Seorang wanita sedang berjuang untuk melahirkan anak sulungnya sambil dibantu oleh seorang Jururawat kampung yang bertanggungjawab di Klinik Desa kampung tersebut. "Fuh! Fuh! Fuh! Arghhhhhh!!!", hanya itu yang kedengaran berulang kali dari dalam Klinik Desa tersebut yang menggambarkan betapa sakitnya wanita berkenaan mahu melahirkan anaknya.
Di beranda Klinik Desa tersebut tiada suami wanita berkenaan. Tiada juga saudara mara yang terdekat. Yang ada ketika itu hanyalah jiran prihatin wanita berkenaan yang beberapa jam lalu sebelum berada di Klinik Desa tersebut, pintu rumahnya diketuk berkali-kali oleh wanita yang sedang kesakitan tadi. Jiran prihatin itulah yang membawa wanita dipinggirkan berkenaan ke Klinik Desa tersebut.
Mengapa wanita yang sedang berjuang untuk melahirkan anak itu dipinggirkan oleh penduduk kampung dan saudara mara terdekatnya? Begini kisahnya…
Suatu hari, suami wanita berkenaan yang juga ketua kepada kampung Smallville tersebut berburu di hutan bersama seorang rakan baiknya. Sedang mereka berjalan di dalam hutan, suami wanita tersebut tertendang seseorang yang sedang berak. "Opocot mak kau! Masuk balik taik aku", latah mangsa yang ditendang itu lalu jatuh terduduk ke dalam lubang tandas yang penuh dengan najisnya.
Suami wanita berkenaan tidak sedar perlakuannya kerana dia tidak melihat Tandas Invisible milik lelaki bunian yang sedang berak tadi. "Celaka kau manusia!", kata lelaki bunian yang sedang marah dan kotor punggungnya terduduk najisnya sendiri. Kaki dan tangannya juga terseliuh serta lebam ketika jatuh tadi.
Dengan perasaan marah, lelaki bunian tersebut berteriak kepada suami wanita berkenaan. Teriakannya itu dapat didengari oleh suami wanita berkenaan serta rakannya dalam bentuk suara yang bergema di dalam hutan tetapi pemilik suara tidak kelihatan. Lelaki bunian itu berteriak dengan mengatakan, "Hoi! Manusia yang kurang ajar. Kerana kau kurang ajar, aku jadi sebegini. Aku sumpah kau menjadi Manusia Muka Berak sebanyak tujuh keturunan".
Suami wanita berkenaan dan rakannya ketakutan mendengar suara yang bergema tersebut. Mereka tidak tahu apa yang mereka telah lakukan dan mereka memerhati sekeliling dengan penuh kebingungan. Setelah habis mendengar sumpahan bunian tadi mereka berpandangan dan dengan tiba-tiba sahaja... "Pret! Preeeet! Preeeeeeeetttt!"... rakannya suami wanita berkenaan tercirit-birit.
Seterusnya, selepas rakan suami wanita berkenaan membersihkan diri, mereka terus pulang tidak meneruskan aktiviti memburu mereka. Mereka pulang dengan penuh ketakutan dan rakannya tidak sekali pun cuba memandang wajah suami wanita berkenaan kerana dia telah tiga kali tercirit-birit apabila mereka berpandangan. Dalam tempoh itu, mereka berdua sudah tahu siapa yang dimaksudkan sebagai Manusia Kurang Ajar oleh suara bergema tadi dan mereka sudah faham dengan sumpahan Manusia Muka Berak.
Seminggu selepas itu, suami wanita berkenaan dilucutkan jawatannya sebagai Ketua Kampung Smallville dan dia dipinggirkan oleh masyarakat kerana telah menyebabkan berpuluh-puluh orang tercirit-birit ketika berjumpa mahupun hanya terpandang wajahnya. Kejadian mendengar suara bergema juga telah disebarkan dari mulut ke mulut yang bermula dengan rakannya menceritakan peristiwa tersebut kepada rakan yang lain bagi memberi penjelasan kejadian berpuluh-puluh penduduk kampung tercirit ketika melihat wajah ketua kampung mereka.
Akibat dilucutkan jawatan dan dipinggirkan masyarakat, suami wanita berkenaan mengalami depression. Dia sering meracau-racau sendirian dengan mengatakan, "Wei! Tengok muka kau, kami mesti terberak... berambuslah!!!". Racauannya itu sebenarnya mengulangi kata-kata hinaan penduduk kampung kepadanya.
Selepas itu, lelaki berkenaan jatuh sakit kerana terlalu depress dan kemudian dia meninggal dunia. Dia meninggalkan isterinya yang sedang sarat mengandung lapan bulan yang mana ketika peristiwa lelaki berkenaan masuk ke hutan, isterinya baru mengandung dua bulan.
Walaupun lelaki berkenaan sudah meninggal dunia, isterinya tetap dipinggirkan oleh penduduk kampung dan saudara terdekat kerana dalam sumpahan tersebut ada menyebut,"... sebanyak tujuh keturunan", yang bermakna anak yang dikandung itu juga mewarisi sumpahan Manusia Muka Berak ayahnya.
Itulah yang berlaku kepada wanita yang sedang berjuang melahirkan anak tadi. Setelah lima jam lamanya, pada pukul 1.37 pagi, anaknya pun berjaya dilahirkan dan pada masa yang sama terdengar bunyi, "Pret! Preeeet! Preeeeeeeetttt!", daripada jururawat yang menyambut bayi tadi.
Sepanjang anak yang diberi nama Luffy itu membesar dia dikurung di dalam rumah sahaja kerana penduduk kampung melarang dia keluar atau jika tidak dia pasti dihina dan dipukul oleh penduduk kampung. Dia tidak dibenarkan bersekolah dan ibunya tidak mampu menghantarnya ke sekolah swasta. Jika mampu pun, pasti akhirnya dia diusir juga kerana menyebabkan orang sekelilingnya tercirit-birit melihat wajahnya. Akibatnya dia tiada seorang rakan pun dalam hidupnya.
Ibunya pula mengikuti Jiran Prihatin tadi menjadi pembantu di restoran milik Jiran prihatin itu di bandar berdekatan. Ibunya hanya pulang seminggu sekali membawakan bekalan makanan untuk si Luffy.
Mungkin ada yang terfikir bagaimana pula ketika si Luffy ketika masih bayi ataupun usia yang belum mampu menjaga dirinya sendiri. Adakah dia ditinggalkan bersendirian juga? Sebenarnya, ibu si Luffy hanya berpindah ke bandar tersebut menjadi pembantu restoran milik Jiran Prihatin setelah Luffy berusia 10 tahun. Dalam tempoh sepuluh tahun itu mereka bedua disara sepenuhnya oleh si Jiran Prihatin yang baik hati itu.
Ketika ibunya pulang membawa bekalan makanan, ibunya tidak pernah memandang wajah Luffy walaupun sekali. "Mama... kenapa mama tak nak pandang Luffy?", "Mama... Luffy nak sekolah", "Mama... kenapa orang lain tak suka Luffy?", "Mama... kenapa tak ada orang nak kawan dengan Luffy?", adalah kata-kata yang selalu diucapkan kepada ibunya setiap kali mereka berjumpa namun tidak pernah mampu dijawab oleh ibunya.
Luffy hanya diberitahu kisah sebenar setelah usianya mencapai 12 tahun kerana ibunya pasti dia sudah mampu memahami situasi tersebut ketika itu. Kata ibunya lagi mereka berdua serta orang lain tidak mampu berbuat apa-apa dan menjauhkan diri daripada masyarakat adalah jalan terbaik untuknya.
Ketika usianya 19 tahun, ibu Luffy jatuh sakit tua. Sebelum menghembuskan nafas terakhir ibu Luffy berkata, "Maafkan ibu kerana tidak menjaga mu dengan baik selama ini. Maafkan ibu kerana mengelak untuk memandangmu. Maafkan ibu kerana tidak memeluk dan mencium mu dengan kerap… maafkan ibu sayang". Ibu Luffy menghembuskan nafasnya terakhirnya dengan memeluk dan mencium Luffy sambil dia terberak dengan banyaknya.
Selepas itu, Luffy dibawa oleh si Jiran Prihatin untuk bekerja bersamanya. Luffy dijadikan seorang pencuci pinggan mangkuk yang tempat kerjanya tersorok di belakang restoran. Dia juga diberi satu bilik yang kecil di belakang restoran tersebut sebagai tempat tinggalnya. Begitulah Luffy melalui hidupnya selepas itu dengan bekerja dan berkurung di belakang restoran hinggalah suatu hari nasibnya berubah selama-lamanya.
Suatu hari, datang seorang saudara si Jiran Prihatin ke Bandar si Jiran Prihatin dan Luffy duduki. Saudaranya itu mengalami satu penyakit kronik dan dia sedang dalam usaha mencari doktor mahupun bomoh yang dapat mengubati penyakitnya. Mendengar masalahnya, si Jiran Prihatin mendapat idea untuk saudaranya itu bertemu dengan Luffy. Bertemu dengan Luffy sahaja, Saudara si Jiran Prihatin tadi sembuh dari masalah sembelit dan masalah susah berak yang ditanggung bertahun-tahun lamanya.
Dari situ tersebar dari mulut ke mulut ada seorang jejaka yang boleh mengubati penyakit sembelit dan susah berak dengan hanya memandang wajah jejaka tersebut. Akibatnya, Luffy semakin popular di kalangan pesakit sembelit hingga dia digelar Bomoh Sembelit.
Bukan setakat itu sahaja. Anak gadis Saudara si Jiran Prihatin yang cantik dan cerdik memikirkan idea lain tentang kelebihan yang dimiliki oleh Luffy. Dia menjadi rakan niaga dengan Luffy lalu membuat ujikaji bagi mencari kelebihan sumpahan yang ditanggung oleh Luffy itu. Hasil kajian mereka, akhirnya Luffy bukan sahaja dapat mengubati penyakit sembelit tetapi dia mampu untuk mengubati penyakit lain.
Bagi yang mengalami masalah boroi dan obesiti, melihat Luffy sahaja mereka akan dapat menguruskan badan semula kerana terberak-berak dengan banyaknya.
Bagi gadis yang kuat makan tetapi mahu diet, mereka tidak perlu risau lagi untuk menjamah makanan kegemaran mereka dengan banyaknya kerana selepas makan mereka boleh berubat dengan Luffy.
Bagi yang mengalami masalah kemurugan ataupun stress berlebihan, mereka boleh bertemu Luffy agar kemurungan dan stress mereka dapat dibuang melalui taik.
Bagi yang ketagihan dadah dan rokok serta keracunan, mereka boleh bertemu Luffy bagi menghilangkan ketagihan dan racun di dalam badan dengan membuangnya melalui taik mereka.
Bagi yang berlebihan sifat negatif di dalam diri seperti kurang keyakinan diri, pemarah, kuat melucah dan sebagainya, mereka boleh bertemu Luffy agar sifat negatif tersebut terbuang melalui taik mereka.
Semakin kaya dan berjaya si Luffy, akhirnya dia mampu membeli topeng berwajah artis serta pemain bola kacak agar dia dapat keluar dari rumah dengan memakai topeng. Luffy dan anak gadis Saudara si Jiran Prihatin juga saling jatuh cinta disebabkan mereka sering bertemu dan bekerja bersama. Kemudian mereka berdua diijabkabulkan dan seterusnya mereka menimang 3 cahaya mata, seorang perempuan dan dua orang lelaki yang comel-comel belaka.
Apa yang peliknya, anak-anak Luffy tidak mewarisi sumpahan tersebut. Luffy tidak tahu sebabnya tapi dia bersyukur anak-anaknya dilahirkan normal. Yang tahu puncanya hanyalah lelaki bunian yang membuat sumpahan kepada bapa Luffy. Disebabkan dia mendapat khabar yang Luffy dari kampung Smallville berdekatan dengan kampung bunian yang didudukinya telah menjadi seorang yang kaya dan berjaya disebabkan sumpahan olehnya, maka lelaki bunian itu menarik balik sumpahannya. Sebabnya, lelaki bunian itu merasakan matlamat sumpahannya telah gagal kerana loophole yang dia tidak sedari.
Apapun, sumpahan itu masih terus melekat pada Luffy selagi dia masih bernyawa kerana sudah tidak boleh ditarik semula. Walaubagaimanapun, sumpahan buruk itulah yang membolehkan Luffy hidup bahagia sehingga kini dengan menjadi seorang Bomoh serba boleh yang berjaya dan memiliki seorang isteri yang cantik dan bijak serta tiga orang anak yang comel-comel belaka.
Moralnya, dalam kehidupan ini sesuatu yang baik mahupun buruk itu ada hikmah disebaliknya. Sentiasalah fikirkan dan mencari hikmahnya bukan meratapi nasib yang menimpa.
**********
Pelik aku cerita berak pun bermoral value.


41 Orang Berskandal:
Setuju dgn moral of the story
aku suke entri ni :)
kelemahan bole jadi kelebihan kalau kite pandi menggunakannya.
memang cite ni sedap dari sex woo
wakakakakaka
bes2!!
wa ske cte ni...
tak ley berak pale penin ooo...
toksin naek ke kepala....
hahahaha
punya panjangggggg!
tapi berbaloi a baca
pandai ko buat kan.
hehe ^^
fat,
pinjam otak ko sebelah.
cerita yg pelik..
tp moral of the story bagus...
:D
jatuh cinta ngan en3 ko ni
hehe
lawak n ade moral ;)
imaginasi melampau tp moral of the story ada..so A cukuplah..xleh A+..melampau lak..hahaha..
wahh
luffy kembali
;)
ingat ada lusyah
xde
hehe
betol ke luffy yg menulis ni?
ada plak muka berak ?
hahaa
orang y kuat berak mesti tersipu-sipu baca..
boleh masuk team singgplus.
weiii,kenapa harus citer pasal berak???
Moral of story yang baguih dok ada..
ahahaha.masa wat project bini dia xberak?ahaha
cayalah, welcome back bro..
hari2 akan kulawat blog kamu ini kalau macam gini ceritanya.
ahaha~
moral dari cerita ini,berak lah selalu untuk ketenangan jiwa.....
=p
hadoii, kamu ni.. moral nye sgt bagus..
tapi kisah sumpahan tu... haha...
pandai2..
Wahhhh..baru dapat komen kat blog kau..
Baguslah kau dah berblog semula..
Rindu nak baca repekan kau..HAHAHA
baiklahhhhhh
:(
x ade lucyah yg mlampau lg..
hehe..
best entry nih.. :)
ekekekke..sabo je. mcm tu pulak. papepun yg buruk mmg tak semestinya buruk.
story yg pelik dan sngt kreatif!
masyarakat....
aku tak dapat bayangkan scene mak dia peluk Luffy sambil terberak-berak tu..
sadis bebenar...
Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak :)
menariknye citer ni....
lucu de..sedih pon de...
mmg pelik la... sampai aku pun mau berak...
Salam Ramadhan.
=]
haha. aku rasa macam nak gelak sampai terberak.
hehehe.
mula2 rasa pelik baca cite pasal berak ni.
rupanya, nak ada moral value kat bawah tu.
hurmm.
yang tak dapat berak itu la,yang paling kesian.
dpt berak tu pun 1 nikmat
hidup mesti diteruskan.. hehe
Gila kreatif ko kapten. Aku memang tabik la. Hehehe.
hahaha...cam gampang..tapi bermoral..hebat....
First timer!!! (perlu ke tulis nih).
by the way, cerita kau memang AWESUUMMMMMMMM...
p.s. luffy ke pagi tadi depan tingkap bilik ak? laju jer aku mencirit tadi....hahahah
suka entri ni.
hye..lama x tengok blog nie. Masih kelakar mcm dulu2. Klu masih ingat dulu nama saya Sueda. Sekarang dah buat blog baru sempena 2011...hehe. Jemputlah singgah...
dont worry, anda x akan tercirit di bog saya...hahahahhaahLOL
Keep posting stuff like this i really like it
giler panjang cerita psl berak nie
BEST !
wahhh...1st entry panjang gile...
tapi aku suka..betul2
setiap yg berlaku ade hikmahnya =)
view life in positive way..iya kan kapten..
Post a Comment