Tuesday, April 13

PERSEPSI NEGATIF YANG AKU TERIMA



Ekslusif: Cubaan membunuh diri di KLCC pada malam semalam. Baca blog aku yang lagi satu (SINI)

Pembaca mengenali seseorang blogger melalui persepsi kecualilah pembaca dan blogger tersebut sememangnya kenal antara satu sama lain ataupun mereka telah bersemuka secara realiti. Namun, jika hanya bertemu sekali dua, rasanya itu juga masih boleh dianggap sebagai persepsi kerana tahap perkenalan itu belum lagi mendalam.

Seorang blogger sememangnya tidak dapat mengelakkan persepsi terhadap dirinya samada positif, negatif ataupun normal. Blogger yang dipersepsikan positif maka dia akan mendapat ramai peminat. Apa lagi jikalau dia mendapat persepsi over-positif maka peminatnya itu cukup ramai sekali.

Persepsi itu pula wujud melalui gaya dan personaliti seorang blogger. Gaya dinilai melalui penulisan blogger tersebut dan bagaimana dia berinteraksi dengan pembacanya. Personaliti pula dinilai melalui paras rupanya, fizikalnya, pembawaan dirinya, tahap pendidikannya, tahap pengetahuannya, tahap kematangannya menyampaikan idea dan sebagainya.

Sepanjang aku menjadi blogger ini, aku lebih banyak menerima persepsi negatif berbanding positif sebenarnya. Aku sedar semua itu berpunca daripada gaya serta konsep blog aku sendiri.

Sejak dari dahulu aku mahu dikenali seperti itu jadi sebenarnya ianya sudah lali bagi aku malah biasanya aku akan ketawa sendirian apabila ada pembaca menggelar aku seperti itu dan ini. Aku ketawa kerana aku anggap mereka bergurau ataupun mereka sudah terpedaya dengan bahagian-bahagian rekaan di dalam entri aku.

Mungkin orang lain tidak dapat menerima apabila mereka digelarkan sebagai blogger banyak skandal, blogger buaya, blogger perasan, blogger gedik, blogger gatal dan sebagainya. Sebaliknya aku masih dapat menerima semua itu kerana persepsi itu aku yang ciptakan untuk pembaca aku sendiri.

Kerana aku digelar banyak skandal, gambar ini yang pernah aku letakkan di dalam Facebook dianggap sebagai gambar aku bersama salah seorang skandal aku. Sehingga semalam, masih ada yang bertanya mengenai gambar ini. Sebenarnya gadis itu adalah adik kandung aku
Namun, ada beberapa persepsi yang bukan aku ciptakan tetapi sebaliknya wujud juga yang dinilai melalui gaya penulisan aku. Biasanya persepsi sebegini akan aku jawab seboleh yang mampu.

Antara persepsi yang aku tidak ciptakan ialah pembaca tidak mempercayai kebenaran entri yang aku buat kerana aku biasanya selalu menghasilkan kisah-kisah rekaan. Hal ini pernah aku jelaskan di blog lama aku dahulu setelah seorang pembaca bertanya melalui YM. Di entri khas itu, aku jelaskan yang biasanya bahagian yang aku tambah ialah di bahagian penutup yang hanya sebaris dua itu sahaja. Isi entri selalunya benar kecuali ia sememangnya cerita sketsa rekaan semata-mata.

Disebabkan ada yang masih ragu-ragu seperti contoh di bawah ini…

Pertanyaan merujuk kepada entri INI. Sedangkan mereka berdua yang aku kenal daripada blog lama masih bertanya, apa lagi kepada pembaca baru?
…maka, aku mahu tambah iaitu jika ia melibatkan cerita peribadi maka ia kisah benar. Begitu juga entri berbentuk pendapat.

Selain itu, ada juga yang berpersepsi yang aku ini jenis akan menceritakan semuanya di dalam blog. Pernah sekali seorang pembaca aku melalui YM menyatakan, “Nanti dah kawen pun cerita malam pertama kau cerita kat blog kan kapten?”. Aku sememangnya tergelak ketika itu sambil menjawab pertanyaannya.

Secara jujurnya, walaupun aku kelihatan terlalu terbuka sewaktu membuat entri tetapi aku tetap tahu cerita  yang bagaimana patut aku simpan sendiri. Cerita yang tidak akan aku keluarkan adalah seperti cerita yang terlalu peribadi seperti contohnya kisah malam pertama tadi, rahsia aku serta rahsia orang lain dan entri berbentuk amarah kerana aku tidak menjadikan blog untuk melepaskan kemarahan.

Minggu lalu, aku menerima dua maklumbalas lagi. Satu mengenai gaya penulisan aku dan satu lagi mengenai penampilan aku. Dalam banyak-banyak persepsi negatif yang aku terima, kedua-dua itulah persepsi yang paling keras sekali setakat ini.

Maklumbalas mengenai gaya tulisan aku terima melalui status Facebook aku. Kata pembaca itu, aku ini seperti seorang lelaki yang tidak hormat pada wanita. Mula-mula aku terasa hendak marah tetapi bila difikirkan, baik aku terima ia sebagai persepsi sahaja. Tidak guna aku hendak marah kerana pertama, dia belum bertemu aku secara realiti dan kedua, dia membuat persepsi itu hanya melalui membaca blog aku semata-mata. Maknanya, itu hanya andaian dia sahaja dan sebabnya salah aku juga kerana menghasilkan entri yang menyebabkan dia berandaian sebegitu.

Maklumbalas mengenai penampilan pula aku terima daripada seseorang yang aku tidak kenali melalui YM. Sebelum ini aku ada letakkan email YM aku di sidebar sebelah kanan dan ada beberapa orang telah add aku. Mereka-mereka yang aku tidak tahu siapa gerangannya itu biasanya akan aku tanya samada mereka blogger ataupun bukan.

Pada suatu malam di minggu lalu, sewaktu aku buka YM, aku dapati ada satu nama yang tidak aku kenali dan seperti biasa aku akan bertanya gerangannya. Gadis itu bukan blogger tetapi dia dapat YM aku melalui blog ini juga. Dia bertanya mengapa aku meletakkan gambar tertutup muka pada blog dan YM.

Gambar ini menjadi gambar profile blog, Facebook dan YM aku buat masa ini
Dia juga meminta aku gantikan gambar pada YM itu dengan satu gambar yang lebih jelas. Aku turutkan kehendaknya dengan menggantikan gambar profile YM aku dengan satu gambar lama yang pernah aku gunakan di dalam YM setahun lalu.

Setelah melihat gambar itu dia bertanya, "Ni dah kawen ke belum ni?".

"Belum. Dah banyak kali aku tulis kat blog", jawab aku.

"Betul ker?", tanya dia lagi ingin kepastian.

"Betullah", jawab aku lagi.

"Tipulah. Ni muka macam orang dah kawen dah anak tiga ni", kata dia tidak percaya dengan jawapan aku.

"Betullah. Apasal plak nak tipu?", tanya aku.

“Jangan nak tipulah. Dah kawen tu cakaplah dah kawen jangan nak tipu orang. Kawan aku dah 29 tahun tak pun macam muka dah kawen macam ko”, dia tetap tidak percaya sambil menunjukkan gambar seorang kawan lelakinya (tak hensem pon… heh!).

Penat aku nafikan dia tetap juga tidak percaya. Akhirnya, aku malas hendak layan gadis itu yang memang saiko gila orangnya.

Marah… aku memang marah! Tapi hari itu aku tenangkan diri dengan meyakinkan diri yang aku memang hensem orangnya serta awet muda. Masalahnya, sehingga hari ini aku masih terfikirkannya. Persepsinya terlalu kejam untuk aku terima.

44 Orang Berskandal:

acap2405(1169) said...

haha..
gila babeng btol..
tapi takpe..
kata kata adalah doa..
dia kata nanti bro kawin dapat anak tiga..
dapat arr nanti tuh..
hohoho

FarhanaDr said...

Ko tetap "naif" di mata aku.. Entah nape aku pandang ko bgitu walau dengan entry2 ko yg tuuuttt.. Sekan, pengakuan ikhlas dari aku.. Hehe.. ;p

|arieza| said...

haha namo org kata ko dh kawen & ada anak ek? ok ok aku kata ko nmpk awet muda (wlupun aku xpenah tgk ko in real life tp tengok gmbr ko ngn blogger2 lain kat gath..) hehehe umo tua xpe, jnji jiwa muda beb! :P

yusuf mujahidin ™ said...

tnjuk sket muka tu bro...hehehe

Makiko Saba said...

I like the way you intentionally create the personality or image of the writer as you wish...if you receive such feeback, then I'm sure you've succeeded!!!

Come read at my page =D

starsyeea said...

erkk...lain mcm entri mu kali ni kapt...

make it perception, impression, expression or tensyen..hehe..who cares? juz be urself...FULLSTOP.

yg pntg aku ade jek dtg blog ko ni hari2..hikhik

(^_^) chill!

iyllienaz said...

haha..muke mcm da ade ank 3??haha..klo dia ckp lagi muda xpe gak..ni siap xpecaya lagi..sian ah fatt..

ddy the writer! said...

dahsyat. ape yg ddy dpt kate ialah dahsyat tanggapan dieorg tu

joegrimjow said...

terima je lah bro
hehe
makan je apa yg disuap
ada kebaikan walaupun pahit

tp yg hempedu
jgnlah telan buta2
;)

Berd said...

apa kata lu jadi lurus bendul.
serius yang positif je lu dapat setiap hari.
gua jamin!

wakaka

nursarah said...

ape2 jela pempuan tu, hakhak.

AISHA SAAD said...

errr im newbie dalam berbelog...
aku tak tau org pikir blog aku apa..
but for this time being tak penah dapat lagi komen2 yg tak besh!!
risau jugakla kalau terdapat kang..
huuuu~

¶A.K.I¶ said...

heh.. bro rmai agk2 ye peminat lu... pape pon ak taw bro zalie msh single hehe.. dun wrie.. ak cye~

she-G said...

err..baru brani nak komen
besa brani bace je
yup..bagus bro
brani buat brani tgg la kan
dah mmg konsep gitu
jgn la melenting lau kene cuit sket
cuma kdg tak paham...
nape ade gak org y jenis banyak ngat "?????"
kalo org nak tipu ke ape ke
sebok amik tahu lepas tu duk nafi2 lak
halo sis..ni tenet la...
kalo arapkan seme jujur dan mudah macam yang awak nak lihat kat mata awak...aman la dunia

aBoi said...

setakat ni aku suka je baca blog ko..
ada identiti sendiri..
walaupun aku selalu je segan baca entri-entri ko sebelum ni.. (^^,)

just be yourself..
cuma pesan aku jangan 'over limit' sudaaa...

Sharif John said...

rilek kapten... perempuan mmg mcm tu kapte... emo terlebih... pada hal bnyk je entry perempuan kutuk lelaki. haha

Kujie said...

yup... persepsi orang dtg dari benak org tu sendiri bkn dr diri kita kenalah terimakan.

Kak Jie boleh dikatakan 'blogger personal' . Blog cerita personal ttp tidak semua pintu dibuka utk semua orang - hal2 personal pun dicerita secara 'lite-lite' saja kerana persepsi orang yg membaca ada berbagai2 yg kadang2 akan merumitkan keadaan.

Kalau baca sesuatu blog, cuma sekadar membaca apa yg dihidangkan, percaya atau tidak itu hal lain... enjoy dgn cara tu. Kita nak masuk dlm hidup dia secara keterlaluan tu tak adil...

amaL said...

eh betul ke kau belum kawin?
betul ke ahfatt kau belum kawin?
kau belum kawin?
kau belum kawin?
kau belum kawin?
kau belum kawin?
kau belum kawin?

aku akan menghantui kau dengan soalan kau belum kawin?

hahahaha!

-siv-

lotikus disarimankan said...

mengaku je la dh kawen anak tiga dr penat nak bertekak

mahpuzah said...

your entry is educational, funny,gedik,interesting,irritating.kalau orang tak komen pun tak best kan?tak dak feedback. mcm penguin pernah tulis blog tu mcm bilek kite di mane kite menghias ikut citerase kite. mungkin org tak suke tapi itu bilek kite kan?jgn sentuh perkara sensitif yg memakan diri sendiri sudahla. tu mcm simpan anaconda kala jengking buaya dlm bilek sniri hahahah.nak simpan penguin? xbole! nanti dia campak ikan busuk...anyways have a good day. your sister is sweet.

miss oren said...

aku pon ade benda gak nak ckp tp aku takut terlalu kejam untuk kau sehingga kau menitiskan air mata..haha

Azuan said...

boleh beza ke muka dah kawen dengan muka belum kawen~

Hazzy Ishak said...

alololo
ko kawan dengan aku je lah
hik hik hik

cHeRyNa PiReS said...

relaxla bro...masih ramai kate aku pompuan gedik dan attack aku tak semena2 but i will survive. ko pon akan survive! tgklah nanti....

Mazeed said...

hahaha...blog gedik?sengal? wakaka...aku rasa biasa je baca blog ko, sbb setau aku, ada sesetengah org suka tonjolkn something yg kontra sama sekali kt blog dr diri sendirik. sbb...heh, sbb ko jawab sendirk la~! haha..

yg psti, entry2 ko, sengal. hihi

~ujicham~ said...

terbakar hati takpe, tp jgn bakar diri depan KLCC.

notso_violet : seindah bunga seri pagi said...

takpe kapten anggap jer ko tak fotogenik.
kat luar ko nampak lebih muda.

haha kite tipu jer nih jgn percaya.

lumut said...

yeay!!aku dah tgk muke penulis ni..dah jmpe in person.hee..

aku stuju bro...
kita x boleh nak menilai blogger yg baru kite kenal....itu semua persepsi kan?

kau sehat?

syah shah said...

aku punya persepsi terhadap ko...

penulisan ko memang pervert abes... tapi ko katluar nampak sungguh naif... heheheheh :D :D

anis said...

patut nya bila dat girl tanya cm tu , uncle ajak je dia kawen .
pastu hdp uncle di hantui ngan ke saiko an die .
hahahaa

Bungakopi said...

ala, relax ar saudara luffy..
maksud pompuan tu, dia nak ko ngorat dia, apa yg ko lurus sgt smpai tak tahu hiding meaning.

adibah said...

kapten, aku rasa, gadis itu jujur.. hendak berkenalan/mengorat kamu..

berilah dia peluang.. :)

dill said...

gue layankan aja entri2 kamoo...


chill bro! v('-')v

'AQILAH said...

anak 3...wow.

ziha said...

haha..mmg persepsi die agak kejam di situ.
tp nak wat mcm ne kan..redha jela...hihi

alhena said...

aku simpati dgn ko.. uhuk uhuk..:P

Adziim said...

Aih~
susah betul..kalau tak percaya sangat suh dia selongkar rumah kau cari bukti dah kahwin ke belum.
haha~

Nadya ©™ said...

HAHAHAHA..anak kau da 3 ek..
Memang saiko gila ah pompuan tu..
Tnak caye sudah la

lEeNDa vElVeT said...

aku rase budak pompuan yang buzz ko kat ym tu
sangat kesaikoan lah ( ni aku tengah buat persepsi ke ni hehe.)maybe die tengah kecewa kene tipu dengan laki chat yang ngaku bujang tapi sebenar dah kawen...kekekeke

patungcendana said...

aku nak add kau kat fb, boleh?

~Kak AZZ~ said...

hahahaha...
Lantak la orang nak kata apapun...

Blog kita, suka hati la nak cerita apapun kann... Nak baca, baca...
Taknak baca, ya sudahhh.... hehehe...

*Ukur baju di badan sendiri aje... ;)

dude said...

hai abg...
hehehehe.

noor afzan said...

x pe la bro..
bisalah..
dalam ramai yang suka mesti ada yang x suke..
nak pikir sgtpun susah. so x payah pikir.
buat cam biasa.
be ur self.
x pe la die nak kata bro dah kawen ada anak 3..dia ada bukti ke nak cakap camtu kan.
cool brader..=)

Boneka Tak Sakit Self-ProClaim CasaNova said...

hahah sakit ko kena!!!
4:))
ala bagi aku ko nampak muda dan manis
kalau gemuk sikit kacak

Movies List