Sepanjang aku menulis blog, ada seorang gadis blog yang pernah aku admire. Admire di sini bermaksud setiap hari aku akan membuka blog dia terlebih dahulu sebelum memulakan aktiviti lain. Malah, blog sendiri belum pun dibuka tetapi aku terlebih dahulu membuka blog gadis tersebut. Sebenarnya dialah punca utama aku berubah daripada blog serius kepada blog peribadi.
Aku ada nyatakan dalam entri bertajuk 73 Blogger Telah Aku Temui yang aku berubah daripada blog serius kepada blog peribadi semata-mata mahu meletakkan komen kepada kenalan blog peribadi. Sebenarnya, aku mahu komen blog gadis tersebut dan aku tidak mahu dia kenali aku sebagai penulis blog serius.
Aku kongsikan sedikit mengenai gadis tersebut;
Paras rupanya
Jika melihat gambar profile dan beberapa gambar di dalam blognya, wajahnya ada tandingan dengan Lisa Surihani. Malah, aku rasakan mereka ada iras dan bentuk wajah yang serupa. Bezanya ialah gadis itu bertudung tetapi Lisa Surihani tidak tetapi keayuannya tetap sama.
Personalitinya
Dia diminati ramai tetapi aku dapat rasakan dia bersifat rendah diri. Aku katakan begitu kerana walaupun dia adalah seorang terpelajar dalam bidang yang cukup susah tetapi dia menulis entri mengenai dirinya secara bersederhana. Malah, aku tidak pernah terasa yang dia seperti cuba menunjukkan statusnya sebegai seorang yang cantik dan terpelajar melalui pembacaan aku terhadap blognya (ada orang kata, aku yang lahir di bulan Disember memiliki instinct yang kuat).
Dia juga aku rasakan cukup berhati-hati dengan lelaki. Walaupun ramai peminat dari pelbagai latarbelakang seperti Engineer, IT dan sebagainya, dia tetap tenang dengan kelihatan tidak tertarik dengan status peminatnya. Rasanya dia lebih memilih untuk menilai peribadi seseorang itu terlebih dahulu dan bukannya memilih mereka yang datang kepadanya dengan menunjukkan status mereka (pada masa itu aku lihat ada yang berbuat begitu).
Blog miliknya
Dia lebih menjurus kepada penulisan mengenai kehidupan sehariannya sebagai seorang pelajar. Isi kandungan blognya juga berinformasi.
Pada dua tahun lalu tidak seperti pada masa kini yang mana cukup sukar untuk menjumpai blog milik gadis yang mendapat pasaran bukan sekadar dari paras rupa tetapi daripada isi kandungan blog. Itu sebabnya dia ada daya tarikan kerana aku dapat rasakan dia adalah dari kelompok gadis yang bijak.
Penulisannya pula cukup tertatur dan mudah difahami walaupun kadang-kadang dia membuat entri yang panjang. Senang untuk aku membaca dan memahami blognya.
Sepanjang aku mengenali blognya, aku lebih banyak menjadi silent reader sahaja sebenarnya. Hanya kadang-kadang aku meletakkan komen walaupun niat awal mahu kerap komen di blognya. Mungkin kerana aku segan kepadanya ataupun mungkin aku rasa aku tidak layak untuk cuba berkawan dengannya.
Disebabkan segan itu juga, aku tidak pernah cuba untuk meminta atau mencari YM-nya ataupun email-nya. Aku rasa cukuplah hanya membaca blognya sahaja dan melihat apa yang tejadi padanya melalui entri yang dia keluarkan.
Lama kelamaan blog aku berkembang bermula dari suatu yang merepek kepada yang lebih merepek. Identiti blog aku tercipta sepanjang proses itu dan seperti yang aku pernah bagi tahu, aku menjadikan blog ini sebagai medium kenakalan aku.
Dengan itu, lagilah aku segan untuk cuba berkawan dengannya. Aku rasakan blog aku dan blog miliknya mempunyai kontra yang cukup besar. Dia lebih kepada blog berinformasi dan sopan manakala aku pula lebih kepada blog merepek dan kurang sopan. Seterusnya, aku mula berfikir ia bertambah mustahil untuk aku berkawan dengannya dan cukuplah hanya menjadi silent reader sahaja.
Kini, dia sudah berhenti menulis sepenuhnya. Blognya juga ditutup sepenuhnya dengan ditamatkan olehnya akaun blogger miliknya. Selepas dia, tidak ada lagi blog gadis yang memberikan penangan kepada aku sepertinya.
Lagipun kini, setiap kali aku terjumpa blog yang berkemungkinan aku jadi admire, aku cepat-cepat mengingatkan diri aku agar jangan jadi begitu. Aku fikir bila aku jadi admire, aku akan jadi angau. Bila aku angau, aku jadi gila pula. Jadi aku cuba elakkannya.
**********
Kalau aku angau dan gila biasanya aku akan menyanyi lagu Rindu Serindu Rindunya sambil mengalirkan air mata.


85 Orang Berskandal:
ehh..nape neh
syahdu pulak baca entry nih..sobsss..
WaaahhhH!!! Admire je tak salah. huhu. MFDS tak pernah lak admire-admire ni. Tapi kalau betul bagai dikata blognya berinformasi n cerdik, leh bagi url MFDS pun nak baca-baca gak.
pergh~~~
kapten nk kne kawen...hehe
memang hebat tamparan dari seorang gadis
ohh
bkn tamparan tgn ke muka yer
sila jgn salah phm
=)
huhu
die tau kau duk admire dia kot tu sbb dia tutup blog
wahhh..
gadis mysterious nihhh..
sape ek..
jap teka..
cik lolly???
hahahaha..
walhentamsajala..
siap nanges ko ye pakcik??cukup angau la ko nih..hehehe..
weh..bukan ko da bertentang mata ngan aku ke??pelik ni..ke ko lupa ko nah jumpa aku weh??heheh
wow jiwang. lepas nyanyi lagu tu bolehlah kau mengayat berbunga2.
Waduh waduh pak rozali.. Kok jiwang juga ya.. Heeee..
P/S: Gadis tu dah grad ek? Ngeee..
saya bersimpati
hehe,malu-malu kuceng
wah,blog siapelah tu.mcm ramai je perempuan ciri2 cmtu.apepon,aku xtersenarai dlm 73 blogger yg dah berjumpe =)
macam tahu je siapa. haha :D
hhhmmmmm...
penipuan lagi kah???
kalau betul, x per.. tiap orang dikurniakan hati dan perasaan.. ko ada feeling camtu, sah!
ko makhluk ciptaan Allah yang normal
~Angau~
dari post kau kapten, aku dapat putuskan: -
1. kau dah kena kahwin ni :D
2. nak teka/cari tak boleh dah-bak kata kau, dia dah tutup blog dia. Jadi mungkin dia dah kahwin & concentrate sepenuhnya pada suami, keluarga & kerjaya. Jadi, kau pun kena buat camtu = kau kena kahwin.
3. yes, kau memang kena kahwin~ hehe. Aku dah tua, aku tau. Chewah!
Sekian.
sedihnya baca..tak pa la...kalau ada jodoh jumpa lagi tu..
tacin baca entri neh
ah fatt u tetap
di hati i..
hehehe..
aku kgkdg malas nak caya kat kapten nih. byk kelentong jek
alaaaaaa aku kan ada....
.kau admire aku kan?
.ngaku je lah hahahaha
gadis kan?
confirm gadis kan?
haha
Entri ni BENAR kecuali dinyatakan REKAAN atau PENIPUAN yer Sara
fatt !
kawen jgn lupe ajak.
walaupun x dpt jumpe kat gatsby ritu.
hehe ^__^
relax2
kau bukan ade org baru ke ko admire?
hahahahahahaha
ohhhhhhhhhhhhhh myy rase mcm boleh teka je sape ;p
si gadis berselendang, kan?
dia ada dalam friend list fb kapten kan kan
HAHAHAHAHAHAHA
jangan la puji aku lebih2. mentang2 aku ada iras2 lisa surihani.
hahaha muntah tak?
wah...
try la approach..
mane tahu, dia juga menyimpan perasaan yang serupa..
whoa!
klaka la bro...
tp..touching jgak ak bc...=)
untung jd gadis blog itu...
ishh ish ish
kesian ...
sapa srh x wat step ..
duk diam mmg la x dpt apa2 uncle .
knp nyanyi sambil ade drama air mata ??
dah cuba carik kat FB?
*kapten, kalo jodoh tak ke mana.. percayalah! :D
sangat sweet ye...
carila dia... maybe dia msih single..kot22 la kan..`
huhu.. sedey la plak.. ko pegi laa berguru weyh..
waww. jiwang! kah kah kah. gewd luck! ;)
my god kapten. jujur sekali entry ko ni aku rasa (aku harap ko tak memain la haha)
aku sarankan,ko tidak mencari dia lagi. (eh kot dia ada blog lain ke?self hosted ke?) sebabnya, ko akan lagi2 angau. tapi kalau aku,aku cari jugak LOL hahaha.
takpe weh.i'allah mana tau kot2 dia jadi silent reader blog ni ke :D cewaaahh.
gadis blog.... ghak hak hak
agagaga
;)
waaaa. hahahah.
sweet plak atok arini.
adoi.
ko begitu mendalami diri dia. tak cuba search facebook dia ke?
eh, jangan la bg tau satu dunie pasal kite. HAHA, *tetibe*
tu la name dier GIRL POWER ;p
oh yeahhhh~~
waaahhh, beshnya sampai ade orangg admire penulisan some1 eh.
ish teringin jadik macam gadis tuuuhh.
lead me kapten. pleze2!! huaa
sapa la gadis yg ko admire 2 ea...
tp sedey lak kat part2 akhir...
1st time rasa sedey baca entry ko..
kui2
sape la tu ye gadis yang bertuah* tu..:)
alahai , kapten sorang nie...tak mengapa...bagus juga pemilik blog tu , dia bagi inspirasi kepada semua orang...barangkali pemilik blog sedang exam,becuti ataupun apa2...pastikah di tutup,menamatkan riwayat blognya tu?__
angau tak tahan tu..ehehee
wahh..mane hilangnya awek tu..
mcm blog hanis zalikha jew???
alaa br nak mintak link..ke ak mmg kenal die..wink2~
pergh..
hebat penangan gadis tu..
=)
ingatkan aku
tp iras lisa tu bukan
blog berinformasi pun bukan
delete blog lagila bukan aku
ok la bukan aku
apekan daya
ala bro..
terus terang ajelah..
dia ada baca blog ni tak?
untung sabut timbul.
untung batu tak timbul2..
kahkah.
wah ...smpai mcm tuh skali ek.....
kesian kat luffy...mesti skrg ni luffy dalam kerinduan...dan mesti nak cari gadis tu kan....
kalu ada emel dia kan still boleh contact...jgn angau2 ok...
sweett..
hbt wanita tu kan
;p
itu lagu spoon kan???
erk888
Kapten ah Fatt lahir bulan Disember. Happy Birthday in advance ye fatt!!!~ hoyeh³!!!
*btul ckap org fatt, ko kawen je nanti, hilanglah kesunyian selama ini....cam wat tjuk lagu daa...ekekeke....^_^'
aku tahuuuu sepaaaaaaaa...
aku lah tu begong skrang aku dah lelaki la jgn lah gila2 kan aku hahahaha
kalau aku kasi jatuh itu kepala..
bukan kepala atas bawah punya hahah~
BTS
aku nak cakap la..
setuju sgt banyak bloger perempuan kdng2 tayang muka je. dari isi! begong2
aku baru nak teka2 siapa.
sekali dah tutup plak akaunnya.
HAHAHA.
aku tau sapa.
adik lisa surihani an?
aku memang tahu dah!
awek je ke???ciss sungguh
aalaaa...aku ingat ko minat aku..huhuhuhu...
lagu itu aku sangat sangat sangattttttt elergik mendengarnya... meleleh-leleh.. hish... sungguh menyampah... hahahahahah :P :P
uh...lagu tamgkap leleh..hehe
layankan je ahfatt..
Aii ke tu ?
Maluu aii*
haha sape lah yg bertuah itu~
aku pn prnh rsa cmtuh!.. skrg dia 2 pn dh xtve blog..
kapten dah ada secret admire skg eh...
takpe bro..bunga bukan sekor, kumbang bukan sekuntum..esok lusa pasti ikan akan bertemu asam di dalam periuk..sabo je la ek :)
yang tak reti nak jiwang,
- fitrihadi.com -
takpe kapten...
insyAllah..pasti nnti terjumpe lagi yg ko admire tuh......
chill :)
fewwwitttttt
tak terjawab lagi ke sapa kapten..
tensi2..
nak tahu gaks sapa.=)
syahdu...wuu~
adeh...macam comel la pulak kapt dlm entri kali ni...huhu
pergh,,,ini dah macam tribute to najlaa raihanna...tapi sekarang dia dah post entri baru
Latest Entri : Komen Puaka
Very much am grateful what you're creating here!
I can see you happen to be an expert at your field! I am launching a website soon, and your facts will likely be quite fascinating for me.. Thanks for all your assist and wishing you all the success.
It is simple to see that you are very informed about your writing. Looking forward to future posts.Thank you.
Love this blog. I’ll be bookmarking this one. Thanks!
that’s a damn good checklist! any chance you could make it into a pdf for us all?
Just saying thanks will not just be sufficient, for the tremendous lucidity in your writing. I will right away grab your rss feed to stay abreast of any updates.
This is a really nice blog you got here. The theme is great! Color combination is awesome.
This is amazing, I don’t know what else to say. Perfect execution of a cool idea!
slm prkenalan... sebuah cerita yg menyentuh perasaan~
Post a Comment