Khairul Fahmi Che Mat...
Aku betul-betul suka aksi dia menjaga gawang Malaysia. Pada malam kekalahan Malaysia melawan Singapura, aku rasakan dia ni layak pergi ke peringkat lebih jauh cuma nasib tak menyebelahi. Aku hari itu rasa sedih sejak malam kekalahan hinggalah malam esoknya baru reda.
Prestasi pemain di atas padang yang penting bagi aku, seorang peminat bolasepak. Kisah-kisah gosip pemain di luar padang biasanya aku tak ambil kisah tetapi tau ler juga sebab ramai yang bercerita tentangnya.
Pagi ini terlihat muka hadapan suratkhabar Metro yang dia sudah putus tunang. "Dah tak ada jodoh", fikir aku.
Apa yang aku fikirkan ialah 'Putus Tunang' ini adalah baik untuk kedua belah pihak. Jika tidak serasi maka eloklah putus sahaja. Itu sebabnya Peringkat Pertunangan itu perlu bagi menilai tahap keserasian pasangan. Jika awal-awal tahu tidak serasi adalah lebih baik berbanding setelah berkahwin barulah mengetahui ketidakserasian itu.
Aku juga mempercayai konsep, 'Seorang lelaki mengahwini wanita yang paling dicintainya dan seorang wanita mengahwini lelaki yang paling mencintainya' barulah tidak ada masalah di kemudian hari.
Akhir kata, diharapkan KFCM dan bekas tunangnya berjaya dalam hal masing-masing.

14 Orang Berskandal:
amb0i! seb0k je nak k0men..ha3
aku bru tau lps bca entry ko nih..haha..
sgt stuju dgn statement nih,
"Seorang lelaki mengahwini wanita yang paling dicintainya dan seorang wanita mengahwini lelaki yang paling mencintainya"
tp lebih stuju klu lelaki dan wanita kawen dgn kedua2nya sgt mneyintai antara satu sma lain~
blog abg nara ke nie?? HAHAHAHAH
Haha~ tiba-tiba je macam blog gosip2.
laaa, dulu punya la lomantis..
end up?
fuhhh!
neway wish both of them ok2 sajaa pas nih.
jodoh tak de la bro
aku sentiasa doakan terbaik untuk Fahmi ni
aku guna Fahmi?Tak cayer betol
lebih baik putus sblm kahwin... betul x?
wah dah mcm abgnara gayanya hahhaha
takut u nak tunang!
agak-agak KFCM boleh amik i jd gf dia tak?
bercinta bgai nak rak...
tp akhirnyer ptus gak..
actually, KFCM xdela hensem sgt...hukhukhuk
jodoh dan pertemuan tu di tgn tuhan...Siapa kita nk persoalkan kan..??
isk2...xleh nk ckp sapa yg slh kot...
semoga dpt menempuhi semua cabaran dgn tabah yer...
tidak. aku tak setuju.
aku pernah bertemu dengan pasangan yang saling mencintai sepenuh hati sebelum perkahwinan.
namun itu bukan jaminan kebahagiaan untuk kekal.
sebab tu dlm Islam,elok dirahsiakan pertunangan..bile nikah,elok dihebohkan..
eh,byknye blog atok ek..
Post a Comment