Friday, April 16

MEMBAYANGKAN YANG AKU SUDAH BERPUNYA

Di bawah ini adalah salah satu soalan yang aku terima melalui FormSpring aku semalam;
ye sy boneka! sy nak tanya..cik rozali, boleh bayangkan cik rozali kahwen! ? dan pada usia berapakah.. ia belaku! dan adalkah sy di jemput hikhikhik soalan tambahan ko diam2 ko skrang tgk ada awek kan???!!!
Soalan Boneka ini ada empat iaitu; Adakah aku diam-diam ada awek? Bilakah aku mahu berkahwin? Adakah aku akan menjemput dia? dan Bayangkan aku berkahwin. Disebabkan soalan ini mengarahkan aku membayangkan, maka jawapannya adalah dalam bentuk bayangan.



Suatu hari, aku ditegur oleh seorang Blogger memalui FormSpring. Dia bertanya kepada aku beberapa soalan dan aku menjawabnya seperti biasa. Kemudian, dia katakan ada seorang kawannya yang selama ini menjadi Silent Reader aku mahu berkenalan. Disebabkan ada yang mahu berkenalan, maka aku ok sahaja kerana tidak salah berkenalan dengan sesiapa pun.

Pertama sekali, perhubungan kami hanya melalui email sahaja kerana aku yang mahu berhubung melalui email. Sebabnya, aku jarang membuka YM dan aku jarang membalas SMS serta menelefon orang lain.

Hari demi hari, kami berhubung melalui email semata-mata. Pelbagai topik yang kami sembangkan termasuklah topik kosong semata-mata. Biasalah, sewaktu mula-mula perkenalan banyak yang boleh disembangkan bersama. Ketika itu, taik hidung pun boleh jadi bahan cerita yang menarik juga.

Setelah lama berkenalan melalui email, timbul pula keinginan untuk melihat orangnya lalu aku pinta untuk tunjukkan satu gambar. Mula-mula dia segan, namun bak kata orang 'malu tapi mahu' jadi dengan kemahuannya yang membuak-buak itu maka satu gambar yang paling terbaik dikirimnya kepada aku. Sebagai balasan, aku kirimkan juga sekeping gambar aku yang sememangnya tiada ciri fotogenik itu.

“Wah! Cantiknya dia”, kata aku yang pertama kali melihat gambarnya.
“Wah! Machonya dia”, kata dia pula yang pertama kali melihat gambar aku.

Sikit demi sedikit hati pun berbunga lalu kemudian kami aturkan satu pertemuan untuk bersemuka pula. Berkenalan secara realiti dan melihat sesama kami secara nyata di hadapan mata adalah lebih baik daripada memendam rasa di alam maya sahaja. Sebelum bertemu lagi mulalah setiap daripada kami terfikir; Adakah dia seperti yang aku bayangkan? Adakah dia banyak perbezaan daripada apa yang aku persepsikan?

Beberapa hari setelah perancangan untuk bertemu di buat, maka pertemuan pertama kami pun menjadi nyata. Mula-mula terasa kekok namun si dia bijak untuk membawa aku bersembang maka aku pun sudah tidak kekok untuk bersembang dengannya.

Selepas itu, kami terus melanjutkan perhubungan bukan sahaja melalui email tetapi kadang-kadang melalui SMS dan telefon. Kami juga kadang-kadang akan keluar betemu bila ada masa kelapangan.

Peringkat ini tidak sama seperti peringkat mula-mula berkenalan. Peringkat ini kami berdua banyak mengukur keserasian di antara kami. Peringkat ini juga memerlukan kami berdua cuba beradaptasi dengan cara dan hidup masing-masing. Namun, penilaian itu lebih banyak dilakukan secara diam-diam sahaja kerana kami masih berstatus kawan.

Bila ada sedikit rasa serasi di antara kami dan masing-masing tertarik antara satu sama lain, maka salah seorang pasti akan memulakan langkah untuk ke peringkat seterusnya. Orang itu pastinya aku kecualilah si dia cukup berani untuk mula dahulu.

Selepas itu, bila si dia menerima risikan cinta aku maka terjalinlah satu hubungan percintaan di antara kami. Untuk jawapan soalan pertama, aku memilih untuk tidak ceritakan kepada sesiapa pada peringkat ini. Sebabnya, ia masih terlalu baru untuk diceritakan kepada semua orang.

Lagipun pada peringkat ini, aku dan dia perlu mencari kestabilan dahulu yakni ikatan itu masih belum cukup kukuh dan ditakuti setelah seluruh alam tahu tiba-tiba ia putus di tengah jalan pula. Jika begitu, ia akan memberi persepsi yang tidak baik kepada aku dan juga dia.

Untuk mencari kestabilan, lebih banyak adaptasi perlu dilakukan berbanding pada peringkat awal tadi. Peringkat ini kadang-kadang memberi tekanan kerana masing-masing belum memahami antara satu sama lain untuk saling beradaptasi. Ada pasangan yang cepat untuk beradaptasi dan ada yang lambat. Ada pula yang langsung tidak dapat beradaptasi langsung maka perpisahan menjadi jalan penyelesaian.

Aku bayangkan kami berdua dapat beradaptasi walaupun kadarnya perlahan. Setelah dapat beradaptasi sedikit demi sedikit, Hubungan kami juga semakin stabil. Pada peringkat ini, aku mungkin sedikit berani khabarkan namun hanya kepada kawan-kawan terdekat sahaja. Rasanya blog aku ini mungkin tidak sesekali akan menjadi medium untuk mengkhabarkan status aku yang sudah berpunya. Jika ada pun ia mungkin kenyataan berbentuk hint tanpa penjelasan di dalamnya.

Setelah memasuki alam percintaan, maka pastinya kami terfikir pula untuk memasuki alam perkahwinan. Untuk soalan kedua yang bila aku mahu berkahwin bergantung kepada jalan yang dibuka oleh-NYA kepada aku pada bila-bila masa sahaja aku boleh berkahwin setelah dilancarkan jalan ke arah itu. Umur aku pada masa itu aku tidak tahu tetapi aku tidak melihat ia dalam masa terdekat ini kerana aku belum dapat rasa jalan itu sudah dibuka untuk aku.

Pertunangan aku pastinya aku akan khabarkan kepada semua. Ya, semua! tidak seperti masa bercinta yang aku hanya khabarkan kepada yang betul-betul terdekat sahaja. Perkahwinan aku pula pastinya aku akan jemput Boneka termasuk kenalan-kenalan aku yang lainnya. Bagi yang dapat datang, terima kasih aku ucapkan. Bagi yang tak dapat datang, aku faham bukan semua mampu untuk datang kerana masing-masing ada halangan.

Membayangkan aku berkahwin rasanya adalah bahagian paling susah. Rasanya ia dilakukan secara sederhana sahaja kerana aku lebih sukakan sederhana. Pemilihan warna, konsep dan sebagainya aku serahkan semuanya kepada si dia dan aku tambah sedikit apa yang perlu terhadap ideanya. Sebabnya, kemahiran aku bukan mencari idea tetapi menambahbaikkan sedikit idea asal itu agar ia lebih menarik.

Kemudian, kami melalui malam pertama dan hari-hari seterusnya bersama. Cabaran baru muncul sedikit demi sedikit selepas itu dalam meneiti perjalanan sebagai suami isteri. Kemudian, datang pula 'orang baru' dalam tiga orang semuanya kepada hidup kami. Cabaran dan kesusahan bertambah selepas itu. Seterusnya, melihat tiga orang anak itu membesar, lagilah besar cabaran yang perlu kami tanggung. Hingga ke hari tua, cabaran itu tidak mahu habis juga. Begitulah seterusnya hingga kami meninggal dunia.

Kesimpulannya, apa yang aku bayangkan ialah masa mula-mula ia memang nampak indah. Sedikit kesukaran hanya mencari keserasian dan beradaptasi di antara satu sama lain. Sedikit kesukaran juga ialah bila hendak menentukan masa untuk kami disatukan secara sah namun semuanya akan menjadi mudah setelah diberi jalan oleh-NYA. Seterusnya, apa yang aku bayangkan dunia aku dan dia akan penuh dengan cabaran kerana perkahwinan adalah tanggungjawab bukannya kesedapan semata-mata. Aku tidak dapat bayangkan betapa susahnya tetapi aku tahu ia memang susah.

Namun, bila aku bandingkan dengan bayangan aku bersendirian tanpa pasangan di masa hadapan, hanya satu yang aku dapat bayangkan. Aku dapat bayangkan betapa sunyinya dan gersangnya dunia aku ketika itu. Pada masa itu, jika aku mahu bersedap-sedap, aku hanya mampu mengguna tangan sendiri sahaja dengan membazirkan genetik bakal doktor, engineer, cikgu, pegawai dan sebagainya. Seksa gila rasanya.

Jadi, lebih baik susah daripada seksa dan aku sayang untuk membazirkan genetik ku di tangan sahaja yang mana ia berharga RM1 juta jika dijual di pasaran antarabangsa.

28 Orang Berskandal:

ardinihumaira said...

bersederhana tu lebih baik.. :) dni pon khabarkan pertunangan pada yang terdekat sahaja.. ya kat blog memang warwarkan tapi tak menjemput sesiapa. sekadar berkongsi kebahagiaan sesama kita..


^_^ walau apa pun, semoga berbahagia.. hehe.. dni rasa ayat dni skema lak.. lariiiiiii :p

asliani ahmad said...

so simpan la leklok genetic ko tu...berikan pd dia yg sah...agagagagaga~

FarhanaDr said...

Tangan ko mmg mahal ek? Tangan aku caner?

Anis said...

ade ke puji diri sendiri macho .
uncle kata x fotogenik . mane leh kuar macho lak.

tunang blm tentu kawen ..

rm1 juta ?
rm je ..

cHeRyNa PiReS said...

i want to hold your haaannnndd....

haish...seperti biasa ko buat aku terpesong. cet.

Syeeda7 said...

huk e2 la lelaki selalu membazirkan untility mereka....

hurm budjet macho...(ambek la selalunyew org x macho perlukan status macho dihadapannyew)..

Tunang hanye sbg ikatan... Kahwen belum tentu e2 jodoh kamu??

ehh pic btl kew copyrite...

izman said...

abislah generaaasi ko yg genius2 kalau asyik pakai tangan.

Ifah Ibrahim said...

ishk3....ni cm ayt mereject jerk

Othman Juliana said...

*sengih2*

starsyeea said...

bayangan gurauan...

ngeee...

:p

tasekM said...

tiba2 pulak aku rasa mcm tak sabar je nk tgk ko kawen fatt...



.

Azuan said...

wah!! 1 juta tue~ gile r ko...

nasikputeh said...

ya, kalau terbayang waktu malam memang indah.
bila terbayang waktu siang... memang payah.

~0~ said...

leh cerita pengalaman malam pertama secara detaiks x??hahahhaha

zonaku said...

pembaziran genetik di tangan......
cepat2 la cari saluran yang sah

Anonymous said...

save our last samurai fatt!! hahahhaa

avid gunner said...

"aku hanya mampu mengguna tangan sendiri sahaja dengan membazirkan genetik bakal doktor, engineer, cikgu, pegawai dan sebagainya"

babi sungguh ayat ni. hahahah!

Arra JaSmY said...

haha..luffy2..dalam seriusnyer adew jugak 18SX nyer ea??hoho.mnyempat aje.ahaks.

Berd said...

hahaha.
lu membazir tu berapa kali sehari?

'aku hanya mampu mengguna tangan sendiri sahaja dengan membazirkan genetik bakal doktor, engineer, cikgu, pegawai dan sebagainya'

celaka ayat!

fafaz said...

awwwwwww!
dah kawen jangan lupa ajak saya yerrr uncle.
:)))

piNky LuCiA said...

adeh.. ade jugak tambahan part akhir yang macam tu.. aku ingtkan dah insaf.. ish3..

cikmemy said...

ko kawen tua nanti la.kurang sikit mase susah ko.huhu

Anonymous said...

cis.....buat keja laqa angan2 ni...buang masa...Rasulullah melarang...org2 muda zaman nabi kerah masuk jihad...

.alie. said...

sengal la ang ni,nak mudah je ae..

orang kita ada berkata..
susah2 dulu,senang2 kemudian..

hazel ruslan said...

apakah suma ini?

dude said...

keji siut ending.huhu

NiNa' said...

ermmmmmmm

Katak Ijau said...

haha...kemain lagi tang part ending tu eh..cehhh

Movies List