Monday, May 3

KANTOI AKU MEMINATI SESEORANG (III)

Tahun 2000…

Aku sudah berada di tingkatan enam atas pada tahun itu. Kelas aku, 6 Aspirasi.

Jika pada masa darjah 1 hingga tingkatan 5, aku kurang di kenali, namun zaman itu sedikit berubah. Biasalah sebagai seorang daripada kumpulan pelajar paling senior di sekolah, kami akan menjadi perhatian. Apa lagi kami memakai pakaian serba putih yang membezakan kami dengan budak tingkatan 1-5.

Ditambah pula kelas tingkatan enam hanya 5 buah sahaja dan kami semua rapat antara satu sama lain tidak kira dari kelas mana kami berada. Melepak pada masa rehat pun bersama-sama. Malah berfoya-foya ataupun mengulangkaji di perpustakaan serta melakukan tugasan di Bandar kadang-kadang melibatkan ahli dari kelas berlainan.

Masa itu juga aku menjadi seorang Pustakawan dengan memegang jawatan Ketua Biro Maklumat dan Komunikasi hinggakan aku mendapat seorang Adik Angkat.

Apapun, aku tetap bukan seorang pelajar yang paling dikenali kerana cukup ramai yang menyerlah samada pelajar lelaki mahupun perempuan. Lagipun aku adalah manusia introvert yang tidak biasa menjadi perhatian ataupun cuba menarik perhatian orang lain. Maknanya, dalam dikenali itu aku tetap mengekalkan status quo seperti zaman aku sekolah rendah dan menengah kerana aku lebih selesa begitu.

Di dalam kelas juga aku sedikit berubah yang mana jika dahulu aku tidak pandai bertegur sapa atau mengacau pelajar perempuan tetapi pada masa itu aku sudah sedikit pandai. Namun, ianya hanya melibatkan pelajar-pelajar kelas aku sahaja yang aku rasakan aku sudah kenal rapat dengan mereka.

Salah seorang daripada mereka itu aku perasan seperti meminati aku. Entahlah mungkin hanya aku yang perasan. Apapun aku biarkan sahaja kerana aku meminati orang lain.

Malangnya, dengan gadis yang aku minati itu, aku segan mahu rapat dengannya. Entah mengapa semakin aku meminati seorang gadis maka semakin aku takut hendak mendekatinya. Jadi, sekiranya ada dia, aku berdiam diri sahaja serta tidak berani untuk mengajaknya bersembang. Padahal kedudukan tempat duduk dia hanya di belakang aku sahaja

Gadis yang aku minati itu sebenarnya satu sekolah aku dari tingkatan 1 lagi. Pada masa tingkatan 1, dia di kelas aliran Arab dan aku tidak berapa mengenalinya. Di tingkatan 4 dan 5 pula dia di kelas 5A sekelas dengan gadis tinggi pada entri sebelum ini. Masa itu pun aku tidak berapa mengenalinya tetapi selalu melihat dia melalui kelas aku. Pada tingkatan enam, di sekolah baru kerana sekolah asal kami tidak menawarkan kelas tingkatan enam, barulah kami sekelas.

Orangnya pula kurus dengan ketinggian yang sedang-sedang sahaja (tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah). Tidak dilupa juga dia adalah seorang gadis yang memakai kaca mata. Entah mengapa aku lebih suka melihat gadis mengenakan kaca mata berbanding yang tidak (samada memakai contact lens ataupun tidak berkaca mata langsung).

Di dalam kelas kami itu, dia sebenarnya berperang dengan seorang pelajar lelaki. Entah apa punca mereka berperang tetapi setiap kali mereka berjumpa pasti bermasam muka. Lelaki itu juga adalah kawan aku dan dia seringkali bercerita ketidakpuasan hatinya kepada kami terhadap gadis itu. Apapun, aku tidak kisah dengan apa yang diperkatakannya dan aku hanya berdiam diri sahaja serta tidak mahu mencampuri peperangan mereka.

Suatu hari…

Aku bermalam dan mengulangkaji pelajaran di rumah kawan aku yang terletak di kampung bersebelahan. Keesokan harinya datang kawan aku yang berperang dengan gadis tersebut untuk mengulangkaji pelajaran bersama-sama.

Pada masa kami sedang berehat-rehat dia bertanya kepada aku, "Dalam kelas kau ada suka sesiapa tak?". Aku terdiam samada mahu menjawabnya ataupun tidak. Aku tahu mereka sedang berperang dan jika aku memberi jawapan pasti ianya akan mengejutkan dia. "Takderlah", jawab aku ringkas. "Mustahillah! Takkan kau tak ada suka sesiapa kot... mustahil", kata dia pula tidak percaya dengan jawapan aku.

"Cakaplah. Siapa kau suka dalam kelas kita?", tanya dia lagi. Aku berfikir panjang samada mahu memberitahu dia ataupun tidak. Akhirnya, aku memberitahu dia juga dengan nada yang kecil dan tersangkut-sangkut. "Si....", kata aku lalu tersenyum sambil melihat raut wajahnya yang berkerut.

"Si...???", tanya dia. "Kenapalah kau boleh terpikat sama si... tu?? Mulut dia tu laser wei! Banyak lagi yang baik dalam kelas kita tu", kata dia sambil ketawa dan menggelengkan kepala. Aku biarkan sahaja kerana lain orang lain penilaiannya.

Pada Isnin berikutnya, sewaktu aku tiba di kelas tiba-tiba si lelaki laser itu membocorkan rahsia aku. "Wei! Si Luffy suka si... ler", kata dia kepada seluruh kelas. Aku terdiam sambil mengambil tempat duduk aku dan tidak mahu pandang ke mana-mana. Masa itu dia terus-terusan memperli aku kerana suka kepada gadis tersebut membuatkan aku dengan serta merta menafikannya.

"Tak! Tak! Mana ada... dia tipu!", kata aku yang menoleh ke belakang sambil memandang gadis tersebut di tempat duduknya. Aku lihat mukanya tenang sahaja. Selepas itu, aku jadi batu di dalam kelas dan lama kelamaan aku berbuat seperti tiada apa yang berlaku walaupun sebenarnya aku masih mencuri pandang kepadanya.

Sewaktu menerima keputusan penempatan Universiti, aku terdengar yang dia pun mendapat tempat yang sama dengan aku. Betapa gembiranya aku ketika itu kerana mungkin di Universiti nanti aku berpeluang untuk berjumpa dengannya lagi.

Malangnya, sepanjang aku di Universiti, aku tidak pernah bertemu atau terserempak dengannya lagi. Ditambah pula pada waktu itu ada kawan sekuliah aku mencadangkan aku berkenalan dengan seorang gadis (Gadis 3 Tahun). Mula-mula aku ragu-ragu tetapi bila memikirkan yang sudah hampir setahun tidak pernah bertemu dengannya maka aku setuju dengan cadangan kawan aku itu.

September 2005...

Lagi beberapa hari aku konvokesyen dan aku tiba awal di kampus. Kebosanan duduk di bilik kawan tidak berbuat apa-apa, aku bercadang meninjau kawasan kampus buat kali terakhir. Sewaktu berjalan di kawasan kuliah, tiba-tiba aku terserempak dengannya. Dia semakin cantik dan ceria. Berbual kami sekejap dalam masa lima minit sebelum berpisah.

Rasanya kini dia sudah menjadi seorang guru kerana dia ambil bidang pendidikan. Aku sudah tidak pernah mendengar khabarnya.

**********

Tamat kisah Kantoi Aku Meminati Seseorang. Sepanjang persekolahan, aku sememangnya tidak pernah bercinta di sekolah kecuali meminati seseorang dalam diam.

Puncanya, dahulu aku malu hendak beritahu orang itu yang aku minat kepadanya. Orang yang memiliki kemaluan besar memang pemalu orangnya. Harap maklum saiz kemaluan ku.

41 Orang Berskandal:

sI tEDI said...

luffy,

kenapa tak mahu cari dia.

dia kan seorang guru, mesti senang cari kalau tahu dia mengajar sekolah mana.

x salah minat orang, tapi itulah,dapat kawan yg mulut tempayan susah nak tutup, parah di buatnya...

eh eh Luffy,
nick aku kat bloglist 1 ialah 'Myqza' ye.. bukan Myza. ekekekeke

TQ

tangan said...

wahaha.kononkonon low profile...DULU je la kan kalau suka tak bagi tau.haha

Q said...

ada jodoh tu. kalau jumpa lagi sekali terus pinang lah!

ayat last tak boleh blah.

Tfaaaaaa said...

carikla dia lagiiiiiii ;)

green said...

aku semakin ragu dgn ko kapten..

asik malu je..

otak ketat said...

fuh. siap boleh buat kompilasi neh. haha.

anis said...

senior yg menjadi perhatian ??
erm ..
anis x suka bdk form 6 waktu anis ekolah dulu .
wahahaa

mmg kawan yg best la kwan uncle tu . mst x nak share apa2 dah ngan die kan .

lavea said...

secret admirer~ahhaha

Ann said...

kalo ko dh suka kn, ko pi jer pikat, org pompuan ni mudah cair wpun laki tu xlah hensem pun...yg penting hati mesti baek.

aNis aMirAh said...

masya-Allah.
ayat terakhir kau mmg membunuh!
haha.

starsyeea said...

dulu penakut kan...sekarang suda berani? hehe

(^_^)

wish kapt bahagia...tima kasih doakan utk adik aku...

|arieza| said...

oi oi ayat last tu kena ke? hahah gatai no!!! hgahahaha

LadyCaja said...

pe kena ngena ngn sifat pemalu ko ngn kemaluan ko?
mn ko dapat fakta tuh??

yusuf mujahidin ™ said...

ko kne bertindak kapitan..jgn malu2 cat
umo da meningkat..hahaha
nk kne cari kaptenah/luffiah cepat2..kehkehkeh~

zetty said...

salam singgah....best laa blog nie...first time singgah nie...hehehe

Whoopz said...

Patot la aku ni pemalu.. Br aku taw sebabnya.. Hahahaha.. Ampeh ko kapten..

Whoopz said...
This comment has been removed by the author.
razman said...

ada lagi satu fakta ko lupa nyatakan ah fatt, orang berkulit gelap mcm kita biasanya mmg besar kemaluannya.

Cik Birder said...

incik kapten...kalau saye pakai cermin mate,awak suke saye jugak ke?????????hahahahahahahhaha

iz-AnN عبداللطيف said...

wahh...leh wat cam cerpen dah ni...berpart2 tu..

✿ y.a.n.i.e budak G.E.B.U ✿ said...

di pendekkan citer...skang ko dah ada awek lom?

Nurul Harun said...

hehehhee. pemalu sgt laaaa... beranikan diri okay! :)

hemy said...

fuh..silent lover rupanya...takpe takpe...ada la tu cinta yg datang..ekeke

heaRd mRs sumOnelse buBbLinG said...

LOL , lawak la zmn skola kau dlu . hmm , tape2 t de rezeki de la tuh kayh ! haha .

fikah mus said...

dah takde jodoh waktu sekolah, tak apalah.
nanti jodoh yang lebih baik menanti.
peace!!
jangan malu2 sangat daa.heeee.

cHeRyNa PiReS said...

mengapa para yang last tuh buat aku tersipu2. cisss...innocent rupanya aku nieh...

aduka said...

kesian pakcik..
mesti malu gile kene perli camtu kan?
seb bek aku x penah..

miahahaha..

=P

ardinihumaira said...

wakakakak.... ayat last tuh! lariiiiiiiiiiii haha...

kalo laki pemalu memang gtew ker? hehe.. nanti leh la dni suh sape2 pakai spek nanti leh ngorat encik ye kihkihkih

Nadya ©™ said...

Aku pun suka mereka yang berkaca mata..
Terutamanya kalau iqram dinzly..HAHAHAHA

Lar,sampai siri ketiga je ke T____T

yoy said...

walaupun ko gune blogspot tp dofollow..huhu bagus betul..ni bukan ke former blog monkeydluffy tu kn?

risanur said...

asyik kantoi je la luffy ni...kantoi pun sbb orang lain bukan diri sendiri yg gentlemen...sapa la gadis yg bertuah untuk dijadikan teman hidup...

wHoSeNa said...

sian kamu bro...
ssah nk jumpe lelaki pemalu cm kamu...=)

FarhanaDr said...

Kenape aku takde dalam list gadis-gadis dalam series KANTOI AKU MEMINATI SESEORANG??? Ngeeee.. ;p

Hidup kapten yang pemalu.. Yeehaa!!!

'AQILAH said...

ingat perempuan je simpan2 ni...:)

MissNafa said...

1st tyme tibe kat cni. terus bace part 3. kene g godek2 cari 2 part awal nh. hee :) seronok2. usha la balik girl 2. mane tau, tuah badan :)

Bro Framestone said...

he..23x

awat dulu ek dari form 1 sampai form 6 bro tetap menjadi perhatian.. even bro bersekolah lelaki n hanya form 6 sahaja ada perempuan he..23x

boleh tolong jawapkan he..23x

dan jodoh bro.. si dia pun salah seorang rakan sekolah bro... tp start lepas habis stpm ek...

BroFramestone Blog

piNky LuCiA said...

hahahaha.. tragis giler citer.. lalala~

PenuliS said...

ayat terakhir mak aihh...kelucahan teserlah!

Adeqq said...

hehehe. Kapten mmg seorang yg sangat pemalu... agaknya, kalau kita dating berdua, mesti ko senyap je kan. adess

Emi said...

aduhai...teringat zaman persekolahan..

Boneka Tak Sakit Self-ProClaim CasaNova said...

hahah :P dicop pemalu nie xbest nie wei!
;p
patut lah ko xde awek sebab ko pemalu tu je rasioanl ye

Movies List