Nota: Aku lihat ada beberapa follower baru dan juga pemberi komen baru. Apa yang aku mahu beritahu ialah aku sekarang ini sememangnya sudah jarang membalas kunjungan dan hanya kadang-kadang melakukan blogwalk (penat, internet lembap dan passion berkurang). Aku juga kurang membalas komen. Terima kasih kerana singgah dan maaf jikalau aku tidak dapat menyumbang sesuatu di blog kamu.
Ini adalah sambungan kepada entri iklan aku mencari partner untuk ke Gatsby Deodorant Street Fair Sabtu ini.
Apa yang aku hendak beritahu, keajaiban sememangnya berlaku. Apabila aku menyemak jadual kerja aku pada minggu ini, aku dapati yang aku diberikan cuti pada Sabtu ini (cuti rehat Sabtu untuk bulan April – 3 Sabtu bekerja dan 1 Sabtu cuti yang mana pemberian bergantung kepada hari yang tidak sibuk sahaja. Jika sibuk, maknanya cuti itu boleh ditangguhkan ke hari lain di bulan ini atau hari lain di bulan-bulan seterusnya).
Disebabkan aku berpeluang untuk pergi dan tiada satu pun permohonan diterima daripada iklan aku itu, maka aku hubungi seseorang untuk dijadikan partner ( membawa partner adalah tidak wajib pun). Partner aku itu berstatus tunangan orang dan dia juga seorang Blogger. Ini kira macam skandal sehari dia dengan aku tanpa pengetahuan tunangnya yang berada jauh
Awal malam tadi adalah pertemuan pertama kami setelah lama berkenalan di dalam blog semenjak aku menulis di blog lama lagi. Kami bertemu berdua di Pelita Nasi Kandar, KLCC sebelum dia menghantar aku pulang lalu singgah sebentar menikmati Char Kuey Teow di gerai Awek Char Kuey Teow berdekatan rumah aku. Tidak dilupa juga dia memberikan aku ole-ole yang di bawanya pulang dari Houston, Texas, U.S.A.
**********
Aku seperti yang aku iklankan itu sebenarnya ingin seorang partner yang Single & Available, namun akhirnya hanya tunang orang juga yang sudi menjadi skandal aku. Begitulah hakikat sebenar yang aku lihat pada masa sekarang iaitu sukar hendak mencari awek yang sememangnya berstatus Single & Available ini.
Minggu lalu ada seorang di tempat kerja bertanya, mengapa hingga kini aku masih belum ada awek? Jawapan aku mudah sahaja iaitu awek-awek sekarang semuanya sudah berpunya. Maknanya, majoriti awek sekarang Single but Non-Available.
Zaman ini bukan mudah hendak mencari yang benar-benar Single kerana remaja zaman sekarang akan memasuki alam percintaan dengan begitu cepat sekali. Siapa yang terlambat maka dia akan melepas. Akulah salah seorang yang terlambat itu.
Jika ada yang Single & Available sekalipun, aku pula yang tidak tertarik kepadanya dan hanya mahu berkawan biasa sahaja. Mungkin ini yang orang katakan sebagai sikap terlalu memilih. Bagi aku, bagaimana aku mahu mengorat gadis tersebut jika aku sememangnya tidak ada perasaan kepadanya? Perlukah aku mengurat seorang awek yang sememangnya aku tidak tertarik kepadanya semata-mata mahu melengkapkan status aku kepada Sudah Berpunya? Tidak perlu bukan?
Kata kunci di sini ialah aku tertarik kepada gadis tersebut. Malangnya, seperti yang aku nyatakan tadi, gadis yang aku tertarik semuanya Single but Non-Available.
Jika gadis yang aku tertarik itu sememangnya Single & Available, biasanya ada masalah lain pula muncul. Masalah itu seperti keserasian, perasaan sebenar kerana tertarik itu bukan perasaan sebenar, adaptasi dengan perubahan status dan sebagainya. Entah sejak bila aku jadi sebegini kompleks orangnya.
Faktor lain yang patut aku akui juga ialah aku sebenarnya sudah Unmarketable (mengapa aku ketawa sendiri dengan statement ini ya?).
Umur aku sudah 28 tahun dan target aku ialah gadis dalam lingkungan 20-25 tahun. Aku melihat mereka sebagai range umur yang sesuai dengan aku tetapi mereka pula melihat aku sebagai seorang yang terlalu tua buat mereka. Maknanya, aku mahu memasuki pasaran yang sememangnya aku mendapat kurang permintaan. Jika ikut prinsip ekonomi, aku sepatutnya menurunkan harga untuk mencapai keseimbangan pasaran. Realitinya, diskaun pun tidak laku sudah.
Hari ini, sewaktu aku menaiki teksi pergi ke tempat kerja (kerana motorsikal aku masuk bengkel dan itulah sebabnya si Dia menghantar aku pulang tadi), pemandu teksi itu bertanya soalan yang lebih kurang sama. “Sudah kawen?”, tanya pemandu teksi tadi. “Belum”, jawab aku. “Ini banyak awek tapi tak tau mana mau pilih ka?”, tanya pemandu teksi itu lagi. “Bukanlah. Semua awek sudah ada orang punya ler uncle”, jelas aku. “Yalah! Sikalang susah sula mau cali anak dala. Semua sula talak dala, lu ambik mak dala lah. Hahaha”, kata pemandu teksi itu sambil ketawa dengan kata-katanya sendiri.
Sememangnya aku tahu bukan mudah mahu mendapat pure-dara, maka oleh itu ia bukan itu faktor utama yang aku pertimbangkan. Namun, mencadangkan aku dengan mak-dara maknanya aku perlu bertukar ke pasaran baru yang mungkin aku ada pasaran yang tinggi. Malangnya, hati aku belum terbuka untuk itu dan konsep ini sama seperti konsep tertarik di atas tadi. Perlukah aku dengan tidak sepenuh hati mencari mak-dara semata-mata mahu status aku bertukar kepada sudah berpunya? Jika berbuat sesuatu dengan tidak sepenuh hati, pasti nanti akan buruk padahnya.
Aku juga Unmarketable kerana aku tiada daya tarikan. Aku pun tidak tahu apa daya tarikan yang aku ada. Hensem pun bukan, baik pun bukan, berwang pun bukan, stabil pun bukan, romantic pun bukan dan rasanya semua pun bukan. Mungkin yang aku ada hanyalah… hmmm... entah. Aku tidak dapat fikirkan apa tarikan yang aku ada (nak tergelak rasanya).
Begitulah panjang lebar penerangan aku (walaupun sebenarnya tak berkaitan dan tidak perlu pun) mengapa aku terpaksa membawa tunangan orang pada Sabtu ini. Sebabnya, gadis Single & Available semakin pupus pada zaman ini. Jika ada, aku pula yang tidak mahu dan sebaliknya jika aku mahu, aku pula yang tidak dimahui.
**********
Tunangan orang yang aku bawa itu pun boleh tahan orangnya. Orangnya berkulit cerah, senyuman manis, ada lesung pipit, mata sepet macam cina, seksi dan mempunyai daya tarikan seksual yang kuat. Pokoknya dia ada ciri-ciri yang digilai oleh sesiapa sahaja dan itulah sebabnya dia sudah berpunya serta sudah bertunang pula.
...lubangnya hanya ada di sebelah belakang sahaja.
Depannya ada batang buruk juga. Batang tak buruk... aku punya.



30 Orang Berskandal:
gler.. ehehe.. ok .. see u there kapten
Pergghhh.. Dasat.. Aku termasuk dlam range 20-25 tu weh.. Dan ko takde laa tua sangat pon.. Hahahaha.. ;p
~ enjoy urself there..
huh aku maybe rase cam ko rase huhuh..
aku x menarek ke bg ko? wakakakak~
tu la memilih.
uhh~
jgn lah dinodai tunangan org tu
walaupun sejenis
haha
patutla tak ajak..aku ni tak manarik upanya..hahahha...
hahahah...geli ah ko ni pakcik..hahah
haha. aku tade partner pn. takpa kan? lantak ah. yg penting dapat 50 hengget. wahaha.
woi tak baikla kuar dgn tunang orang.
bro, gua nak 25..kekeke. murah kan? cis!
gua pun xde partner juga.
laaa...ko rejek aku kapt?
sape yg memilih skang ni? sape hah? sape?!!!
ke aku tak antar emel permohonan?
demmm...jari aku kejang tym tuh...huh!
gila ko ahpat! jgn ikut jln blkg! hahah byk kuman tu dlm sarung taik tu hahahaha...
kalo ade jodoh kang kite jumpa la sabtu ni.:p
geli gile gamba..
punye panjang iklan uncle ari tu .
x de satu pon permohonan nya ?
hahahaa
gulp
ko ni kapten kalau nak wat suspen pun berpada2 la
sampai aku tercekik biskut
kau terpikat dengan tunang orang...
aku kau tak nbak jumpa ke? :-P
cis..gambar yg last tu buat akak mual pagi2 nih..
hahahahha
gila comel doh
partner sama jenis rupanya,,
k jumpa di sana la yea..=)
Wee...kim salam pada yang hadir nanti, Daddy kantoi la, tak dapat nak datang, wife teruk alahananya!
aku dah agak jantan!!
jangan tukar selera sudahhhhh,...
apa pun, 28 utk lelaki tu muda lagi~
gmbr haramjadah...haha
demmmmmm hahahaahhhaaha
hot butt. HAHA ;) batang tak buruk? haishhhhhhh
Patutnya pompuan pilih lelaki macam kau la..Dah matang..Apa r diorang..
hehe...tetiba tak terkata2 lak akak..
knape tak terus terang jer...ko takde awek sebab yg ko minat adalah pakwe2 bukan awek2 kan kan? haha geli mak :p
ye ke tak banyak girl yang single n avaiable..agaknye ko tak cukup search kot..cube google gadis single n avaiable...keke
cantek bontot!
hahaha..
Post a Comment