Sebagai penyokong MU, aku menerima hakikat yang selepas kekalahan MU kepada Chelsea sebentar tadi, kejuaraan musim ini sudah berpihak kepada Chelsea. Mungkin ada yang mengatakan masih ada peluang tetapi bagi aku kemungkinan besar ia tetap milik Chelsea.
Apabila MU kalah pastinya penyokong pasukan lain akan turut bersorak gembira. Bukan sahaja penyokong Chelsea tetapi penyokong Liverpool dan Arsenal juga. Itulah hakikatnya walaupun Liverpool berada di tangga keenam dan Arsenal berada di tangga ketiga tetapi mereka tetap gembira.
Mengapa mereka perlu bergembira bersama sedangkan pasukan yang mereka sokong sudah lama tidak menjadi juara? Bukankah mereka patutnya berduka? Pelik juga sebenarnya tetapi atas dasar cemburu yang menebal kepada MU, mereka tidak kisah 'memakai baju pelbagai warna' iaitu sekejap Biru, Sekejap Merah dan sekejap Merah Putih. Hanya bila pasukan sesama mereka bertarung barulah mereka kembali kepada warna yang mereka sokong.
Entah apa nak aku kata. Kasihan juga kepada mereka yang sudah lama tidak juara dan bergembira walaupun yang juara itu bukan pasukan mereka. Tiba-tiba ramai yang jadi Biru pula.
Nota: Aku tulis ini kepada penyokong pasukan 'pelbagai warna' yang sedang bersorak gembira dan aku lihat di depan mata.
**********
Ini salah satu buktinya. Ini entri blog lama aku yang dikeluarkan pada 31 Ogos 2009. Malam itu adalah perlawanan MU menentang Arsenal.
PENYOKONG MU UMPAMA 1 LAWAN 3
Ini kisah peminat bola. Budak perempuan mungkin tak suka tapi ini kisah peminat bola yang mungkin berkaitan dengan pasangan anda.
Malam hari Sabtu, lebih kurang jam 10.30, aku sudah berada di kedai mamak untuk menonton bola. Pada masa itu ada perlawanan Liverpool menentang Bolton.
Biasanya aku akan mencari meja yang ada plug bagi mengecas bateri laptop tetapi semuanya penuh. Jadi aku menumpang meja bersama lelaki-lelaki yang selalu melepak di sini. Aku kenali mereka kerana kami selalu online di sini.
Sebenarnya aku bukan hendak menonton perlawanan Liverpool tetapi menantikan perlawanan pada jam 12.00 tengah malam di antara Manchester United menentang Arsenal.
Disebabkan masa masih panjang aku online hingga bateri habis sambil sesekali menonton perlawanan. Nampaknya malam itu Liverpool hampir tertewas dengan pasukan bawahan, Bolton. Nasib menyebelahi mereka apabila satu pemain Bolton dibuang padang dan Liverpool akhirnya menang 3-2 walaupun dua kali ketinggalan sebelum itu.
Di meja itu ada penyokong Arsenal, Liverpool, Chelsea dan Manchester United. Liverpool dan Chelsea sudah menang dan penyokong mereka cukup gembira.
Bila perlawanan antara MU dan Arsenal, semua mengharapkan MU akan kalah tak kira mereka penyokong Arsenal ataupun Liverpool dan Chelsea. Ia selalu begitu.
Jika aku buat andaian kasar, di Malaysia kita boleh bahagi kepada lima kumpulan iaitu orang yang tidak meminati bolasepak dan empat lagi peminat bolasepak samada penyokong MU, Arsenal, Liverpool ataupun Chelsea. Di antara empat itu, sebenarnya yang tiga lagi boleh dikatakan pembenci MU dan mereka suka jika MU kalah walau dalam menentang sesiapapun. Mereka gembira bila pasukan mereka menang dan kurang terasa hati bila pasukan yang juara bukan pasukan mereka asalkan ia bukan MU.
Jadi, malam itu kami penyokong MU terpaksa melawan kutukan-kutukan daripada tiga penyokong lain. Ia umpama satu lawan tiga.
Melihat prestasi Chelsea, tahun ini aku andaikan mereka juara. Begitu juga dengan Arsenal. Liverpool pula nampaknya tidak konsisten. Bagi MU, ia sedang mengalami masalah di bahagian pemain tengah yang dikatakan tiada bintang yang kuat selepas pemergian Ronaldo (Nota: Aku suka Ronaldo sudah pergi blah sebabnya walaupun dia hebat tetapi dia berlagak).
Disebabkan situasi semasa itu aku mengandaikan Arsenal akan menang malam itu dan aku katakannya kepada mereka dengan rasa rendah hati. Ketiga-tiga kumpulan penentang MU tadi nampaknya gembira tetapi penyokong MU yang lain tidak berapa bersetuju.
Perlawanan bermula, nampaknya pengurus MU meletakkan lima pemain tengah bagi mengatasi kelemahan pasukannya. Hanya seorang sahaja penyerang iaitu Rooney. Serangan ditumpukan dari pemain sayap kiri dan kanan. Tiga lagi pemain tengah digunakan untuk mengekang serangan Arsenal di samping membantu dalam gerakan serangan ke kubu Arsenal.
Strategi mengekang boleh dikatakan berjaya tetapi serangan sukar hendak dilakukan kerana bahagian sayap dijaga dengan rapi malah Rooney yang bersendirian di hadapan sukar hendak mencari ruang yang lebih baik.
Akhirnya, Arsenal mendahului dengan gol cantik daripada Arshavin. Rembatan jarak jauh tidak dapat ditepis oleh penjaga gol kedua MU, Ben Foster walaupun dia berjaya menumbuk sedikit bola berkenaan. Pada masa ini, bersorak gembiralah penyokong Arsenal, Liverpool dan Chelsea.
"Alaaa... Liverpool, lawan sepuluh orang boleh ler", kata salah seorang penyokong MU menggunakan fakta perlawanan Liverpool dan Bolton bagi membela diri atas kutukan-kutukan yang dihamburkan oleh penyokong Liverpool masa itu. Aku pula hanya berdiam diri kerana tidak berapa hendak gembira walaupun sebenarnya aku sudah jangka Arsenal akan menang.
Masuk pusingan kedua selepas rehat, perlawanan tidak berubah seperti pada pusingan pertama tetapi Arsenal yang terlebih dahulu mengancam kubu MU. Gol juga hampir dicipta tetapi berjaya diselamatkan oleh penjaga gol MU. Aku semakin susah hati.
Tiba-tiba, MU mendapat sepakan penalti apabila Rooney dijatuhkan. Kami penyokong MU berasa gembira manakala penyokong Arsenal, Liverpool dan Chelsea pula berasa duka. Gol penalti berjaya dijaringkan oleh Rooney dan datang pula komen daripada seorang penyokong Chelsea, "Alaaa... kalau penalti MU boleh ler". Penyokong Arsenal pula terdiam susah hati.
Kemudian, beberapa minit kemudian, MU mendapat tendangan percuma jarak jauh dari sebelah kanan padang. Ryan Giggs akan mengambil tendangan itu dan pemain MU lain bersedia berdekatan kotak penalti Arsenal. Tendangan di ambil dan nampaknya ia tidak berbahaya. Pemain Arsenal, Alou Diaby jika tidak silap, cuba menanduk bola keluar tetapi tandukannya menerjah gawang sendiri... Own Goal!
Semua terdiam... terkejut!
Goal!!!!!!! Teriak penyokong MU termasuk aku. Kali ini kami cukup gembira. Sesi kutuk mengutuk tetap berterusan dan apabila Liverpool di kutuk mereka membela diri dengan mengatakan, "Liverpool lawan sepuluh orang pun semua gol padang ok. MU tu kalau bukan penalti, gol nasib je".
Perlawanan diteruskan dan kali ini pemain Arsenal berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan gol penyamaan. Nasib baik pertahanan MU bertindak cemerlang untuk menahan asakan-asakan pemain Arsenal. Masa tambahan diumumkan, "Lima minit tu", kata aku yang susah hati kerana dalam lima minit apa pun boleh berlaku bagi mengubah keputusan perlawanan.
Beberapa peluang terhidang untuk MU disia-siakan sahaja dalam masa itu. Macam hampeh! bila sepatutnya mudah untuk dijaringkan tetapi peluang di buang begitu sahaja.
Perlawanan tinggal beberapa saat dan Arsenal mengatur serangan terakhir. Bola di kaki Rooney mudah sahaja dirampas umpama dia mengharapkan perlawanan sudah tamat. "Adeh! bengong betul", fikir aku. Hantaran dibuat setelah bola dirampas tadi dan hantaran tinggi jarak jauh dibuat ke kotak penalti MU. Pemain Arsenal berjaya mendapat bola itu dalam perebutan dalam kotak penalti dan.... Goal!!!!!!
"Cis!", fikir aku dan rasanya semua penyokong MU akan berfikir seperti itu.
Penyokong Arsenal, Liverpool dan Chelsea semua bersorak riang.
Tiba-tiba, "Offisde!", kata salah seorang daripada kami bila melihat reaksi pemain Arsenal yang menghentikan larian kejayaan menjaringkan gol oleh mereka. Raut kecewa mereka dapat diagak. Benar, bendera offside telah diangkat dan jaringan tadi tidak dikira.
"Yaaaaaaaaaaaaa!", kali ini penyokong-penyokong MU pula berteriak gembira. Nampaknya kemenangan akan menjadi milik kami kerana masa tambahan sudahpun tamat.
Akhirnya, wisel penamat dibunyikan dan semua penyokong MU gembira. Aku pula berasa lega walaupun aku sudah agak MU akan kalah. Nasib menyebelahi kami pada perlawanan ini.
Begitulah reaksi-reaksi penyokong bola terutamanya melibatkan perlawanan MU samada menentang Arsenal, Livepool, Chelsea ataupun pasukan lain. Kami mengharapkan MU menang tetapi mereka semua mengharapkan MU kalah tidak kira lawan siapa pun. Jika MU menang mereka kecewa tetapi jika MU kalah mereka gembira.
**********
Akhir kata, tahniah pasukan Chelsea. Penyokong kamu berhak bersorak gembira.
Penyokong Chelsea sila jangan lupa jemput penyokong Liverpool (ditangga keenam) dan penyokong Arsenal (ditangga ketiga) - yang sudah lama tidak memintas MU - untuk bergembira bersama. Layanlah mereka dan gembirakanlah mereka kerana sudah bertahun-tahun mereka tidak juara. Lain tahun mana tahu mereka akan membalas jasa anda pula.


42 Orang Berskandal:
bagi aku, Man Utd tetap ada peluang lagi...
no komen..wa xminat bola...
tp basketball ok..hehe
pocket ada dua dua jersey,
siam kedua dua nya :D yeaaa!!!
m.u still have a chance bro
its not over yet....
lek la
MU ley menang kat match lain
Man U hebat. Thats why orang envy ;)
rilek2...
ade chance lagi...
sabo2...
rasanya dengki tu memang sifat manusia kan kapten?hehe
suka orang lain jatuh..
apa2pun janganlah caci maki sesama kita..;)
baru je siap tulis secara ringkas..
http://naman0807.blogspot.com/2010/04/chelsea-2-man-utd-1-jangan-biarkan-diri.html
hahahahahahaa
tiba2 emo lepas kalah
apa kes?
hahahaha
cool lah ah fatt
haha
siapa kata aku emo. aku dah kata aku terima hakikat. cuma aku pelik pehal ko gembira di tangga keenam Hans??
haha. aku sokong young tiger. aumm!! ;D
macam panas je beb..
wah frust betul nampaknya sampai buat entri luah perasaan. haha. aku memang tak sabar nak tunggu ferguson bersara. berapa tahun je lagi dia nak hidup. tak ada ferguson nanti tengok la man u macam mana. entah-entah jadi macam liverpool skang. wahaha
HBZ... aku tengah perli ni sambil ketawakan org.
aku happy sebab MU main baik masa kedua. ok ler.
then aku memang awal2 dah post kat facebook kata mungkin boleh seri jer sebab aku tau memang x boleh menang.
ialah
aku gembira dengan kejayaan chelsea...
semua orang berhak merasa gembira kan?
hahaha
owh,sorry tak menghormati perasaan ko yg tengah bersedih tu ah fatt...
hahahaha
hek eleh hans. aku x bersedih ler. ada masa menang ada masa kalah. tp aku x akan gembira kalau itu bukan pasukan aku. bukan mcm org tu. haha
haha..
saya suka tengok bila peyokong bola sepak sedih..
leh saiko..
ahak ahak..
selagi orang taktau saya sokong apa..
selagi tuh orang takleh kutuk pasukan kegemaran saya..
saya sayang pasukan bola saya tuh..
chelsea...punyai kelebihan sekarang ni....it pun kalau tak cicir mata games seterusnya...
Betul la tu Fatt...
Kawan2 akak dr team Liverpool dgn Arsenal baru je perli2 kata MU kalah... As usual... akak gelak je laa... hahaha... Malas nak sentap pasal bola ni...
the title is yours, Ski!
LOL.
bola itu bulat bro,
macam2 bleh jadi.
kalo tahun nie takde rezeki menang liga nak wat camne,
bagi je kat team lain yang dah lama kempunan tu,
next season boleh rebut balik.
apa yang kau cakap tu betul,
mereka tu dengki je; kempunan nak cium trofi.
setakat cium kamera mcam Gerrard tu boleh la.
ehh, merepek plak aku.
tp, peluang masih ada
aku masih tak boleh mengalah.
haha.
Glory Glory Manchester United!
happy malam ni .
wahahahaa
F.O! Aku sentap! Hahaha.
hak hak hak....liverfool always walk alone
pedih siot!!..hahaha
glory² man united..
ttp mu dihati...haha
aku sokong chelsea sbb bf aku sokong chelsea...yayyyyyyy(bergembira tiba2)
hhahahahahaha....
Yelah kapten ko nampak sentap!
ko nampak sentap sebab penyokng2 team lain pown nak MU klh
aku pown setuju dgn ko!
serius la.
jeles tol team2 lain dgn MU
walaupown aku xminat blo aku xde buta de hahah
apa yg tulis emmang betol!
bnd betol kdng2 geli la haha
yahuuuuuuuuuuuuuuu...
MU kalah kalah
i suka bukan apa,
exbf fanatik MU, dah kalah padan muka dia
wakakakkakak..
opssss...
pdahal i tak minat sgt pun bola
dulu dia yg minat MU
kenalah sokong dia
ekekekkek...
haha. bila team hebat, mmg rmai dengki. ibarat 4 madu. ada seorang isteri plg cntik dan muda. kopem2 3 bini buruk dan tua akan dengki.
hmmm... aku tak tahu sangt pasal bola.. tapi aku tahu keputusannya.. haha
taper2 kapten...cube lg d ms akn dtg...
chelsea mmg best, mu best gak tp chelsea terlalu best...so, CHELSEA rules!!!!
ngeeeeee.....:P
bola bola bola..
haha..
hik hik hik!! sila tgk versi yg lebih ringkas di
http://gotrashtalk.blogspot.com/2010/04/bila-kita-bila-mereka-untuk-peminat.html
kalau rajin ler...huhu
*nature of the champions, everybody loves to hate!
woho.. aku dari the blues mengucapkan,, jgn putus asa.. ada lg 5games tu beb.. ape2 boleh terjadi :)
aku pun termasuk dlm golongan yg disebut tu...heheh, peace
mu dh kalah
alamak.aku ni memang jahil bab2 bola ;)
menjaringkan gol menggunakan perut
xminat bola! sob sob
tp suke chelsea xtau la nape. hahaha
owwwh MU buat daku berdukacita.
dah berbaldi-baldi ayaq mata aku takung.
Incik Firdaus sokong chelsea... Tapi aku bajet dia tatau langsung result sebab asek keje 24/7 seminggu ni...
aku pakai baju kaler merah... tapi sokong biru... Pun boleh hapeee... Har har har har har :P :P :P
Post a Comment