Iklan: What Do You Really Want From a Blog Would Determine What Kind of a Blogger You Are
![]() |
| Nampak sangat muka gersang |
Aku boleh diumpamakan sebagai Manusia Gua. Aku jarang keluar berjimba-jimba bersama rakan-rakan sebaliknya kebanyakan aktiviti aku lebih banyak bersendirian.
Mungkin orang lain rasakan kehidupan seperti ini adalah gaya hidup loser kerana seperti tidak mempunyai kawan. Aku bukan tiada kawan tetapi kawan-kawan yang sememangnya rapat dengan aku tinggal jauh. Di sini aku hanya ada kawan serumah, kawan tempat kerja dan kenalan blogger.
Kawan serumah hanya kadang-kadang aku keluar makan bersama kerana kesibukan masing-masing. Kawan tempat kerja adalah orang yang aku bertemu setiap hari dan Alhamdulillah aku rapat dengan mereka walaupun kami hanya kadang-kadang melepak di luar bersembang hal lain selain kerja. Kenalan blog pula hanya jika aku ada mood barulah aku ikut aktiviti mereka.
Orang juga mungkin melihat cara ini seperti sesuatu yang membosankan kerana hidup aku kebanyakannya berkisar dengan kerja dan blog semata-mata.
Apapun, walau apa jua pandangan orang, bagi aku cara ini sebenarnya ada kesan positif kepada aku. Antara kesan positif tersebut ialah aku dapat berjimat cermat dan aku dapat mengelakkan dari terlibat dalam masalah perhubungan.
Aku dapat berjimat cermat
Keluar bersosial bersama rakan-rakan semestinya menggunakan kos yang banyak. Belanja makan, belanja perjalanan, belanja hiburan dan bermacam-macam perbelanjaan lagi perlu ditanggung sepanjang masa bersosial tersebut. Ada yang menghabiskan sekurang-kurangnya RM100 sehari semata-mata mahu bersosial bersama rakan-rakan.
Bagi aku, sekali sekala itu aku mampulah tetapi aku tidak mampu hendak bersosial selalu. Aku tiada siapa lagi yang menanggung hidup aku sebaliknya aku yang menanggung hidup aku sendiri termasuk sebahagian aku salurkan kepada emak aku. Oleh itu, aku perlu berjimat cermat agar aku tetap dapat menyimpan sedikit dan aku tidak perlu mengikat perut pada hujung bulan.
Alhamdulillah dengan cara aku ini segala perbelanjaan dapat aku uruskan dengan baik. Wang untuk emak tidak pernah gagal diberi dan aku dapat peruntukkan sedikit untuk simpanan. Hujung bulan juga aku tidak perlu mengikat perut dan biasanya gaji aku masih ada berbaki sewaktu gaji baru masuk.
Kurang masalah perhubungan
Bila kita bersosial dengan masyarakat, kita tidak dapat mengelak kadangkala terjadi perselisihan faham. Itu adalah adat kerana kita ini masing-masing berasal dari latar belakang berbeza, mempunyai persepsi berbeza, sikap berbeza dan sebagainya.
Dengan tidak sengaja, cara aku yang seumpama Manusia Gua yang jarang keluar bersosial bersama masyarakat ini dapat meminimakan masalah sebegitu. Hidup aku pun lebih aman dengan hanya ada sedikit masalah perhubungan yang minor sifatnya. Sehingga kini, aku belum ada masalah perhubungan bersifat major yang boleh mencetuskan peperangan yang besar dengan orang lain. Aku harap ia akan terus kekal sebegitu.
Kehidupan Manusia Gua aku ini sebenarnya banyak dipengaruhi oleh kemudahan internet. Walaupun aku jarang keluar, walaupun aku tidak melepak dengan orang dan walaupun aku jarang menghubungi orang lain tetapi aku masih boleh bertahan hanya kerana adanya internet ini. Rasanya aku sudah ada ciri Hikikimori seperti yang berlaku di Jepun cuma bezanya aku tetap keluar rumah setiap hari untuk pergi bekerja dan makan.
Dengan internet ini juga rasanya aku juga tidak perlukan lagi telefon sekiranya keluarga aku semuanya dapat menggunakan internet untuk berhubung. Malangnya, hanya abang kedua dan adik aku sahaja yang tahu menggunakan internet ini tetapi kami tidak pun berhubung menggunakannya.
Beberapa hari lalu, Jabatan Finance di tempat kerja aku telah menghantar email amaran kepada semua pekerja yang menggunakan telefon milik syarikat untuk panggilan peribadi. Setiap orang diberi senarai panggilan yang mereka buat dari telefon mereka untuk dikenalpasti. Jika itu adalah panggilan peribadi maka gaji akan dipotong. Senarai aku semuanya bersih dengan panggilan formal sahaja.
Sewaktu memeriksa senarai itu, aku baru tersedar yang sepanjang sebulan dua yang lalu, panggilan peribadi aku hanya kepada emak dan adik aku sahaja itupun melalui handphone. Pengecualian hanya kepada beberapa orang blogger pada minggu lalu yang aku telefon disebabkan aku mahu bersembang urusan penting dengan mereka.
Begitulah dahsyatnya kehidupan aku sebagai Manusia Gua. Bukan sahaja aku jarang keluar melepak tetapi aku jarang berhubung dengan orang juga kecuali melalui internet semata-mata.
Jika selama ini kita pernah mendengar perumpamaan, "Bagaikan katak di bawah tempurung", mungkin aku boleh diumpamakan, "Bagaikan katak di bawah tempurung dengan kemudahan 3G Broadband di dalamnya“.
Bila aku guna 'Bagaikan Katak', jangan panggil aku katak sudah. Lagipun katak tak sudi mengaku aku saudara sama spesies dengannya. Malu katak ada spesies Manusia Gua. Katak Gua pun tak mengaku aku saudara.


23 Orang Berskandal:
org tua2 kata ,
malu tanya sesat jalan .
so, anis nak tanya la ni .
jimba2 tu apa eh ??
yeap . dpt jimat kan kos .
tp duk rumah , makan tdo plak yg rajin d buat .
aku tak sampai gua lagi
mungkin dekat3 dengan pintu gua haha~
mekasih link entri aku..
sbnrya mmg save beb wat hal ko sendiri je..duit save tu leh beli barang yg best utk diri sendiri agar lebih sendiri dengan lebih besttttt
Yup2....betul tu internet mmg bnyk pengaruhi faktor aku kurang kawan keluar bersosial.
tp ko ttp femes..
:D
walau xde hubungan dengan dunia luar,tapi ko masih berhubung dengan kami melalui blog. kire ok la tu kowt. <- ayat nak pujuk diri sendri yg lebey kurang macam ko. otaku kowt. haha
aku nak jadi manusia gua tang jimat tu!arghhh,nampaknya,aku kena cari suami manusia gua ni....baru leh kumpul duit...
aku berharap aku boleh jadi macam kau. seriusly, aku rasa macam rasa bersalah bila terlalu ramai kawan dengan dunia luar :D sebab akhirnya, aku dituduh melupakan mereka. padahal ingat je. add je FB, cuma tak bertanya khabar. tapi tak bermaksud lupa kan? :) kalau lah semua org fikir mcm tu.
aku rasa ni first time aku komen kat blog hang dengan ayat skema gila :D
uisy....bagus ni wat suami.stok duduk rumah..huhu
bergaul dengan org
banyak faedah dapat
dah buat kan
cuma feel kena bagi lebih
;)
aku nak jd macam kapten la
dok umah tengok tv je
hak hak hak
sincerely yours,
gadis gua
aku tb pown xde.. on9 je 24 jam..
xde lyfe betui...
duk dlm gua pown dlm gua la..
jnji Heppy!
aku tak pernah selesa menggunakan talian office untuk membuat panggilan peribadi... rasa tak sedap ati... Nak buat panggilan peribadi guna henpon sendiri time opis hour pun aku tak berapa gemar... mostly aku buat time lunch atau time abes keje... Heheheheh :D :D
sekarang dah tak pakai katak bawah tempurung lagi... Orang guna katak bawah gelas... You can see the world, but you never go out...
dulu masa aku muda (yeah, aku dh tua~ haha) aku rajin bersosial (berjalan/kuar dgn kwn2). I was so active last time-ada je kegiatan terisi dlm hidup. I've been there & tried it all. Skang, am happy to be at home when ever i can & rasa mcm2 aku bleh buat (well, will be out for some volunteering work though). kat kolej dulu pun aku suka dok bilik je dr kuar mcm bdk2 lain-pi Jitra ke, Alor staq ke atau pekan paling dekat-Changlun (hasilnya: bdk2 slalu ckp-perghhhh... patutlah bilik mcm kt rumah! haha. yeah, hobi aku iron cadar).
tp, bila fikir2 blk-aku ni x kuar sbb aku mmg malas nk kuar ke or aku dh patah kaki ke (no transport) atau sbb kwn2 aku hampir smua dah kawen? Haha~ yeah, post ko ni mcm bg reminder kt aku ----> maybe aku pun dah kena kawen! (baca: dgn gelak yg SGT besau!)
Maaf kapten aku tak dan baca entri ko ni..
bila jarang bersosial..kurang sikit mengata orang ..he he he :-)
jd manusia 'gua' ni kdg2 best kdg2 x best..
kalu layari ternet.. kejap je masa berlalu.. sedar2 dah malam.. macam mana aku nak kuar bersosial kalu asik macam ni..
sama laa jugaknya ngn ko kot.. huhu
sm..
best kan duk umah je.. =)
jd.orang gua,
apakah ko nnt akan jd macam perakman?
ahaha
erk,captain luffy,
berjimba-jimba tu..apakah??
da lame x jmpe ko fatt..
rs rindu lak..
agagaga..
lu kena bersosial weh.
baru senang nak berkata-kata.
boleh gua ajak mengutuk.
ekekeke
nyah tak keluar sebab nyah spesis berjimat.bila tak jimat,kiri kanan nyah tak kenal..
Post a Comment