Friday, August 5

BERFIKIR POSITIF

Posted by: Kapten Atok


Semua orang ada masalah tapi tak semua orang mampu melihat masalahnya dari sudut yang positif. Malah, ada yang melihat masalah sebagai beban yang sudah tidak mampu tertanggung lagi olehnya hinggakan memberi tekanan jiwa yang kuat. Lalu timbullah pelbagai kesan lain seperti membentuk pemikiran negatif, sakit jiwa dan yang paling teruk membunuh diri.

Semalam, selepas berbuka puasa, datang ilham kepada aku tentang permasalahan ini. Aku terfikir yang, ‘Allah Maha Mengetahui’. Salah satu daripada ciri Allah ini ialah DIA mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNYA. Maknanya, masalah-masalah yang kita ada sekarang ini semuanya atas izin Allah yang bertujuan baik untuk hamba-hambaNYA.

Jika kita fahami konsep ini, mungkin kita dapat mengelak berfikir secara negatif. Mungkin kita akan berfikiran, “Masalah ini adalah atas kehendak Allah. Pasti ada sesuatu yang Allah hendak berikan kepada aku… sesuatu yang baik”.

Cuba renungkan peristiwa lama apabila perancangan tidak menjadi. Cuba renungkan juga pelbagai permasalahan yang kita pernah lalui. Adakah kita mendapat sesuatu yang baik daripadanya?

Bagi aku, rasanya apa yang aku dapat daripada apa yang bukan pilihan aku adalah selalunya lebih baik daripada apa yang aku pilih pada awalannya. Masalah-masalah yang aku sudah lalui pula memberi input terhadap kehidupan aku pada masa kini dan masa hadapan.

Jika kita tidak dapat kenalpasti apa yang kita dapat daripada perancangan Allah itu, eloklah kita redha sahaja. Mungkin Allah tidak mahu ‘beritahu’ kita atas sebab-sebab tertentu. Mungkin juga jawapannya hanya akan kita perolehi pada masa lagi jauh di hadapan.

Ada satu contoh kisah yang aku dengari melalui ceramah Youtube Ustaz Kazim mengenai seorang wanita yang sudah bertahun-tahun berkahwin tetapi tidak juga mendapat cahaya mata. Dia menerima tekanan daripada mertua, rakan sekerja dan juga suaminya akibat tidak mampu mengandungkan anak itu. Lalu, dicubanya pelbagai cara hinggalah akhirnya dia mengandung.

Malangnya, kesan daripada mengandung itu dia menjadi lumpuh. Itulah yang Allah tidak mahu beritahu awalnya tetapi atas desakan hamba tersebut, maka Allah tunjukkan bahawasanya, “Awak tidak boleh mengandung kerana jika awak mengandung maka awak akan lumpuh”.

Oleh yang demikian, marilah kita cuba berfikir positif terhadap apa jua yang datang di dalam hidup kita. Semua ini adalah perancangan oleh-NYA. DIA mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

10 Orang Berskandal:

tieykah said...

Allah itu Maha Adil akan hamba-Nya
Setiap pecaturan yang dilakukan adalah sebaik-baik percaturan untuk mereka

beautiful_rose said...

thanks untuk entry ini zali =)

@juera said...

thanks sharing :)

jiranmafiarussia said...

agree :)

lagi satu. bila kita ditimpa masalah. kita kena igt, Allah takkan bagi masalah or ujian tu if kita tak mampu nak laluinya.

positive. positive. hehe

wHoSeNa said...

nice thought..thumbs up!!

Pocket said...

yes yes,
pocket pun rase macam tu jgak,
pocket ni sepatutnya jadi penyanyi yang hebat lagi ternama.. dan kerana jadi penyanyi hebat lagi ternama tu la pocket tak ingatkan tuhan, pocket hanyut dalam syurga duniawi...

pasal tak nak bagi pocket lupakan tuhan tu la pocket dianugerahkan BMI yang melebihi paras normal. dan suara yg tak sedap :D.

untuk itu pocket bersyukur ^^

Cik Anita said...

susahnya untuk positif.

pakcik said...

as salam..
bagus.mengolah isi mengenai pemikiran positif. tapi masih perlu menkaji dari sudut hadith dan sunnah untuk dijadikan hujjah dalam isi.

pembetulan :

Jika kita fahami konsep ini, mungkin kita dapat mengelak berfikir secara negatif.

sememangnya Allah Maha Mengetahui dan jelas akan apa yang belum berlaku, sedang berlaku, sudah berlaku dan akan berlaku. itulah sebahagian dari keimanan kepada qada' dan qadar. tiada perkataan mungkin bagi mereka2 yang beriman kerana itulah perintah-Nya. fikir balik.kenapa Allah menyeru orang-orang beriman dalam al-Quran. kenapa bukan manusia.ini yang membezakan setiap manusia. kualiti taqwa.

ini yang perlu diambil peduli bagi umat Islam. buang perkataan mungkin KERANA IA MENGGAMBARKAN KEADAAN IMAN MUNAFIK. maksud pakcik, percaya 50-50. ini merbahaya tanpa kita sedar. kerana apa? kerana perkara lain, beriman, tapi bila melibatkan sesuatu, ia menjadi separuh kepercayaan kerana wujud 'mungkin' dalam pertanyaan kepada diri.

dan pembetulan sekali lagi :

Jika kita tidak dapat kenalpasti apa yang kita dapat daripada perancangan Allah itu, eloklah kita redha sahaja. Mungkin Allah tidak mahu ‘beritahu’ kita atas sebab-sebab tertentu.

setiap apa yang kita lakukan, hatta melangkah setapak jua, perlu redha kepada-Nya. bukan terletak pada perkara2 tertentu. bukan tiada 'jawapan' ya.Allah menunjukkan pada kita akan apa yang tersurat dan tersirat(wallahua'lam) atas setiap perkara...untuk menterjemahkankannya, perlukan ilmu, iman dan sebaik2 taqwa kepada-Nya. dan disini la apabila jawapan yang diperolehi tu menjadi was2 atau kurang difahami sebab musababnya, redha itulah sebaik2 jalan menunggu jawapan.

bagaimanapun, tak semua jawapan itu, ada didunia nyata ni.wallahua'lam.ia tetap terbatas kerana apa yang tidak wajib kita ketahui, itulah menjadi rahsia-Nya. dan disini la juga kita wajib mempercayainya. seperti hidup dan mati, dunia roh, dsb..

apa yang dihuraikan kat atas, dikaitkan juga dengan perenggan bawah mengenai ceramah yang kapten dengar. sebab tu, sekali lagi pakcik nyatakan. untuk menterjemahkannya, perlukan ilmu, iman dan taqwa. sudah tahu tiada keupayaan untuk mengandung, rujuklah dahulu kepada mereka yang berilmu untuk mendapatkan panduan yang sahih. tiadalah Allah ingin menyusahkan hamba-Nya melainkan itu sebab dari perlakuan hamba-Nya sendiri..

=)

mantapkan penulisan. berhati-hati dengan cara mengolah dan penggunaan ayat.pakcik juga ada salah dan silap. sama2 kita ingat mengingati.

pakcik tegur ni..nak beritahu..sebab ni antara pemikiran ( pada ayat yang pakcik dah bold kat perenggan yang atas2 ) golongan2 atheist pada mulanya..sebelum menjadi melarat.. cuba tengok 'makcik hajjah' tu. begitu la jadinya..sesat lagi menyesatkkan.wallahua'lam.. jangan terkeliru kerana qada' dan qadar.. kerana dari situ, godaan makhluk laknatullah, diri boleh tersesat. iman menjadi munafik. wallahua'lam..

Anonymous said...

as salam..
bagus.mengolah isi mengenai pemikiran positif. tapi masih perlu menkaji dari sudut hadith dan sunnah untuk dijadikan hujjah dalam isi.

pembetulan :

Jika kita fahami konsep ini, mungkin kita dapat mengelak berfikir secara negatif.

sememangnya Allah Maha Mengetahui dan jelas akan apa yang belum berlaku, sedang berlaku, sudah berlaku dan akan berlaku. itulah sebahagian dari keimanan kepada qada' dan qadar. tiada perkataan mungkin bagi mereka2 yang beriman kerana itulah perintah-Nya. fikir balik.kenapa Allah menyeru orang-orang beriman dalam al-Quran. kenapa bukan manusia.ini yang membezakan setiap manusia. kualiti taqwa.

ini yang perlu diambil peduli bagi umat Islam. buang perkataan mungkin KERANA IA

-bacaan selebihnya sila rujuk komen entri tu-
harap maklum

Masz Mukhtar said...

Senang untuk berfikir positif. Namun sukar untuk melakukan seperti yang difikir. =_='

Blog Archive