"Ayah ok tak ni?", kata aku kepada ayah mertuaku yang membuat panggilan kerana terlalu sedih.
"Ayah ok… tapi air mata tak dapat menahan hendak mengalir ni", kata ayag mertuaku sayu.
"Sabar ayah… sabar… musim depan kan ada lagi", pujuk aku.
"Ayah tahu… tapi kawan-kawan ayah pasti mengejek ayah selama setahun T_T"
"Sama ler jugak macam saya ni ayah. Anak ayah tu tengah meraikan kejayaan. Pegi makan dengan anak-anak tak ajak saya pun T_T"
"Hmmm… beginilah nasib kita Luffy. Tak apalah. Ayah letak dulu yer. Assalamualaikum"
"Waalaikumsalam"
**********
Sudah lapan tahun aku mengahwini Syira. Kami dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Maya berumur 7 tahun dan Danial berumur 1 tahun.
Maya adalah anak kesayangan ku manakala Danial adalah anak kesayangan isteriku.Nama Danial itu pun atas cadangannya walaupun aku membantah kerana nama itu seumpama nama playboy terulung saja. Tapi dia tetap berkeras juga maka aku terpaksa mengalah.
Maya… sebagai anak kesayanganku, aku mahu dia menjadi sebahagian daripada Parti Merah yang diwarisi daripada ayah mertuaku dan juga aku. Malangnya Maya bukan peminat warna Merah tetapi Merah Jambu. Setiap kali aku hulurkan barangan Manchester yang berwarna merah kepadanya pasti dia tidak mahu. Bila dipaksa dia menangis. Mengapalah Man U bukan menggunakan warna merah jambu juga?
Cemburu aku melihat isteriku mengenakan barangan Chelsea kepada anak bongsuku, Danial. Danial baru berumur setahun dan dia semestinya tidak akan membantah dan kata isteriku dia mahu Danial dibiasakan dengan warna biru agar bila besar nanti dia menyokong Parti Biru sepertinya.
Eleh! Isteriku sebenarnya menyokong Biru hanya kerana Deco. Hensem sangat ker Deco tu? Dia kata hensem tapi kawen dengan aku gak. Maknanya ku lagi hensem daripada Deco. Betul tak? Hohoho!
**********
Ketika ayah mertuaku menelefon tadi, Isteriku membawa anak-anak kami berjalan dan makan mewah demi meraikan kejayaan pasukan Chelsea pada malam semalam.
Kedua-dua anak aku dikenakan barangan Chelsea yang menyebabkan aku tidak setuju dengan isteri ku. Tidak mengapa dia bergembira kerana kemenangan Chelsea. Tidak mengapa dia keluar makan mewah walaupun tidak mengajak aku. Namun, untuk menghasut Maya menjadi sebahagian Parti Biru semestinya aku tidak bersetuju. Maya adalah anak kesayanganku yang pastinya akan menjadi Penyokong Man U seperti aku dan ayah mertuaku.
Selain itu, aku tidak mahu suatu hari nanti, bila anak-anak sudah besar, tiga orang akan mentertawakan aku bilamana Man U tidak juara seperti tahun ini. Aku mahu biarlah Maya memihak kepada aku dan Danial memihak kepada isteriku… barulah ada keadilan di situ!
**********
Keesokan harinya…
Aku baru pulang dari bekerja dan melihat anak ku sedang membaca buku di ruang tamu.
"Maya baca buku apa tu?", sapa aku.
"Maya baca buku Animal Planet", jawab Maya.
"Eh! Mama baru belikan buku ni ya?"
"Aah.. semalam Mama belikan. Kata Mama kalau ikut cakap Mama… nanti Maya dapat banyak-banyak hadiah tau Papa".
Ada sesuatu yang tidak baik di situ. Nampaknya isteriku sedang merasuah anak kesayanganku agar menurut kata-katanya. Apabila aku perhatikan muka hadapan buku tersebut, ada pelekat Chelsea padanya. Ada juga pelekat berwajah Deco yang tak hensem tu! Memang sah yang isteriku sedang merancang satu konspirasi meracuni pemikiran anak kesayanganku untuk menyokong Chelsea kelak.
"Ini siapa yang lekat ni Sayang?", tanya aku pada Maya.
"Mama yang lekat", jawab Maya.
"Tak cantik ler Sayang. Papa bukak yer"
"Janganlah Papa! Rosak!", kata Maya sambil membuat muka merajuk dan matanya berair.
"Takper… nanti papa gantikan dengan pelekat lagi cantik tau… warna merah"
"Ewah-ewah… nak rosakkan buku anak ler tu!", kata Isteriku yang tiba-tiba muncul.
"Bijak awak yer merasuah anak kita… jangan harap Maya nak sokong Chelsea tu!"
"Tengoklah nanti… nampaknya Maya dah semakin suka biru. Hikhik"
"Maya… Maya… kalau Maya ikut cakap Papa… Papa akan belikan banyakkkkkkk hadiah tau", pujuk aku kepada Maya yang sedang khusyuk membaca buku Animal Planet-nya tadi.
"Maya… jangan dengar cakap Papa… Mama akan bawak Maya jalan-jalan… makan sedap-sedap… belikan hadiah… macam malam tadi. Syaratnya… Maya kena ikut cakap Mama tau"
Maya terpinga-pinga bila kami suami isteri cuba memujuknya mengikut kehendak kami yang berbeza.
"Mama… Papa…"
"Yer sayang!", kata kami serentak memotong kata-kata Maya.
Maya terdiam lagi memandang kami.
"Maya sokong Man U yer", pujuk aku lagi.
"Ikut Mama sokong Chelsea yer sayang", pujuk isteriku pula.
"Apalah Papa dengan Mama ni… orang tak habis cakap lagi"
"Oh yer... nak cakap apa Sayang? Papa serius nak dengar ni"
"Eleh! Serius konon. Cakap jer dengan Mama sayang"
"Hmmm... Kalau Papa dengan Mama lawan main bola siapa yang menang?"
"Mama tak pandai main bola sayang... game bola mama pandai ler"
"Papa pun tak pandai… tapi… malam-malam Papa 'jaring gol' kat mama… jadi papa yang menang!"
"Abang!", kata isteriku sambil mencubit lenganku.
Dalam kesakitan itu, tiba-tiba aku dapat idea untuk menebus kekalahan Man U pada musim ini. Aku mahu 'jaringkan gol' banyak-banyak kepada Isteriku, si peminat Chelsea. Tahun depan dapat anak lagi satu. Hasil kejuaraan ku!
Biarlah Maya meminati merah jambu. Anak baru aku nanti harapnya peminat MU. Aku perlukan seorang yang mampu melawan gabungan Isteriku dan Danial dari Parti Biru.
"Janji pada ayah... dah kawen nanti lahirkan lebih ramai penyokong MU". Itu pesanan ayah mertua ku sebagai syarat mengahwini isterku dahulu.
"Baik ayah... jangan sedih-sedih. Tahun depan kita menang dan ayah dapat satu penyokong MU". Ini janji anak menantu mu.
Aku akan berusaha bersungguh-sungguh 'menjaringkan gol' tercantik untuk mu Ayah Mertuaku.


42 Orang Berskandal:
Parti Merah foreverrrrrr
arsenal warna ape wey?
kau jaringkan gol sekali dapat dua.waaaaaahhh!
oiiiii. makin belu okk??
aahh, naseb baikk dah cukup umoo!
heshhh.
giloo panatikk ehh??
leh mati cenggini. haishhh!
tbe2 anak uncle ..
sume x de yang skg man u .
sume skg club lain .
waakakaa
aku tak faham...jaringkan gol apa?aku tak kahwin lagi...hahaha
Man U BOOO!
Hahaha.
hahahaaa!!!!!
uncle2 sabar jew la...T_T
Tp merah ttp dihati
aku emo ni~
sob3~
cis cis cis. najis betul entry ini kerana mengutuk deco.
Bhahaha~
Tak terfikir pula aku perihal "jaring gol" kat isteri.
ces..ak dh agak dh..
ade jer agenda t'pesong dier..
btw..ak syok giler man u xdpt champion!!!
ahishh... lusyah dicitu!
haha~
papepon ko sgt kretf menulis!
ticer bg bintang kat essay ko. :p
Ahahahahaha... Takpe Fatt... Tahun depan kita team merah cuba lagi... Glory2... hehe..
hahahaaha..
bengong.
hahaha....tak pe tahun depan boleh cuba lagi
ini macam couple pon ada ka ? =.=''
ah fatttttttttttttttttttttttttt....
entry ini sangat sengal.buat aq celik mata nak terus baca notes...
hahahahaa
errkkkkk....
hahaha...
lawak betul..
ntah pape je la..
sem0ga berjaya..;p
hahahaha..adoyaii..ko ne..apelah..kesian anak2 ko..haha
aku rasa setiap kali lepas baca entry ko, aku kena format balik otak aku..
pe,pe pun..MU booo..
haha. lawak lah. tp aku pelik camane danial tu dah pandai mengikut. baru setahun. terpaksa ikut namanya tuh. w/pon dia bukan anak kesayangan kau, tp kau patut beli baju merah byk2 utk dia. (eh terpnjg plak komen)
soklan nyer..dah dapat calon untuk ko nk jaringkan gol tu ker..hihihi..
i still blue...
wkakakakkakwkaka adoi.. terbace lak smpai abes!!! hahahaha
Chelsea Chelsea Chelsea Chelsea is the way
Chelsea Chelsea Chelsea Chelsea is the way
Semalam lagu ni asek berkumandang kat Hitz.fm... Makin kuat incik Firdaus bukak volume... Mueheheheheh :D :D
owh ye, aku nak kekal berfikiran naif, tu pasal takmo komen pasal yang dah dekat hujung-hujung tu... Mueheheheheh :P :P :P
adohai berangan dan khayalan melangkaui segalanye...hahaha..
bro2~~
x melucah x sah!
aisshh~~
yaya..lau x melucah mmg x sah..tp..gune ayat yg penuh seni..hahaha...
hidup biruuuuuuuuuuu!!! hhshahahah
hang ni da teruk gila kemaruk nak kawen kapt..haha..jaring gol..ayat x leyh blah..
ahahha..kapten..malam kang jaringkan gol tepat ke sasaran ya!...adioossss
hahahah entry nie bapak best! kewl okay! hahahah
aduss... kelakar la baca.. hihihhi n semoga mendapat apa yang dihajati.. hehehehehehehe
tq .. entry nie buat mie senyum simpul...
sedap sungguh tgk score 8..
muahahaha..
=P
kapten!
ko semakin kuning ok!
hahahaha
sy xsokong dua2...ahaaha..tp aq sokong pemenang musim ini....lalaallla
pewittt kesian merahh
huhuuuu...inilah sebabnya aku susah hati bila ex aku dl bukan penyokong MU................
kat rmh tu semua penyokong Mu secara tegar! adeiiii!!!!!!!!
.hahaha gol ape oitt ;p
aduh la..
betul ke hang belum kawen nih?
cepat lah kawen..
pi la pinang sape2..
uuuhuuu...
tak tahan wes nk gelak
wkakkakakakaa
ah fatt tetap ah fatt la jugak
Hepinya aku parti biru menang!!!
Haha padan muka mu! ;p
Post a Comment