nye..

avid gunner said...

kah kah...nasib ko pakai otak ko..

ismishahril said...

MLM = Mari Lepak Menyembang

||| PöJìé PööH ||| said...

hahahah betullahhh!
lain kali pakai otak jgn pakai kaki!!
MLM = meniaga larut malam.. wakaka!

blueCITY® said...

salam ahfatt,
saya byk dah involve dalam menda2 mcm ni
pernah temankan kawan g engar nd lala ceramah bzness dia tu la, kawan i masuk.. entah apa citer dia sekarang.
i tak mudah dgn seme benda2 ni
sebab pernah ikut kawan melabur gak dalam tenet ni, tapi hamperh gah,
so cukup2 la...

semua pun kena da usha dan kena buat kerja
mana ada duit datang bergolek
nak duit nuffnang pun kena wat n3, blog walking,
kerja gak tu kan?
hahhahaha

alhena said...

heheh.. aku pun dapat keje tu. haram tk pegi. masa intebiu pun dah pelik. sbb bukan intebiu pun. ntah apa2..

tkde jalan singkat utk kaya. semuanya kena usaha :)

FITRIHADI said...

bro..saya tak pakai blogspot dah..dah ke wordpress..jom echange link..yang fitrihadi.blogspot.com tu padam lah.. :)

EXCHANGE LINK

caluk@cencaluk said...

aku pernah gi interview kat situ dgr diaorg bagi kursus, dgn selamba aku tanya you ade lesen broker tak ha ha

Beebuzz said...

hmm.risau pula abang kita kat selangor tu...sekrang ni tgh tunggu result dr surat ptd....dapat ke tak.hmm apa pun hati-hatilah kelak nanti ya.

yonna said...

aku pecaya klik-klik Nuffnang je HAHAHHAA.
nasib lah ko tak terus stick dengan diorang. kalau tak,masak nak kena cari orang. ingat senang ke keja2 nak pujuk2 org ni? lagi2 melibatkan amount yg tinggi. org pujuk2 beli insurans pun org lari2 taknak :D

Anonymous said...

I hope, it's OK

Movies List